Pelakon terkenal Izara Aishah dan pasangannya, Adib Khalid bakal melangsungkan majlis pernikahan pada hari ini bertempat di Menara Mustapha Kamal, Damansara Perdana Petaling Jaya.

Malam tadi menyaksikan pelakon jelita ini melangsungkan majlis berinai di Damansara. Izara kelihatan cukup anggun dan menawan dalam persalinan berona merah hati dan keemasan. Busana yang diinspirasikan daripada tema Bollywood dengan garapan kreatif pereka berbakat Shanell Harun ini nyata membuatkan penampilan Izara persis bintang Bollywood.

Penampilan Izara disempurnakan lagi dengan solekan memukau sentuhan Syed Faizal Noh. Pengunaan rona-rona tanah pada solekan Izara membangkitkan kesan elegan dan classy pada keseluruhan gaya. Tenyata penampilan Izara tampak seimbang dan tidak berlebihan dengan gabungan pereka fesyen dan jurusolek terkemuka ini.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan. Kelibat penyanyi No. 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir memeriahkan majlis. Majlis resepsi akan diadakan pada 19 November ini. Apa pun, semoga segala perjalanan majlis pasangan ini akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Jom kita lihat foto di sekitar majlis berinai yang diadakan malam tadi. Cukup meriah!

IKLAN

Izara Anggun Persis Bintang Bollywood Di Majlis Malam Berinai!

Sumber: Facebook Rizal Hakim

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI