Pedihnya hidup bermadu mungkin pada sesetengah isteri. Biar baik mana sekalipun, pasti terselit kelukaan dek kerana kebahagiaan pasnagan yang terpaksa dikongsi dengan wanita lain. Bukan mudah untuk menerima namun terbit juga keikhlasan kerana Allah. Adam berpoligami kena ada, biar tak ada sesiapa yang ‘sakit’ nanti.
Bila dapat tahu suami memilih untuk menikahi wanita lain, jangan terus tunjukkan sisi negatif kita. Telan sikit demi sikit walau pahit. Ego kena ada, jangan tunduk dengan kemarahan. Jaga emosi dan letakkan tempat kita pada satu ‘kelas’ tersendiri.
Yang jadi isteri kedua pula, kena tahu apa adabnya. Perkongsian Puan Nordahlia Ahmad Ibrahim ini sangat padu!
Adab orang berpoligami.
Menjaga adab sebagai isteri kedua, ketiga dan keempat, isu paling besar dalam rumahtangga ‘poligami’. Apa tidaknya adakalanya kehadiran isteri yang ‘kemudian’ ni membawa tabiat ingin menguasai sang suami. Dia berasa seolah-olah suami yang baru dinikahi itu adalah miliknya seorang.
Umi dah kongsikan pada status sebelum ini, persediaan awal bila hendak menerima lamaran ‘suami orang’ ni, banyak perkara kena difikirkan, bukan terus setuju sahaja.
Berbalik cerita tentang adab, tiga contoh di bawah umi kongsikan di sini ;
Situasi 1, menerima jemputan ke rumah isteri pertama ;
Bila kita dah berada di rumah isteri pertama tu, buatlah seperti kita berada di rumah bakal mak mertua, duduk dengan suami jarakkan sedikit, jangan asyik berkepit, berpegangan tangan, mesra-mesraan, apa lagilah bercumbu-cumbuan. Bila berbual tu, janganlah ‘gedik’ sangat, menggunakan suara-suara merengek dan seumpamanya.
Bertindak lebih professional (yang ni kene dapatkan sesi coaching dari umi ni…hahaha), ringankan tulang, bantu apa yang patut ketika di dapur, baca suasana jika nampak kehadiran kita seperti tetamu tidak diundang, buat biasa-biasa sahaja. Ini menunjukkan kita belum lagi diterima sepenuhnya dalam keluarga ini. Tak usah marah atau kecil hati kerana inilah ujiannya untuk insan yang hadir kemudian, kena hadam hal ni betul-betul.
Pernah dengarkan, pepatah “kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”, inilah gambaran yang umi nak kongsikan.
Situasi 2, berada di rumah mertua bersama ‘madu’ kita.
Biarkan isteri pertama atau yang lebih awal dari kita, menunjukkan kebolehan dan kebaikannya kepada ibu mertua. Kita jangan pula menunjuk perangai seolah-olah kita lebih baik darinya.
Jangan sesekali cuba ‘membodek’ ibu mertua kita di depan isteri pertama, kerana ia akan menyebabkan isteri pertama akan lebih tersinggung dan meluat pada kita. Kalau dah meluat sekali ni, memang payahlah nak buang perasaan meluat tu.
‘
Kalau ibu mertua kita puji, masakan madu kita sedap, sebaiknya kita mengiyakannya sebagai tanda setuju, walau pun pada hakikat kita masak bersama dengan dia tadi.
Situasi 3, ‘gigitan cinta’(love bite) pada leher suami
Biarpun sayang dan cinta kita menggunung tinggi pada suami, tak usahlah meninggalkan bekas ‘love bite’ ni, ia hanya akan menjadi menyebab jiwa madu kita akan diruntun gelisah dan kecemburuan yang menggila.
Lupakanlah nak menunjuk-nunjuk yang suami kita tu lebih sayangkan kita berbanding isteri pertama tu. Lagi pula, perbuatan itu sangat tidak sopan. Kita perlu bicara perkara ini, adakalanya tanpa kita sedar, kita telah melukakan hati ramai orang tanpa sedar.
Ish, cukuplah dulu kita bicarakan bab ni, lain kali kita sambung tip yg seterusnya pula ye…
Tapikan, apa yang penting sebenarnya adalah…“apa yang kita buat, adalah terzahir dari dalaman kita sendiri. Kalau dalam fikiran kita buruk, sifat terzahir akan turut buruk juga”.
Kita perlu belajar cara bagaimana untuk sentiasa positif, fikir positif, sifat positif, cakap positif, barulah kehidupan akan lebih bermakna.
Kredit foto: Instagram Ashraf Muslim dan Kolin Abdullah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempoi tapi sangat manis! Itulah yang penulis mampu gambarkan mengenai perkahwinan pembaca berita TV3, Azaria Tagaya Norio Tagaya dengan suami pilihan, Reza Syafiq Zainal Rashid. Pernikahan yang diadakan pada 15 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak menyatukan mereka dalam suasana yang sangat sederhana.
Jarang-jarang sekali apabila seorang selebriti memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan simple. Namun bagi Azaria Tagaya dan Reza, mereka mengutamakan apa yang wajib terlebih dahulu.
“Masa kita buat perancangan untuk berkahwin, Reza memang tahu yang saya tak mahu majlis yang besar-besar. Saya memang selalu beritahu kawan-kawan dan orang lain yang saya tak mahu majlis. Dan kawan-kawan saya tahu.
Andai ada yang buka cerita pasal perkahwinan impian ke apa ke, memang saya tak akan join conversation. Kalau majlis pun saya taknak, pelamin lagilah!” tawa Azaria.
Tambah Azaria lagi, “Hantaran dan sebagainya bukan wajib. Cukuplah ada mas kahwin, cincin, ada wali.Kemudian didaftarkan pernikahan itu. Tu pun dah cukup. Pendapat saya, biasanya orang mengadakan majlis ni untuk memberitahu kepada orang tentang perkahwinan mereka.
Tapi bagi saya, pengumuman di media sosial pun dah ok. Itu pendapat masing-masing. Untuk majlis perkahwinan kami, memang saya buat secara ringkas sahaja.” katanya.
Reza yang merupakan seorang jurumekap kesan khas untuk filem juga bersependapat dengan isteri tersayang.
“Duit hantaran tu tak penting pun. Apa yang Azaria nak nanti, saya boleh beli selepas kami kahwin, jadi tak perlu tunjuk pada orang. Lagipun kami berkahwin sewaktu PKP. Banyak kedai yang masih tidak beroperasi. Malah pernikahan kami pun di pejabat agama jadi bila dah semuanya ringkas, baik diringkaskan sahaja.
Baju perkahwinan kami juga dijahit sendiri. Kedai jahit banyak tutup. Kasut kahwin pun kami beli secara online. Yang seronoknya, kami berjimat sangat banyak! Total perbelanjaan kami hanya RM3,000 sahaja.” Ringkas Reza.
Banyak sebenarnya tip yang boleh diambil dari kisah perkahwinan Azaria dan Reza. Mereka banyak berjimat dari pelbagai segi tambah-tambah lagi sewaktu ekonomi tidak stabil sekarang ni. Yang pasti, perlu ada persetujuan dari kedua-dua belah pihak.
Nak tahu apa lagi kisah mereka? Jom tonton video ni.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Solekan pengantin yang sempurna mampu menaikkan seri ratu sehari. Semua wanita pasti ingin tampil cantik dan menawan dengan solekan, tak kira bagi yang biasa mekap ataupun tidak.
Selain menaikkan seri wajah pengantin, solekan membantu menutup cela yang ada pada kulit wajah. Dengan adanya solekan, ia dapat membantu memberi keyakinan ketika bersanding di atas pelamin.
Berikut perkongsian daripada Nurul Amira tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal-bakal pengantin menjelang hari bahagia.
1. Gunakan produk perawatan kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit korang. Jangan tukar rutin korang 2 minggu – 1 bulan sebelum hari majlis perkahwinan korang. Treat your skin barrier before other things.
2. Cuba elak daripada melakukan facial wajah. Jika facial biasa mungkin tidak mengapa. Tapi jika buat face extraction, buat sebulan sebelum majlis berlangsung kalau tak nak muka bengkak pada hari perkahwinan korang nanti.
3. Lakukan perawatan untuk bibir korang selain perawatan kulit wajah. Jangan biarkan gambar-gambar perkahwinan anda ‘spoil’ gara-gara bibir anda yang merekah dan mengelupas, lagi-lagi bila pakai lipmatte .Cuba sapukan lip oil untuk mendapatkan bibir yang lembap dan licin. Bila pakai lipstik terus ekstra cantik!
4. Cuba alat-alat mekap anda terlebih dahulu (test makeup). Kadang-kadang ada peralatan mekap yang boleh menaikkan tiny bumps dan jerawat apabila tidak sesuai dengan kulit kita. Lebih teruk lagi ialah boleh menyebabkan alahan pada kulit wajah dan gatal-gatal. Worst case boleh naik rashes & gatal gatal tau.
5. Beritahu MUA anda tentang keadaan kulit anda. Jadi MUA boleh guna produk yang sesuai untuk kulit korang. Jika kulit korang jenis berminyak, MUA tahu produk apa yang sesuai dan produk apa yang tidak. Boleh guna extra scarf yang sama color untuk MUA adjust makeup tone especially if you are wearing white shawl/bawal. Kalau boleh sebelum hari persandingan kerapkan tuam ais dekat muka.
6. Tip tambahan untuk kanta sentuh (contact lens). Pastikan korang pakai yang dah biasa pakai atau practice 2-3 hari sebelum majlis berlangsung. Pakai sepanjang hari bersama dengan bulu mata palsu. Pakai 2-3 hari sebelum majlis bagi mengelakkan rasa rimas.
Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri, begitu juga dengan Datin Alyah yang merupakan isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir Tuhan. Ada orang sesetengah orang dikurniakan dengan cahaya mata awal, ada yang perlu bertahun lamanya untuk mendapat nikmat itu.
Bagi Penyanyi Datin Alyah pula, dia memaklumkan dirinya tidak tertekan apabila memikirkan soal zuriat biarpun usia perkahwinannya kini mencecah 10 tahun.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, dia dan Datuk Ramli MS hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
“Tak ada masalah, belum ada anak kecil jadi boleh diuruskan semuanya.
“Bagi Tok Ram, dia dah ada dua junior, tapi saya belum lagi.
“Saya tak stress memikirkan tentang itu. Saya percaya perancangan Allah itu lebih hebat daripada kita,” katanya dalam rancangan hiburan popular TV3, Melodi.
Disoal adakah bercadang untuk membuat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kelak, Alyah berkata kepadatan jadual membuatkan dia belum memulakannya.
“Untuk rawatan itu kita bertanya-tanya juga, walaupun saya tak banyak muncul di kaca televisyen tapi Alhamdulillah masih memenuhi jemputan acara dan nyanyian.
“Saya tak boleh katakan apa-apa lagi sebab jadual saya agak padat.
“Seperti yang kita tahu, rawatan IVF ini kena betul-betul bertenang dan jadual juga kena kosong. Kalau ada rezeki Allah nak beri, kita terima” jelasnya positif.
Dalam pada itu, pelantun lagu Meluruh ini berkata suaminya juga bersikap positif mengenai itu dan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
“Dia okey sahaja. Orang luar pasti fikir bila kami tak banyak gambar dan video bersama tapi sebenarnya kami baik-baik saja.
“Dia juga bukanlah seorang yang terburu-buru. Nak kata bahagia betul, biasalah rumah tangga ada pasang surutnya,” kongsi Alyah.
Akui ada perasaan pasrah sehingga berputus asa, Alyah berkongsi dia banyak mendengar ceramah agama dan hanya berserah kepada Tuhan.
“Tipulah tak ada (putus asa), saya seorang wanita biasa. Saya melalui proses matang sebagai wanita, jadi bila kita banyak mendengar ceramah untuk menguatkan rohani.
“Jadi kita tahu hakikatnya adalah kita bukan perancang yang hebat sebab banyak perkara yang saya rancang tidak menjadi.
“Di penghujung jalan kehidupan itu, kita kena berserah. Tak perlu stress, kita akan rasa tenang. Apa yang kita cari dalam kehidupan adalah ketenangan kerana ia sungguh mahal,” tambahnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
Sumber: Melodi TV3 via Xtra
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...