“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis Riwayat Baihaqi)
Sifat malu adalah sebahagian daripada Iman
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim malah sifat malu juga sudah sebati dalam diri seorang wanita. Malu bukan sahaja untuk kaum wanita malah kaum lelaki juga berhak memiliki perasaan malu dalam diri mereka. Nabi Muhammad SAW juga merupakan insan yang pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi Muhammad SAW lebih malu sifatnya dari seorang gadis.
Letaklah perasaan malu di tempat yang sepatutnya
Tidak ada salahnya sekiranya perasaan malu itu wujud dalam diri, namun mestilah kena pada tempat yang sesuai. Malulah dalam kebanyakan perkara tetapi dalam bab ilmu, kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri anda.
Ads
“Saya ingin berumah tangga tetapi saya seorang yang sangat pemalu. Saya malu untuk memulakan bicara dengan orang terutama dengan kaum lelaki. Perkara ini membuatkan saya sukar didekati lelaki. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Perkara inilah yang membuatkan saya runsing dan tidak tahu bagaimana cara untuk mencari jalan penyelesaian..”
Pemalu kepada lawan jenis
Perkara ini adalah masalah biasa. Sesiapa sahaja pasti akan ada perasaan malu apabila berhadapan dengan lawan jenis. Perkara ini sering terjadi kepada kaum wanita yang sedang mencari cinta tetapi malu untuk berhadapan dengan si lelaki. Malah tidak lupa juga bagi kaum lelaki, masih ada sebilangan antara mereka yang mempunyai sifat ini terutama untuk mendekati kaum wanita. Kalau sekadar minat sahaja tetapi tanpa usaha sia-sia sahaja kan?
Malu tidak bertempat akan membawa kerugian
Sesungguhnya perasaan malu yang tidak bertempat mampu menyebabkan hidup anda kehilangan banyak kesempatan dan peluang. Malu juga boleh menyebabkan anda tidak dapat bergaul dengan orang lain dan tidak dapat meluahkan apa yang bermain di fikiran. Hanya sekadar menjadi pendengar sahaja.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Untuk melawan perasaan ini, anda boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh:
Ads
Kenali diri dan masalah yang dihadapi dengan mendalam. Tanya pada diri sendiri “kenapa aku malu sangat? Salah ke apa yang aku cuba lakukan?”
Sentiasa berdoa untuk mengembalikan keyakinan diri – memohon agar Allah SWT memberi kekuatan dalam menghadapi apa jua keadaan
Belajar etika bergaul – sosialkan diri dengan bergaul dengan kawan-kawan (selagi ianya tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan)
Membentuk penampilan baru – boleh jadi disebabkan penampilan yang tidak terurus juga menyebabkan seseorang itu tidak yakin untuk bergaul.
Ads
Tidak ada sesiapa pun yang memerhatikan anda
Jangan beranggapan bahawa ada yang sedang memerhatikan anda. Sedangkan itu hanya kelemahan anda yang sering berfikiran bahawa anda sedang diperhatikan. Gara-gara pemikiran itulah membuatkan diri anda tidak yakin. Apa yang paling penting adalah usaha anda untuk memperbaiki kelemahan itu dengan tenang. Tidak perlu beranggapan bahawa kekurangan kita akan menjadi cemuhan orang lain.
Cuba mesrakan diri untuk berkenalan
Tidak salah sekiranya anda terpaksa menjadi hipokrit. Ianya adalah untuk kebaikan anda juga. Hipokrit dengan cuba menjadi mesra dengan orang lain tidak akan membawa kerugian kepada anda. Malah ianya akan memberi keyakinan yang berganda kepada anda. Berkenalan dengan orang lain bukanlah sesuatu perkara yang susah. Mulakan sesuatu dengan perkenalan dengan niat yang jujur dan ikhlas, inshaAllah dipermudahkan.
Mindset perlu diubah
Apa yang paling penting adalah mindset anda. Anda perlu mengubahnya dari pemikiran negatif. Sebagai contoh:
“Aku tak cantik, sudi ke dia berkenalan dengan aku?”
Setiap manusia sudah dianugerahkan dengan keistimewaan tersendiri. Justeru itu, carilah keistimewaan yang ada pada diri anda yang mungkin tidak ada pada orang lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah orang, bila bahagia dan gembira sangat, dia akan tayang pada orang luar. Bukan tak tahu adab tapi niatnya nak berkongsi pada orang luar.
Bila situasi ini ditegur, dikatanya penyakit hati. Dengki. Hah, sudah! Sebenarnya keadaan ini perlu diselematkan. Tak semua orang cemburu tetapi lebih kepada nak nasihat agar tak terlalu tinggi ‘melompat’ disebabkan bahagia. Risau kalau ujian singgah, kalian terduduk tak bangun-bangun.
Nah, untuk lebih jauh memahami perkara privasi dalam rumah tangga, jemput baca perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop. Moga pasangan suami isteri boleh berjaga-jaga dan tidak keterlaluan berkongsi pada umum.
Simpanlah Sedikit Rasa Bahagia
Walaupun kita suami isteri. Dah halal ikut syarie. Baru kahwin saja kejap tadi. Atau dah lama kahwin dari dulu lagi. Dah ada anak atau belum ada rezeki.
Walaupun kita sangat bahagia dengan suami kita. Tak pernah gaduh masam muka. Setiap hari ucap I Love You walau tengah duk saja. Dia dukung kita masuk bilik dari kurus sampai dah saiz dua kali ganda. Kita pulak mandikan laki kita tak pernah terlepas lagi walau sehari cuma.
Beringat Sebelum Diuji
Tapi tetaplah ingat tuan puan…
Islam ini agama yang penuh dengan adab dan tatasusila. Dalam rumah suka hati kalian lah nak buat apa. Nak bercium bergomol bergusti ke lantak pi lah. Kalau depan khalayak beringatlah sikit supaya kita tidak lupa. Terlebih sangat nanti mai penyakit ain hidup kalian boleh rosak binasa.
Mesra suami isteri ni memang bagus dan dianjurkan agama. Tapi bukan untuk tunjuk kalian jadi tatapan mata semua. Ketahuilah bahawa itu adalah aib dan rahsia rumahtangga.
Jangan duk ikut sangatlah kaedah influencer ke artis ke manusia mana, siapa kat luar sana. Bercium bagai tinggal cuma tinggal lagi tak sampai bersenggama.
Beringat lah sebelum bahagia itu diuji, simpan sedikit rasa indah itu di dalam rumah. Jangan bawa keluar semua tayang pada semua orang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi status ‘bujang’ akan bertukar menadi ‘berkahwin’. Ramai bakal pengantin teruja bila orang yang disayangi dan dicintai bakal menjadi teman seumur hidup. Tapi ada perkara yang perlu bakal pengantin lakukan. Kalau boleh, ubahlah perkara ini. Baik lelaki mahupun wanita, persediaan ini penting untuk kehidupan akan datang.
Perhubungan
Anda sudah melalui perhubungan ‘tanpa ikatan’. Ketika itu semua nampak sangat indah namun kehidupan berdua ada plot ‘twist’ tersendiri. Semestinya anda perlu bersedia untuk perhubungan dan komitmen yang lebih jitu. Mana yang suka bergaduh dan ‘minta putus’ tu, kenalah beringat perkara ini ya!
Pendapatan sendiri
Sangat penting untuk mempunyai pendapatan sendiri. Tak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. buat wanita khusunya, ini sangat penting kerana ia mengambil kira masa depan anda. Kedudukan kewangan yang kukuh membantu ekonomi keluarga yang lebih baik.
Tinggal Serumah
Jangan cepat melatah! Tinggal serumah bersama teman serumah atau tinggallah secara bersendirian. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai teman serumah, berboraklah semahunya kerana selepas bergelas isteri atau suami, tanggungjawab anda adalah kepada keluarga.
Mengembara
Jika anda tidak pernah mengembara, gunakan kesempatan ini untuk ‘melihat’ dunia. Sekalipun tidak boleh ke luar negara, travel di dalam Malaysia pun dah cukup menyeronokkan. Bawa bersama rakan-rakan lain untuk menikmati saat ini bersama.
Hobi
Ciptalah hobi ikut kesukaan anda. Dekorasi rumah, membuat kek atau mungkin belajar menari! Bukan apa, ini adalah waktu terbaik untuk anda mempunyai masa dan ruang tersendiri. Bila kita buat apa yang kita suka, tentulah kita akan lebih gembira. Betul tak?
Berhenti berkongsi
Jangan terlalu terbuka berkongsi kisah cinta anda. Tak perlu hebahkan kepada seluruh dunia apa yang anda miliki sekarang; seorang lelaki atau wanita yang bakal menjadi pasangan hidupmu. Elak menggunakan media sosial untuk hebahkan pada semua.
Cukuplah sekadar berkongsi berita gembira bersama keluarga dan teman rapat. Nanti bila dah ada tarikh unutk pernikahan, silalah beritahu dunia ok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rona putih menggambarkan kesucian dan keluhuran hati bakal mempelai. Dengan gabungan hiasan manik dan juga bunga artifisial semestinya menyerlahkan gaya romantis.
Dulang hantaran juga tidak perlu aksesori atau gubahan yang terlalu sarat. Cukup hanya minimalis.
TIP:Tidak perlu diletakkan pelapik dulang, cukup unik jika memilih jenis dulang yang punya aura tersendiri dalam mempamerkan gaya ukirannya
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!