Bila majlis kahwin dah nak dekat berat badan pasti akan menjadi masalah utama buat bakal pengantin. Yelah, takut masa ‘fitting’ nanti baju tak muat. Size tiada dan sebagainya. Oleh sebab itu, ada bakal pengantin yang sanggup bermatian-matian untuk diet sampai kesihatan diri pun terabai.
Tak salah anda nak diet, tapi biarlah dengan cara yang betul. Diet dengan tak makan nasi langsung juga sebenarnya salah sebab badan kita perlukan nasi walaupun sikit. Tapi, makan nasi dengan lauk tu biarlah yang kena. Ni antara menu diet khas untuk bakal pengantin anda boleh cuba. Jangan berlapar lagi okay!
Ads
Ads
Ads
Kredit : suka share
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramadan kan sebulan. Sempat lagi kalau anda dan pasangan nak memeriahkan dan meraikan kehadiran Ramadan kali ini. Buat pasangan yang baharu berkahwin, mestilah saat ini menjadi saat yang ditunggu-tunggu. Masa inilah nak tunjuk skil memasak, solat berjemaah dan mengaji bersama. Ini ada tip yang boleh anda cuba!
TIP MENYAMBUT RAMADAN
Simple tapi bagi kesan kepada kita InsyaAllah. Tak wajib dan terpulang kepada keperluan masing-masing ya?
1. Kemas bilik utk kita solat/qiamullail/mengaji Al-Quran.
2. Tampal kata-kata “Ahlan Ya Ramadan” di bilik atau di ruang tamu supaya seisi rumah dapat rasa seronoknya menyambut Ramadhan.
3. Sediakan Al-Quran dan buku nota/diari.
Tulis impian kita utk Ramadhan kali ni. Hanya kita dan Allah yang tahu. Luahkan segalanya dlm buku tu. Buku tu akan jadi “Diari Ramadhanku”?
4. Mohon pada Allah setiap Masa supaya dipertemukan kita dgn Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah puasa.
5. Study balik, Cari ceramah2 di YouTube :
-Apa kelebihan Puasa Ramadhan?
-Kenapa kita Kena Puasa?
-Bagaimana nak kuatkan diri Qiamullail?
-Apa itu Malam Lailatulqadar?
-Apa perkara yang membatalkan puasa?
6. Stop dah mengata, mengeji. Mulakan mengaji Al-Quran. Ketahui level mengaji kita di aras mana. Cari guru utk kita belajar dlm Ramadhan ni. Malu sangat dengan Allah kalau kita culas dengan Al-Quran.
7. Ready bahan2 masak utk mudahkan kita memasak sahur dan berbuka. Sedia awal2, simpan dlm peti sejuk. Jimat masa InsyaAllah.
Sebab Ramadhan ni kita nak banyakkan Masa dengan Al-Quran. Masa berharga sangat2.
7 Tips dulu, InsyaAllah akan bersambung lagi lepas ni ya. Semoga Allah temukan kita dgn Ramadhan yang mulia InsyaAllah.
Moga semua dosa kita diampuni dan hidup kita dirahmati. Sayang sahabat2 kerana Allah?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti anda semua akan berdebar apabila tibanya majlis pernikahan yang akan menyatukan anda berdua. Bagi bakal pengantin lelaki degupan jantung pula mesti sudah berdegup kencang.
Senang kata tak senang duduk bila berdepan dengan tok kadi dan wali pengantin perempuan. Macam mana nak hilangkan situasi ini? Jom lihat tips di bawah ini agar sedikit sebanyak membantu anda!
1. Banyakkan latihan
Cuba teruskan berlatih sebutan supaya tidak terlalu laju dan gagap.
2. Buat persediaan rapi
Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh tok kadi supaya semua urusan berjalan lancar.
3. Tenang
Tenangkan diri anda. Jangan merasa kelam kabut. Jika perlu minumlah segelas air minuman untuk hilangkan rasa gugup anda.
4. Jaga pernafasan
Perasaan gemuruh itu mesti ada dan ia amat berkait rapat dengan pernafasan. Jadi, tarik nafas panjang-panjang dan hembuskannya biar hilang sedikit gementar itu.
5. Pakai singlet atau kemeja-T nipis
Jangan lupa untuk memakai singlet nipis di dalam untuk mengelakkan menyerap peluh. Pakaian yang selesa akan memberikan ketenangan kepada anda.
6. Jangan banyak bergerak
Pengantin lelaki, semestinya pada majlis akad nikah nanti segala perhatian akan tertumpu kepada anda. Jadi, jangan banyak bergerak. Duduk di tempat anda dan rileks.
7. Semangat
Ya, ini adalah harinya jadi bersemangatlah! kerana anda akan menikahi perempuan yang anda cintai. Bukan mudah untuk anda capai tahap sehingga hari ini. Lakukannya dengan penuh semangat dan gembira.
8. Pastikan cukup tidur
Tidur yang cukup akan membantu anda untuk mendapatkan tenaga dan emosi yang stabil. Rehat secukupnya agar anda dapat melawan rasa gugup anda pada keesokkan harinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...