Minta maaf dan memaafkan adalah salah satu kunci yang berkesan untuk melupuskan apa jua konflik. Malah energi minta maaf ini juga mampu buat pasangan rasa dihargai, menenangkan suasana dan menghapuskan permusuhan dalam hubungan rumah tangga.
Namun saat berlakunya konflik, ada segelintir suami isteri yang liat nak minta maaf. Malah mereka rasa sukar untuk mengucapkannya. Masing-masing dengan ego tersendiri, tak kurang juga yang degil dan malu untuk meluahkan ungkapan minta maaf ini yang akhirnya mengeruhkan lagi hubungan.
Menurut pakar psikologi lulusan Universiti Indonesia, Rosdiana Setyaningrum, keengganan untuk meminta maaf selalunya terjadi ketika salah satu pihak merasakan posisinya lebih tinggi daripada pihak yang satu lagi.
“Dalam perkahwinan, sebaiknya tidak ada satu pihak yang merasakan dirinya lebih hebat ataupun betul daripada pihak yang lain. Berhati-hatilah kerana keengganan untuk meminta maaf boleh mengheret ke satu konflik yang lebih berat,” ujar Rosdiana.
Mengucapkan kalimat maaf kepada pasangan dapat meredakan kemarahan pasangan, menenangkan jiwa dan membuat pasangan rasa lebih dihargai. Oleh itu fahami enam alasan ini kenapa ungkapan maaf itu penting dalam sesebuah rumah tangga.
Ads
1. Bukan bererti lemah
Jika merasakan apabila anda meminta maaf, anda berada di pihak yang lemah, anda sebenarnya silap. Sebenarnya ketika anda meminta maaf kepada pasangan disebabkan oleh kesalahan anda sendiri, ia menunjukkan bahawa anda sedang menghargai perasaan pasangan.
Lagipun tak salah jika anda perlu mengalah kerana sikap mementingkan diri boleh membuatkan anda semakin ego dalam hubungan. Bukan ke lebih baik kalau anda berterus-terang dan berkata benar daripada membuatkan pasangan tertekan. Jangan dibiarkan terpendam lama, takut nanti boleh tercetusnya perang besar.
2. Buktikan kemaafan dengan ketulusan hati
Jangan meminta maaf hanya di bibir sahaja ataupun sekadar untuk mengalihkan masalah kerana cara ini langsung tidak menyelesaikan masalah. Buktikan ketulusan dengan meminta maaf seikhlas hati dan segera memperbaiki diri agar rajuk pasangan anda tidak berpanjangan.
Ads
Ada ketikanya sukar untuk memohon maaf secara berdepan. Apa kata anda ambil hati pasangan dengan melakukan tindakan yang disukainya misalnya memasakkan makanan kegemarannya ataupun menyediakan keperluan yang diinginkannya.
Apabila hati pasangan sudah sejuk, mintalah maaf kepada pasangan dan katakan yang anda benar-benar menyesal. Dengan cara ini akan mencairkan hati pasangan untuk memaafkan anda.
3. Tak semestinya yang salah meminta maaf
Mungkin saat anda memarahi pasangan kerana telah melakukan kesalahan terhadap anda, tanpa sengaja ada perbuatan, mimik muka atau kata-kata anda yang telah menyinggung hatinya. Jadi tiada salah untuk anda pula yang meminta maaf kepadanya kerana kata maaf itu merupakan sebuah ungkapan yang sangat berkesan dalam meredakan kemarahan.
4. Keras kepala bukan penentu anda kuat
Miliki sikap keras kepala dan ego yang tinggi bukanlah penentu seseorang itu lebih kuat. Bahkan sikap ego dan mementingkan diri sendiri jika dibiarkan berterusan boleh menjadi racun yang akhirnya memusnahkan sesebuah rumah tangga.
Ads
Apabila anda merendahkan ego dan sikap keras kepala dengan memaafkan pasangan, kehidupan rumah tangga yang anda berdua bina akan lebih harmoni. Malah komunikasi anda berdua juga akan bertambah baik dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.
5. Mampu selamatkan rumah tangga
Kehidupan suami isteri pasti tidak terlepas daripada rasa kecil hati dan tersinggung. Segala masalah yang melanda itu akan terlerai satu persatu jika anda mengakui kesilapan dan segera memohon maaf.
Selain berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama pasangan, memohon maaf juga memberi kejayaan dalam perkahwinan kerana anda telah menyelamatkannya daripada terus retak.
6. Boleh belajar daripada kesilapan
Meminta maaf kepada pasangan atas kesalahan anda membolehkan anda belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan. Mungkin sebelum itu anda tidak terfikir untuk melakukannya ataupun sama sekali anda tidak terfikir akan baik dan buruk yang bakal terjadi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal penyanyi yang memiliki suara lemak merdu Hael Husaini yang kini popular dengan lagu HAJATnya. Baru-baru ini Hael di temu-ramah ketika diundang untuk menjadi muka depan majalah Pesona Pengantin. Antara yang menarik dikongsikan, pandangan tentang pasangan berusia dan jawapan yang diberikan Hael memang padu.
MAKSUD CINTA?
Kebebasan.
CIRI-CIRI WANITA IDAMAN?
Cukup dia ada cinta dan saya tidak ada spesifik ciri-ciri.
PANDANGAN TENTANG PASANGAN BERUSIA?
Saya tak ada masalah dan saya ok kerana bagi saya, pengakhirannya ialah cinta. Cinta tak mengenal usia.
PERKAHWINAN IMPIAN?
Saya ok dengan konsep apa sekalipun. Saya lebih memandang future dari memandang satu benda yang sehari.
TARGET KAHWIN?
Target ada tapi tidak ada spesifik masa.
DESTINASI BULAN MADU?
France.
TRADISIONAL ATAU MODEN?
Saya ikut situasi pada masa itu dan saya ok mana-mana sekalipun.
PERKARA TAK INGIN TERJADI MASA KAHWIN?
Cerai.
OK JIKA PASANGAN SELEBRITI?
Saya tidak letak apa-apa ciri tapi cukup sekadar saya mencintai dia dan dia mencintai saya.
OK JIKA DIKENENKAN IBU BAPA?
Bagi saya, dua dua komunikasi itu penting. Kalau mereka pilih, saya juga perlu suka.
P/s: Jangan lupa dapatkan senaskah Majalah Pesona Pengantin yang menampilkan Hael Husaini dan beberapa selebriti lain, berkongsi tentang cinta dan impian perkahwinan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa di sini suka mencari pasangan yang jauh dari negeri yang mereka duduk? Ramai pasangan yang memikirkan untuk mendapatkan pasangan daripada luar kawasan mereka. Tetapi, ada juga pasangan yang tidak mahu memilih pasangan yang berada jauh kerana sukar untuk berjauhan dengannya.
Namun tahukah anda yang anda boleh dapat banyak kelebihan apabila bertemu jodoh dengan orang jauh. Mari kita lihat antara 5 kelebihan yang anda boleh dapat apabila bertemu jodoh yang jauh.
1. Majlis akan meriah
Foto : 100comments
Apabila anda berkahwin dengan orang yang jauh, anda akan menerima kunjungan yang meriah dengan beberapa buah kereta yang akan mengiringi membuatkan majlis anda nampak begitu hebat sekali. Tidak hanya itu, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi saudara-mara anda yang datang.
2. Belajar untuk hidup berdikari
Bagi anda yang baru sahaja berkahwin, anda perlulah bersedia untuk mengharungi alam perkahwinan. Sesetengah anak muda, mereka ingin hidup berdikari. Mereka bukanlah tidak sayangkan keluarga mereka. Mereka hanya inginkan satu ruang dan peluang bagi menguruskan keluarga sendiri. Bagi anak muda yang ingin merasai kehidupan sebegini, mendapat pasangan jauh mungkin adalah cadangan yang baik untuk anda.
3. Dapat berkenalan dengan keluarga baru dan saudara mara yang jauh
Kebiasaan pasangan jauh tidak akan bertemu jodoh saudara rapat mereka sendiri. Dengan itu, anda berpeluang untuk bertemu serta berkenalan dengan keluarga baru serta saudara mara baru. Anda boleh meluaskan kenalan anda pada keluarga pasangan anda. Bukankah Allah jadikan kita berberbeza bangsa dan suku supaya kita dapat berkenalan. Ini adalah cara yang terbaik untuk anda mengenali antara satu sama lain walaupun jauh.
4. Mendapat genetik yang baik
Di dalam Islam, perkahwinan antara sepupu atau sedara dekat adalah tidak terlalu di galakkan. Ini kerana, secara saintifik ia terdapat beberapa jenis penyakit yang berisiko sekiranya kedua dua pasangan adalah pembawa atau dari keturunan yang sama. Namun, perkahwinan jauh mampu mengurangkan risiko penyakit jenis kepada anak.
5. Ada kampung halaman
Jika anda berkahwin dengan orang jauh, anda akan mempunyai kampung halaman anda sendiri. Bermakna ia luar daripada kawasan anda. Bagi anda yang tinggal bersama keluarga di bandar, ini adalah salah satu peluang di mana anda dapat merasa suasana di kampung. Pasti anda akan menyukainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Faktor keselesaan ketika di bengkel sangat mempengaruhi emosi seseorang wanita. Dengan kebanyakkan bengkel tersedia kerusi yang usang dan juga majalah majalah yang dah lapuk memang akan menyebabkan keadaan tidak selesa.
Apatah lagi jika terpedaya dengan bengkel yang suka upsale dengan menasihatkan tukar sesuatu part walaupun masih baik untuk digunakan. Pantang nampak kita ni bergaya dan berkerjaya, memang nak di”ketuk”nya kita.
Servis kereta memang penting dan perlu diambil tahu oleh wanita apatah lagi oleh lelaki. Berikut adalah perkara-perkara asas tentang servis kereta yang seorang wanita patut tahu dan boleh dikongsikan kepada suami atau teman lelaki.
Minyak hitam @ Minyak Enjin
foto : pandu laju
Inilah perkara utama dilakukan oleh pemilik kereta semasa servis kereta. Minyak hitam jenis mineral atau bukan sintetik untuk jarak perjalanan sehingga 5,000 km.
Jenis Semi Sintetik untuk jarak perjalanan hingga 8000km mengikut pengeluar minyakDan untuk Fully Sintetik boleh pergi hingga jarak 12,000km.
Penapis Minyak @ Oil Filter
foto : pandu laju
Sama seperti minyak enjin. Memang sebaiknya dan dinasihatkan ditukar sekali semasa menukar minyak hitam. Kebiasaanya semasa servis kereta , oil filter ini akan ditukar sekali pakej dengan minyak hitam.
Spark plug
Di tukar mengikut jarak. 20 000km adalah jarak yang ideal untuk menukar spark plug. Walaupun boleh menempuh jarak sehingga 25 000km untuk menukarnya, adalah baik jika ditukar sebelum 25 000km. Kereta sukar untuk dihidupkan jika spark plug ini kong atau elektrod dah terlalu nipis.
Bateri Kereta
Boleh bertahan sehingga 2 atau 3 tahun mengikut jenis. Jika bateri sel kering boleh mencecah 3 tahun. Dan sel basah dalam lingkungan 2 tahun. Bateri adalah sangat penting dan ianya jika kong, enjin memang tak boleh dihidupkan.
Anda perlu tahu jenis bateri kereta kerana setiap kereta ada kod jenis bater mengikut saiz enjin kereta. Semasa anda melakukan servis kereta, boleh minta mekanik untuk periksa kesihatan bateri kereta anda.
Tayar
Lagi satu komponen penting dalam sesebuah kereta, jangka hayat tayar paling lama 5 tahun. Walaupun anda jarang pakai dan bunyanya masih baik, namun getah tayar itu ada tarikh lupusnya iaitu 5 tahun dari tarikh dikeluarkan.
Tapi kebanyakkan kereta di Malaysia ni jarang sampai 5 tahun tak tukar. Biasanya 2 ke 3 tahun bunga dah nipis.
Tekanan Angin Dalam Tayar
Periksa angin tayar adalah perkara penting sebelum memulakan perjalanan. Angin yang kurang berisiko menyebabkan tayar jadi rosak dan botak tepi.
Angin berlebihan pula boleh menyebabkan tayar cepat botak tengah. Oleh itu isi angina mengikut kadar yang ditetapkan dalam buku manual.
Radiator Coolant
Sebotol RM8-RM15. Selalunya berwarna hijau atau hijau kebiruan mengikut pengeluar. Boleh tukar setiap 60,000 km. Ianya penting bagi menjaga kestabilan suhu enjin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!