Ramai yang tercari-cari apakah kaedah penyelesaian untuk masalah berat badan. Anda sudah cuba bermacam-macam diet tetapi masih tiada perubahan? Mungkin itu persoalan biasa yang bermain di fikiran anda yang sering risau dengan komplikasi masalah obesiti ini.

Rawatan hormon untuk mengurangkan berat badan berlebihan ini dimulakan oleh seorang doktor perubatan genius dari Britain, Dr Simeons yang berperanan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil hipothalamus. Beliau merawat ramai golongan atasan di Britian pada sekitar tahun 1954.

Jangan Sekadar Berdoa Kalau Nak Kurus, Bakal Pengantin Buatlah Sampai Berjaya!

Hormon itu dihasilkan secara semula jadi dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar tinggi ketika wanita hamil untuk memastikan perkembangan bayi yang sihat.

Hormon itu juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’, iaitu hormon akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah ‘hormon seks’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘kunci’ untuk menggerakkan lemak berlebihan yang tersimpan dalam badan.

Kenaikan berat badan berlebihan berlaku apabila hipotalamus (sebahagian daripada sistem saraf otak) gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolisme, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan tidak terkawal, pembakaran lemak tidak efektif dan pengumpulan lemak berlebihan di bahagian perut, paha, punggung dan lengan.

IKLAN

Kerosakan hipotalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stres, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yang mengandungi lemak, gula dan bahan pengawet berlebihan. Hormon ini akan memberi isyarat kepada hipotalamus untuk menggerakkan lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan. Lemak berkumpul di perut, punggung, paha dan lengan. Lemak jenis ini sukar untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai survival strategy.

Rawatan hormon ini diberikan bersama-sama dengan diet rendah kalori 500 kcal (VLCD). Ini akan memberikan trick kepada hipotalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak, seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan lemak berlebihan digerakkan.

Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 hingga 4,000 kalori sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal. Program ini adalah ia seperti program nyah toksik. Diet yang anda perlu ambil adalah yang sihat, iaitu bebas gula, bebas karbohidrat dan bebas pengawet. Ini penting supaya program itu melalui proses ‘pembersihan’ badan kita dengan pengurangan kalori.

Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah food craving atau ‘ketagih makanan’ serta tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Ini akan menyebabkan anda lebih mudah membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangka panjang selepas ini.

Program ini membantu keseimbangan metabolisme badan. Jika mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolisme badan ke satu tahap yang baharu dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya kesan ‘yoyo’ – iaitu kenaikan mendadak selepas berhenti rawatan program. Adakah akan lapar sepanjang program ini?

IKLAN

Walaupun mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang berasa lapar kerana hormon ini akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 hingga 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5 kilogram (kg) sehari tetapi bergantung kepada individu dan dengan nutrisi yang cukup serta pemantauan doktor. Rawatan hormon ini membantu membuang lemak lama dan akan membantu badan menjadi lebih pejal serta padat. Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa mengganggu tulang dan otot.

Program ini juga dapat memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan seperti tahap gula dan tekanan darah lebih stabil serta penurunan tahap kolesterol. Tidur juga lebih baik, manakala tenaga meningkat. Hormon ini juga akan membantu untuk menyeimbangkan sistem endokrin, menghasilkan hormon endorphin yang akan membantu emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Jangan Sekadar Berdoa Kalau Nak Kurus, Bakal Pengantin Buatlah Sampai Berjaya!

IKLAN

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga, ia akan mengurangkan radang atau toksik dalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi serta pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisme lain.

Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, alahan, dan banyak masalah sistem imun yang lain. Adakah rawatan hormon ini selamat?

Wanita boleh mempunyai tahap hormon yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif. Hormon ini juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar sakit puan. Kitaran Program ini adalah 21 atau 42 hari.

Ia mempunyai tiga fasa iaitu: loading, burning dan maintainence. Setiap individu yang berminat perlu menjalani ujian darah untuk melihat tahap kesihatan anda secara menyeluruh kerana matlamat program ini bukan saja untuk mengurangkan berat badan tetapi untuk kesihatan yang berkekalan.

Rawatan hormon dipantau oleh doktor adalah selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan yang serius disebabkan hormon ini didapati secara semula jadi dalam badan. Tetapi antara kemungkinan kesannya adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening dan hipotalamus yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah.

Pengambilan air yang banyak dan makanan tambahan akan membantu. Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, kekuatan impian untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Set minda anda untuk melakukan diet selama 21 atau 42 hari ini adalah waktu membersihkan diri pembuangan lemak dan detoksifikasi.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI