Kelebihan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” bila diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya terhapuslah dosa seperti gugurnya daun dari pohon , … Kalimah (ucapan) paling disukai oleh Allah SWT, … kalimat yang ditanam di Syurga..
1. Rasulullah SAW. bersabda, “Lazimkan membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon”. (HR Ibnu Majah)
2. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW. berkata : “Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadith Riwayat Muslim)
3. Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137).
Ads
4. Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Sesungguhnya membaca “Subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.” (HR. Muslim no. 2695).
Al Munawi rahimahullah mengatakan, “Segala sesuatu yang dikatakan antara langit dan bumi, atau dikatakan lebih baik dari sesuatu yang terkena sinar matahari atau tenggelamnya, ini adalah ungkapan yang menggambarkan dunia dan seisinya.” Dari sini menunjukkan bahwa keempat kalimat tersebut lebih baik daripada dunia seisinya.
5. Dari Ummi Hani binti Abu Thalib dia berkata, “pada suatu hari Rasulullah SAW mnghampiriku , lalu aku berkata kepadanya, “Wahai Rasulullah, aku sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kepadaku dengan amalan yang boleh aku lakukan dengan keadaan duduk.” Rasulullah SAW bersabda: “Bertasbihlah kepada Allah seratus kali, umpama kamu membebaskan seratus budak dari keturunan Ismail.
Ads
Bertahmidlah kepada Allah seratus kali umpama kamu menunggang dengan seratus kuda yang dibawa kejalan Allah. Bertakbirlah kepada Allah dengan seratus takbir kerana ia sama dengan seratus unta yang menggunakan tali pengekang dan penurut. Bertahlillah kepada Allah seratus kali.” Ibnu Khalaf berkata; saya mengira beliau bersabda:
“Kerana ia memenuhi di antara langit dan bumi, dan pada hari ini tidaklah amalan seseorang itu diangkat kecuali akan didatangkan dengan sepertimana yang kamu lakukan itu.” (HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan. Lihat Ash Shilsilah Ash Shohihah no. 1316)
6. Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW “Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Ahmad 2/158, sanadnya hasan)
Ads
7. Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Aku pernah bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata, Wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahwa Syurga debunya harum, airnya segar, dan Syurga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi laa ilaaha illaahu wallaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar).” (HR. Tirmidzi no. 3462. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan)
8. Dari Abu Sa’id Al Khudri dan Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: Subhanallah (Maha suci Allah) dan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan laa ilaaha illa allah (tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah) dan Allahu akbar (Allah maha besar). Barang siapa mengucapkan Subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh dosa darinya, dan barangsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis seperti itu juga, dan barang siapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka sama seperti itu juga, dan barang siapa mengucapkan Alhamdulillahi Rabbil aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis tiga puluh kebaikan untuknya dan digugurkan tiga puluh dosa darinya.” (HR. Ahmad 2/302. Syaikh Syuaib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya shahih)
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” dalam kehidupan seharian kita. In sya Allah.
– Digital Dakwah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah sudah bermula. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar. Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya:
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Lebih baik!
Sumber : Facebook AmirSyahir
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya cara jodoh datang, tidak kira cepat atau lambat jika sudah tiba masa anda mendirikan rumah tangga ia pasti akan berlaku.
Namun, bagaimana kita ingin mengetahui bahawa jodoh kita semakin hampir? Adakah melalui mimpi atau petunjuk? Jom kita lihat apa tanda-tandanya.
1. Saling memaafkan
Anda mungkin seorang yang ego dan panas baran, tetapi apabila bersama si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafnya begitu juga dengan dirinya.
2. Selalu bekerjasama dalam segala hal
Bila anda berkeras mahukan atau ingin mencapai sesuatu dia datang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk anda. Anda akan lebih memberikan motivasi bukan sahaja pada diri sendiri malah kepadanya juga dalam pelbagai perkara.
3. Hati yang mantap
Hati manusia mudah berbolak-balik tetapi apabila anda bersama si dia, perasaan gelisah itu hilang dan tenang kerana anda fikir dia lah yang terbaik.
4. Ketenangan jiwa
Bila anda bersama si dia perasaan anda akan merasa tenang sahaja. Kerana dia membuatkan anda selesa dengan dirinya. Selain itu, si dia sering mengajak anda untuk melakukan perkara yang bermanfaat dabn berfaedah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
1. Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!