Menangguhkan apa yang patut kita lakukan selalunya menjadi amalan orang yang negatif sikapnya – perkataan yang selalu berlegar di minda mereka dan meniti bibir mereka, ialah “nantilah/tunggu dulu/tengoklah/kalau/agaknya/takut/dan seumpamanya yang membunuh semangat dan mematikan minda kita untuk bertindak positif.
Kata-kata negatif itu menjadi alasan mereka untuk bertindak dalam dua prinsip tersebut, yakni sama ada “kita boleh suka apa yang kita lakukan’ atau “kita lakukan apa yang kita suka”. Tidak ada orang yang tidak bertangguh untuk membuat sesuatu, kecuali orang itu suka dengan apa yang dilakukan.
Sebenarnya kita bertangguh melakukan sesuatu yang patut kita lakukan, sama ada secara terpaksa atau secara sukarela adalah bergantung kepada kesan, impak dan faedah yang kita dan orang sekeliling kita akan peroleh.
Sebab itu dari segi neuro logistik programming, kita sanggup melakukan sesuatu yang kita tidak suka untuk mendapat sesuatu yang kita suka. Contohnya, mengapakah kita bersenam? Kita bersenam sebab takut kita sakit.
Ads
Kita sanggup mendisiplinkan diri bersenam, kerana hendak mengelakkan diri daripada sakit, untuk tujuan mendapat kehidupan yang menyeronokkan. Demikianlah orang yang berjaya yakin untuk membuat pilihan, orang yang gagal sentiasa mencari alasan.
Jom audit diri, adakah kita orang yang pandai membuat pilihan atau orang yang suka beralasan. Untuk hidup kekal positif, katakan, “Selamat tinggal kepada alasan”. Sama juga kalau anda mahu berkahwin, kekal dengan semangat, kumpul duit dan tahu anda akan capai impian anda itu.
Untuk tidak mahu menangguhkan sesuatu perkara yang perlu dilakukan, kita patut berimaginasi, “Siapa kita pada masa akan datang?” Contoh, jika kita tidak mahu bersenam, cuba bayangkan atau berimaginasi, bahawa kita sedang terlantar sakit di hospital. Pasti kita tidak mahu merana sakit sedemikian rupa, dan kita akan terus bersenam, walaupun bukan rajin bersenam.
Ads
Bayangkanlah, imaginasi penggunaan minda itu sangat penting, mendorong kita mengubah sikap kita, daripada negatif kepada positif, daripada tidak bersemangat kepada berkobar-kobar semangat.
Dalam prinsip pemikiran “Reset Minda” disarankan supaya kita membuat dua perkara penting dalam hidup pada setiap hari. Pertama, membuat keputusan hidup. Jadi orang baik, berfikir baik, dan bertindak baik. Kedua disiplin, ertinya suka atau tidak, kita buat untuk mencapai matlamat. Buat keputusan dan jaga disiplin.
Ads
Seterusnya setiap hari jaga dua perkara. Pertama, apa yang kita kata terhadap diri. Katakan yang baik-baik sahaja. “Saya sihat”, “saya hendak solat tepat pada waktu”, “saya sayang orang dan orang sayang saya” dan sebagainya yang positif. Yang kedua, fikirkan apa manfaat yang hendak beri kepada orang. Setiap kali kita hendak memberi manfaat, Allah akan beri jalan untuk membuat sesuatu kebaikan kerana Allah.
Semua orang ada potensi dirinya. Hari-hari fikir baik, percaya baik, buat baik. Bagi tahu tujuan dan makna mengapa kita bekerja. Sesebuah institusi mesti ada tiga perkara. Pertama, integriti iaitu sebagai ketua atau majikan, apa yang dia cakap dia buat. Kedua, layan lebih seperti yang sepatutnya kita mahu orang melayan kita.
Ketiga, buat kerja lebih daripada yang sepatut. Orang yang berjaya sentiasa memberikan lebih daripada apa yang sepatutnya tetapi, orang yang tidak berjaya mentalitinya sentiasa memikirkan, “buat sedikit dan dapat sebanyak mungkin”. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.
SUMBER : DR MUHAYA MUHAMAD
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perempuan sering kali ingin berhias untuk kelihatan sentiasa cantik. Apabila berhias, mereka akan berasakan cukup yakin dengan penampilan diri mereka. Namun, mengikut konsep yang sebenar, kecantikan seseorang wanita di mata lelaki bukan hanya berdasarkan paras rupa semata-mata. Ramai yang beranggapan lelaki hanya memandang mereka yang cantik rupanya berbanding ciri-ciri lain.
1. Hubungan dengan Pencipta
Perkara yang paling penting adalah, hubungan mereka dengan si Dia. Kalau hubungan dengan Allah pun kejap ok kejap tak ok (kejap solat kejap tak solat), macam mana nak jadi cantik wahai si gadis?
2. Akhlak dan peribadi
Sudah menjadi sesuatu yang normal apabila sifat lemah lembut dan sopan santun sering dikaitkan dengan kaum perempuan sahaja. Akhlak dan peribadi yang lemah lembut sudah menjadi seperti kemestian buat perempuan. Peliharalah akhlak anda wahai si gadis.
3. Bersikap matang
Dalam sesetengah perkara, anda perlu bertindak matang. Sifat kebudak-budakan sudah menjadi seperti fitrah buat kaum perempuan. Ada kalanya mereka akan merajuk sekiranya tidak mendapat seperti yang diharapkan, namun, haruslah berpada-pada. Apabila memerlukan kematangan dalam sesuatu perkara, lakukan sesuatu. Berfikiran rasional. Jangan dalam setiap perkara nak bersikap kebudak-budakan.
4. Ada prinsip/matlamat hidup
Sesiapa sahaja mahupun perempuan atau lelaki seharusnya mempunyai prinsip atau matlamat hidup tersendiri. Berfikiran jauh dalam setiap perkara.
Justeru itu, tak salah kalau kaum perempuan nak berhias cantik-cantik, namun bukan sekadar berhias pada wajah, malah juga pada akhlak, perangai dah pendirian anda. Jangan asyik nak salahkan lelaki sahaja.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kewangan adalah salah satu hal penting yang perlu dibahas secara mendalam bersama pasangan untuk pengelolaan kewangan yang efektif. Bukan menjadi perkara yang luar biasa jika pasangan bertengkar ketika masalah kewangan mulai muncul dalam rumah tangga yang baharu sahaja dibina.
Semak beberapa kesalahan yang umumnya dilakukan oleh pasangan yang baharu berkahwin sebagai panduan bagi anda dan pasangan mengatur masalah kewangan.
1. Rahsiakan situasi kewangan dengan pasangan
Merahsiakan keadaan kewangan peribadi daripada pasangan bahkan setelah berkahwin ialah kesalahan besar yang umum dilakukan oleh pasangan baharu berkahwin. Terapkanlah sistem keterbukaan dalam rumah tangga anda, khususnya mengenai keadaan kewangan masing-masing. Beritahukan pasangan anda mulai dari gaji bulan, jumlah hutang, jumlah tabungan, hutang kad kredit dan lain-lain. Selain belajar untuk jujur dan menaruh kepercayaan kepada pasangan, adanya transparansi kewangan juga akan membantu anda untuk menentukan cara terbaik untuk mengatur kewangan selepas berkahwin.
2. Elak berbicara dengan pasangan tentang kewangan
Kesalahan lain yang dilakukan oleh pasangan newlyweds adalah menghindari perbincangan mengenai kewangan kerana menganggap hal tersebut tidak menarik dan tidak perlu untuk dibicarakan. Ada banyak topik kewangan yang dapat anda bincangkan bersama pasangan sewaktu sedang santai mahupun dalam bicara yang lebih serius. Bagaimana sudut pandang pasangan dalam mengelola kewangan, bagaimana dia mengatur kewangan peribadinya selama ini, dan bagaimana pemikiran satu sama lain mengenai rancangan kewangan jangka panjang dalam membina rumah tangga. Dengan berdiskusi hal-hal tersebut, anda dapat mengenal sifat dan karakter pasangan dalam masalah kewangan.
3. Perbezaan latar belakang pasangan
Perkahwinan adalah tentang menyatukan dua orang yang berasal daripada latar belakang yang berbeza, sehingga adanya perbezaan antara anda dan pasangan dalam cara mengendalikan wang adalah hal yang wajar yang harus anda sedari. Misalnya ternyata pasangan anda adalah orang yang mudah meminjamkan wang kepada orang lain tanpa pemikiran yang panjang terlebih dahulu, apalagi jika peminjam tersebut ialah teman-teman atau keluarganya sendiri. Jangan terus marah, tapi cubalah fahami pemikirannya dan cari satu solusi, seperti menetapkan peraturan tentang sejauh mana batasan anda dan pasangan dapat menggunakan wang.
4. Tidak membantu untuk kekal dengan bajet yang ditetapkan
Katakan anda dan pasangan sudah membicarakan masalah kewangan secara selalu, hal selanjutnya yang perlu anda berdua lakukan adalah menentukan anggaran dan mematuhinya. Kebiasaan yang boros boleh menjadi punca pertengkaran banyak pasangan. Oleh itu, tetapkan anggaran perbelanjaan rumah tangga anda untuk setiap bulan, dan ingatkan satu sama lain agar tidak membuat pengeluaran yang lebih besar daripada anggaran tersebut. Jika ada suatu keperluan yang memerlukan dana yang besar, maka anda atau pasangan perlu menekan pengeluaran pada aspek lain agar tidak terjadi over budget. Cara lain untuk menghindari over budget adalah menetapkan keutamaan pengeluaran. Apakah membeli tiket percutian adalah keperluan yang mendesak? Atau membayar wang sekolah anak yang lebih penting? Dan fikirkan apakah suatu pengeluaran boleh ditunda sampai tiga bulan berikutnya?
5. Fikir terlalu awal untuk bincang soal anak
Kerana kehadiran seorang anak belum dinantikan dalam waktu yang dekat ini, banyak pasangan yang mengabaikan perancangan kewangan untuk anak-anak mereka nanti. Namun jika anak-anak tetap ada dalam rancangan di masa depan anda berdua, maka tidak ada kata terlalu awal untuk membincangkannya, kerana kehadiran anak-anak memberikan pengaruh yang besar bagi kewangan rumah tangga anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah nama pasangan bercinta, mesti anda ingin luangkan masa anda bersama si dia. Sehingga telefon juga tidak pernah terpisah lah daripada tangan anda. Tetapi ada pasang surutnya ketika bercinta.
Kalau boleh jangan luangkan terlalu banyak kerana dia mungkin bukan jodoh anda. Kita tidak tahu. Namun, jika anda masih mengenali pasangan anda, bagi perempuan elakkan daripada bertanya soalan yang kurang enak kepada si dia. Soalan apa? jom kita lihat di bawah ini.
1. Berapa banyak gaji you?
Elak daripada bertanya soal gaji kerana dia tentu fikir anda ingin mengawal hidupnya atau mata duitan.
2. Mak you baik tak? Garang tak?
Jangan ditanya tentang baik atau tidak ibu mereka. Anda juga pasti tak nak orang bercakap tentang ibu anda bukan?
3. Apa rancangan you lepas ini?
Soalan ini akan buat anda kelihatan seperti orang bodoh. Tentu dia ada perancangannya yang tersendiri.
4. I nampak gemuk tak?
Lelaki paling tidak suka perempuan tanya soalan ini! Bila si dia cakap anda kurus, tak nak percaya pula.
5. Ex-girlfriend you cantik tak?
Lelaki paling tak suka apabila ditanya tentang bekas kekasihnya.
6. Siapa lagi cantik, I ke ex-girlfriend you?
Lelaki tidak suka anda buat perbandingan di antara bekas kekasihnya. Kerana itu kisah lalunya.
7. You masih teringatkan ex you ke?
Jika si dia diam tak bermakna dia tengah teringatkan bekas kekasihnya. Mungkin ada perkara lain yang sedang difikirkan.
8. You pernah tengok video ‘porn’ tak?
Soalan ini memang tak patut ditanya oleh kaum wanita. Sama ada mereka pernah atau tidak, soalan itu sangat tidak sesuai untuk ditanya.
9. You bagi i duit belanja tak kalau kita kahwin nanti?
Lelaki akan angkat kaki bila wanita tanya soalan sebegini. Belum ada apa-apa ikatan lagi sudah ingin kawal semua benda.
10. Kalau I tak cantik, you sayang I lagi tak?
Ini soalan menjerat! Kalau lelaki itu bijak, dia akan menjawab ya. Tetapi kalau sebaliknya, anda faham-faham sahaja lah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!