![5 best places to experience fall in New York State (21)](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/08/248965-26_36_432289-696x371.jpeg)
Kadang-kadang rasa baru je beli sabun pencuci pinggan tu, tengok-tengok sekejap je dah nak habis kan? Wah, rupanya ada cara yang lagi jimat untuk buat sabun basuh pinggan ni sendiri. Guna garam je!
Begitulah yang dikongsikan oleh Puan Khalijah Ishak menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Katanya daripada 1L tu, bancuh dengan air dan garam boleh dapat 5L lagi! Dan tetap boleh guna untuk basuh pinggan dengan berkesan. Jom tengok cara yang beliau kongsikan ini selengkapnya.
![Jimat Betul, Sabun Basuh Pinggan Tambah Garam Sahaja](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/08/248963-26_39_634089.jpeg)
CARA BUAT SABUN BASUH PINGGAN DIY. LEBIH JIMAT, DAPAT BANYAK!
Nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat sis yang kongsi tips buat sabun basuh pinggan hari tu. Dahlah baik sudi pulak share ilmu. Saya pun dah cuba. Memang berbaloi sebab dahlah beli sabun Sunlight ni masa tengah offer. Bila buat macam ni dapat pulak lagi 5liter.
Ini cara buatnya.
Bahan-bahan
- Sunlight lime hijau pekat 1L
- 5L air
- Secawan garam halus
![Jimat Betul, Sabun Basuh Pinggan Tambah Garam Sahaja](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/08/248964-26_41_897011.jpeg)
Cara
Sunlight lime hijau pekat 1000ml campur 5liter air dan secawan garam halus Bancuhkan dan akan dapat warna hijau muda macam ni.
DARI 1L DAPAT LAGI 5L. SERIUS JIMAT!
Mudah kan? Yang penting dapat jimat banyak. Cubalah buat kalau tak percaya. Hari yang sendu terus terasa ceria. Cuma bermodalkan garam halus saja. Memang menarik.
Selamat mencuba!
*Kredit: Facebook Khalijah Ishak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang
![Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/04/170628-13_51_689482.jpeg)
KEROPOK LEKOR KASIH SAYANG
Anak beranak teringin nak makan keropok lekor waktu macam ni, rasanya inilah cara termudah untuk anda realisasikan tekak keluarga anda yang sedang mengidam ini.
Ikuti perkongsian Siti Noor Rohaida Shuib
Asingkan isi ikan sahaja (Ikan kembung @ selayang) & cuci …cara nak mudah utk ambik isi Ikan tu ,Guna pisau yg Tajam tau …
(Ikan dalam 25-30 ekoq )
![Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/04/170635-13_14_668176.jpeg)
Blender isi Ikan …ikut suka nak halus @ kasar2…
**media[170633,170635]**
Masuk
Tepung gandum 1cawan
Tepung ubi kayu 2 cawan
Garam 2 sudu teh (klu suka masin tambah lagi )
Minyak masak 2 sudu
Soda bikarbonat 2 sudu teh
Perasa cukup rasa @ hilal @ aji
![Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/04/170630-13_03_875192.jpeg)
Gaul smpi jadi mcm ni …kalau terlalu lembek blh ja tambah tepung gandum & ubi
![Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/04/170626-13_56_903189.jpeg)
Uli & Bentuk kan ikut suka …lumur sikit dgn tepung gandum supaya senang nk bentuk
![Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/04/170632-13_08_434942.jpeg)
Panas kan air ..bila mendidih masukkan
![Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/04/170634-13_12_655773.jpeg)
Dah timbul ke atas ,boleh toskan
![Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/04/170629-13_01_017800.jpeg)
Tunggu sejuk ,boleh potong dan goreng
![Keropok Lekor Ikan Kembung Kasih Sayang](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/04/170627-13_58_954624.jpeg)
Khasiat Keropok Lekor
1. Sumber protein
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.
2. Sebagai penambah selera makan
Ada sesetengah orang menjadikan keropok lekor sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan mereka dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba…
3. Sebagai alternatif makanan ringan yang berkhasiat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak juga menggemari keropok lekor terutamanya apabila dipotong kecil dan dijadikan seperti makanan ringan atau snack dan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik membiarkan mereka makan keropok lekor yang terbukti khasiatnya.
Jenis-jenis keropok lekor
Keropok lekor ada bermacam jenis dan perisa bergantung dengan jenis ikan yang digunakan. Terdapat beberapa jenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.
Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk.
Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.
Cara simpan keropok lekor supaya tahan lama
Sebenarnya keropok lekor boleh di simpan lama apabila dibuka dari bungkusannya dan diletakkan di dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kelembutannya, rebus keropok lekor terlebih dahulu selepas dikeluarkan dari peti ais.
SUMBER FACEBOOK Siti Noor Rohaida Shuib
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Kipas Tangan Doorgift Untuk Tetamu
![DIY Kipas Tangan Doorgift Untuk Tetamu](https://cdn.pesonapengantin.my/2019/02/Untitled-design3.png)
Kepada sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih belum fikir doorgift apa yang nak beri jangan risau. Korang boleh cuba buat DIY kipas tangan ini, sangat mudah dan menjimatkan.
Berikan sedikit kejutan pada majlis anda anda dengan memberi tetamu anda kipas tangan buatan anda sendiri. Kipas tangan ini mudah dan jimat untuk di buat, korang boleh cuba buat sendiri mengikut design yang korang suka.
Bahan-bahan:
Aturcara majlis anda yang dicetak dalam bentuk kad/monogram nama anda dan pasangan boleh upah pembuat kad jemputan kahwin untuk reka dan cetak)Pita pelekat dua muka double sided tape.Pemegang kipas kayu (boleh dibeli di kedai kraf)
Pembaris
Pisau X-acto
Gunting atau perapi kertas
Reben/cat spray
Cara-cara:
Langkah 1: Lipat kad anda kepada dua. Tekan pisau X-acto dengan dipandu pembaris untuk membuat garisan di bahagian tengah kad supaya kad mudah dilipat nipis tanpa membuat belahan pada kad.
Langkah 2: Gunakan gunting atau perapi kertas untuk membuang mana-mana bahagian kad yang tidak berkenaan.
Langkah 3: Lekatkan pita pelekat dua muka di bahagian depan dan belakang kayu. Lekatkan juga di bahagian belakang muka kad.
Langkah 4: Pastikan kayu diletakkan di bahagian tengah bawah kad. Lipat kad dan tekan untuk memastikan kad melekat betul.
Langkah 5: Letakkan reben untuk memberi mencantikkan lagi kipas anda.
Sumber : ikahwin.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Bersesak Lagi, Buat Sendiri Meatball Ikea Untu Suami Dan Anak-Anak
![Tak Perlu Bersesak Lagi, Buat Sendiri Meatball Ikea Untu Suami Dan Anak-Anak](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/08/249095-26_07_069271.jpeg)
Bila suami dan anak-anak teringin nak makan meat ball ala Ikea,inilahmasanya untuk para isteri tunjukkan bakat terpendam. Ikuti step mudah ini untuk resepi meatball ikea ini.
![Tak Perlu Bersesak Lagi, Buat Sendiri Meatball Ikea Untu Suami Dan Anak-Anak](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/08/249097-26_15_681465.jpeg)
![Tak Perlu Bersesak Lagi, Buat Sendiri Meatball Ikea Untu Suami Dan Anak-Anak](//www.pesonapengantin.my/wp-content/plugins/a3-lazy-load/assets/images/lazy_placeholder.gif)
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
-750g daging cincang
-100g serbuk roti
-1 biji bawang besar – cincang halus
-1 ulas bawang putih – cincang halus
-1 biji telur
-5 sudu besar susu full cream
-Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
2. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
![Tak Perlu Bersesak Lagi, Buat Sendiri Meatball Ikea Untu Suami Dan Anak-Anak](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/08/249105-26_31_309688.jpeg)
3. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
BAHAN BUAT GRAVY
-40g mentega
-40g tepung gandum
-2 kiub pati daging
-300ml air
-2 sudu kecil kicap lemak manis
-1 sudu kecil Dijon mustard
-150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
![Tak Perlu Bersesak Lagi, Buat Sendiri Meatball Ikea Untu Suami Dan Anak-Anak](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/08/249101-26_23_837967.jpeg)
2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
3. Masukkan 300ml air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu.
![Tak Perlu Bersesak Lagi, Buat Sendiri Meatball Ikea Untu Suami Dan Anak-Anak](https://cdn.pesonapengantin.my/2020/08/249093-26_10_484259.jpeg)
Sumber: Zan Zafirah Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI