Kalau sudah jodoh, walau sudah ditepis namun ia tetap datang juga. Mungkin ada yang meletakkan sasaran umur tertentu untuk mendirikan rumah tangga. Bagi seorang remaja perempuan, dia bertemu jodoh pada usia 18 tahun
Jodohnya ‘sampai’ setelah dia selesai menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kisah seorang gadis muda iaitu Zetty Aziz atau nama sebenarnya, Nurul Izzati dikongsikan seorang perancang perkahwinan, harryzulhairi menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.
Video tersebut telah meraih 1.9 juta tontonan. Dalan video tersebut memaparkan Zetty berpakaian seragam sekolah sebelum bertukar pakaian raja sehari dalam majlis ijab kabul yang berlangsung pada 16 Mac lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Nurul Izzati berkata, dia selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Mohamad Hafiz Hussin, 22, pada 16 Mac lalu di sebuah masjid. Majlis akad nikah itu diadakan sehari selepas dia menjawab subjek Geografi iaitu kertas terakhir SPM 2022/2023 yang didudukinya.
“Saya dan suami sudah berkenalan sejak empat tahun lalu dan perkenalan kami bermula di Instagram (IG). Saya tertarik dengan suami kerana melihat usahanya untuk mendekati saya walaupun pernah tidak dilayan.
Tahun lalu, hati saya terbuka menerimanya dan akhirnya sepakat mengikat tali pertunangan pada 16 September 2022 iaitu sehari selepas ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah, jodoh kami panjang dan ditakdirkan menjadi suami isteri,” katanya.
Ads
Warga maya meluahkan rasa kagum terhadap gadis ini kerana berani menjejakkan kaki ke alam rumah tangga meskipun usianya masih muda. Tidak ketinggalan juga ada warga maya yang berasa cemburu kerana mereka masih belum bertemu jodoh sedangkan usia sudah mencecah 30-an.
Pada masa sama juga, jurumekap, Nursyakila Wan Abdullah turut berkongsi beberapa posting di laman Facebook. Nursyakila bertanggungjawab menata rias wajah Zetty pada majlis persandingan yang berlangsung di Kampung Semaloi, Endau, Johor.
Ads
MAJLIS NIKAH
MAJLIS SANDING
Meninjau di ruangan komen di TikTok, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Suami mana yang tidak gembira bila melihat wajah isteri dan anak-anak senyum bahagia. Menjadi suami tidak semudah dalam drama TV. Suami kena banyak beringat soal nafkah, jaga kebajikan keluarga dan yang penting, tidak melepaskan tanggungjawab terhadap ibu tercinta.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Terlintas posting pereka fesyen terkenal tanah air, Wan Ruzaini Jamil atau Ruzaini dari duo Rizman Ruzaini tentang kesyukurannya dapat memiliki sebuah rumah impian untuk isteri, Nurul Hidayati Yahya atau Deqda dan anak mereka, Rahil Ruzaini, membuatkan ramai yang turut gembira.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Di sebalik kediaman mewah dengan keluasan yang mega, Ruzaini bersyukur kerana inilah hadiah rezeki paling besar sempena kelahirannya.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Alhmdulillah pada hari ini 07.08.2022 maka genaplah umur saya yang Allah swt kurniakan hingga ke hari ini. Dalam banyak-banyak rezeki yang Allah kurniakan, tahun ini merupakan antara rezeki paling besar yang saya terima dariNYA iaitu dapat memiliki sebuah rumah impian untuk dijadikan syurga buat isteri dan anak saya juga tak lupa pada ibu saya.
Pelbagai dugaan dan cabaran jugak saya dan isteri hadapi sebelum dapat menggenggam kunci rumah ini. Dapat kunci betul-betul pada bulan Hijrah, dan pada bulan kelahiran saya. Atas doa dari ibu, keluarga dan teman-teman kami.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamilKredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Alhmdulillah dapatlah jugak saya sempurnakan janji-janji yang saya baca dihadapan wali isteri saya dahulu, untuk menyediakan tempat berteduh dan sebuah syurga untuknya dan anak kami. Betullah orang cakap anak itu adalah rezeki. Bukan hanya rezeki, malah pembuka jalan untuk setiap rezeki yang datang.
Buat semua yang wish dan mendoakan saya sempena harijadi saya, berbanyak-banyak terima kasih. Semoga doa-doa kalian berbalik pada empunya badan jugak…Amin.
Kredit foto: Instagram @ruzaini.jamil
Ruzaini dan Deq Da melangsungkan perkahwinan pada tahun 2016. Majlis yang diadakan dengan meriah bertemakan Bollywood dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebiti yang pernah mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal ini melalui label RizmanRuzaini.
Semoga lebih banyak lagi rezeki yang Allah limpahkan kepada pasangan ini. InsyaAllah…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkongsi soal rumah tangga, penyanyi Shila Amzah berpendapat hidup seseorang individu khususnya wanita bergelar isteri akan musnah kalau salah pilih suami dan keluarga mentua.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, lebih teruk sekiranya wanita tersebut bersuami dan bermentuakan mereka memberi layanan buruk selepas berkahwin.
Shila Amzah Kongsi Pandangan
“Sedihnya kalau tersalah pilih suami dan keluarga mentua.
“Memang hancur hidup. Semoga diberikan kekuatan kepada individu ini,” katanya dalam platform X.
Pelantun lagu Memori Tercipta itu memberi reaksi sedemikian selepas membaca dan mengulang siar luahan hati seorang wanita yang sering dihina oleh keluarga mentua selain menyesal kerana mengahwini seorang suami tidak bertanggungjawab.
Antara luahan yang dikongsi individu tersebut ialah dilayan teruk oleh ibu mentua dan sering menyebelahi anak sendiri berbanding menantu.
“Mak mentua memang asyik menangkan anak dia yang dianggap paling baik dan elok dalam dunia. Aku selalu kena hina dan diperli mak mentua.
“Dulu arwah mak aku ada tinggalkan sedikit harta tetapi habis semua suami aku pinjam dan tidak pulangkan. Barangan kemas aku semua dia jual,” luah individu tersebut.
Jadi buat anda di luar sana yang masih mencari pasangan hidup, carilah jodoh yang baik dan keluarga yang boleh terima anda seadanya. Inshaa Allah akan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiga bulan melayari alam pertunangan, pelakon Zaki Azeman selamat mengalngsungkan pernikahan dengan tunangnya, Siti Nor Sahira Ahmad atau lebih mesra disapa Raa Suzuran di sebuah hotel di Kota Bharu semalam.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Dengan sekali lafaz, pelakon yang popular dalam drama rantaian Hati Yang Dikhianati itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM19,999 beserta satu set barangan kemas buat isteri tersayang. Tiada hantaran iringan lain dalam perkahwinan tersebut.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Shahira merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik beradik dan merupakan puteri tunggal dalam keluarganya. Malah abang Raa Suzuran, iaitu Jaa suzuran merupakan seorang pelakon dan pengacara.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Usai majlis akad nikah yang diadakan jam 10 pagi, pasangan pengantin baru diraikan dalam majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah malamnya pula. Majlis tersebut dihadiri oleh kaum keluarga serta sahabat handai kedua mempelai.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Pada majlis pernikahan, influencer dan streamer berusia 23 tahun itu mengenakan persalinan baju kurung putih rekaan Inderaloka. Kejelitaan Raa terserlah dengan persalinan serba putih di hari pernikahannya.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran @zakiazeman.
Foto: Koleksi Instagram @raasuzuran.
Untuk rekod, Zaki dan Raa mengikat tali pertunangan pada 2.2.22 yang lalu dan membuat perancangan untuk bernikah selepas sambutan Aidilfitiri.
Sumber: MStar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!