Nak jimatkan kos? Gunakan kertas tisu untuk menghasilkan bunga sebagai hiasan dekorasi di majlis perkahwinan dengan cara yang murah. Nak menghasilkannya pun mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan idea ini untuk hiasan ruangan photobooth di majlis perkahwinan. Jom kita lihat tutorial untuk menghasilkannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
8 helai tisu kertas (untuk membuat satu kertas tisu pom pom)
Pembaris
Gunting
Bone folder
Pensel
wayar
Reben untuk hiasan gantung pom pom
Langkah 1
Gunakan 20″ x 26″ helai kertas tisu. Jika anda menggunakan saiz ini, potong dengan kelebaran 17″ (17″ x 26″) dan buat 1″ untuk lipatan. Jika anda menggunakan kertas bersaiz 20″ x 30″, buatkan 1 1/2″ lipatan (anda tidak perlu memotongnya).
Langkah 2
Lipat seperti kipas accordian pada kertas tisu. Gunakan bone folder untuk membuat lipatan.
Ads
Langkah 3
Setelah selesai membuat lipatan, gunakan pembaris untuk mencari bahagian tengah kertas dan ikat kertas tisu menggunakan wayar.
Langkah 4
Potong di hujung kertas tisu. Anda juga boleh memotong secara bulat sebagaimana yang anda perlukan.
Ads
Ads
Langkah 5
Berhati-hati (kertas tisu sangat lembut maka lakukan perlahan-lahan) tarik setiap lapisan kertas tisu, asingkan ia dari bahagian tengah.
Langkah 6
Bila sudah siap, gantung pom pom dengan reben atau tali tangsi. Menarik, kan! Boleh juga dijadikan sebagaiNapkin Rings dari kertas tisu.
Untuk napkin yang lebar, potong 5″ x 10″ segi empat bujur tisu tersebut. Lapisi lima helai kertas tisu dan buat lipatan 3/8″. Ikat menggunakan reben halus dengan panjang 20″. Manakala untuk napkin yang kecil, potong 4″ x 8″ segi empat bujur kertas tisu. Lapisi empat kertas tisu dan buat lipatan 3/8″. Ikat sebagaimana contoh di atas.
Dalam majlis perkahwinan, tuan rumah dan ahli keluarga akan memakai korsaj pada baju bagi tujuan memudahkan tetamu untuk mengenalpasti mereka. Korsaj yang sering kali kita lihat dibuat dalam bentuk bunga ataupun duit yang dilipat menjadi kipas serta dipinkan di baju. Mungkin bosan dengan korsaj yang sering digunapakai itu, apa kata anda berikan kelainan dengan membuat korsaj untuk diikat di pergelangan tangan.
Ia juga menjimatkan kos jika anda membuatnya sendiri daripada membeli yang sedia ada dari kedai peralatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, anda juga dapat membuat korsaj dengan pelbagai rekaan unik dan lebih menarik untuk seluruh ahli keluarga.
Jom ikuti langkah-langkah ini untuk membuat korsaj dengan rekaan unik.
Bahan-bahan yang digunakan:
• Pelbagai bunga sutera (pilih beberapa kuntum bunga yang nampak realistik)
• Gam panas
• Gunting
• Pemotong wayar
• 1.5” reben satin lebar
Langkah 1: Potong kuntuman bunga yang besar dari tangkai menggunakan pemotong wayar. Pastikan dengan menyusunnya secara mendatar.
Langkah 2: Potong beberapa kudup bunga dari tangkai utama, namun masih mengekalkan tangkai yang kecil.
Langkah 3: Potong sepanjang 18” reben.
Langkah 4 & 5: Mulakan dengan bunga-bunga utama. Gamkan di bahagian tengah reben tadi. Gamkan kudup bunga di sekitar bunga utama. Ikat pada pergelangan tangan dengan korsaj baharu yang dibuat sendiri.
Mari lihat punca-punca yang menyebabkan sinki sering tersumbat.
1. BERAS & NASI
Beras merupakan bahan makanan yang memang ada di setiap rumah kerana ia adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Tak lengkap hidup sekiranya tiada beras di rumah, betul tak?
Sewaktu membasuh beras, amatlah penting untuk anda berhati-hati ketika membuang airnya supaya beras tidak jatuh ke dalam sinki. Jadi, tahanlah beras menggunakan tangan dengan betul.
Sama juga sewaktu anda hendak mencuci periuk nasi. Pastikan kerak nasi yang tertinggal tidak terjatuh ke dalam sinki sehingga ia masuk ke dalam saluran paip. Ia boleh menyebabkan sinki tersumbat dan berbau nanti.
Sebaiknya, anda membuang sisa nasi ke dalam bakul sampah dengan menggunakan senduk nasi atau sudu terlebih dahulu. Cara ini dapat mengurangkan kebarangkalian singki tersumbat angkara sisa nasi.
2. TEPUNG & KULIT TELUR
Tepung dan telur antara bahan penting terutamanya, jika anda hendak membuat kek atau hidangan lain yang berasaskan bahan ini. Namun, pastikan juga sisa bahan-bahan ini tidak terjatuh ke dalam sinki bagi mengelakkan sinki berbau dan tersumbat.
Pastikan sisa tepung yang telah bercampur air dan kulit telur, dibuang ke dalam bakul sampah sebelum membasuh bekasnya. Sama juga seperti sisa makanan yang terhasil dari bahan ini, terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah. Jangan cuci bekas sekali dengan sisa makanan, okay?
3. RAMBUT
Rambut juga antara bahan utama yang menyebabkan sinki dan saluran paipnya tersumbat. Walaupun rambut telah dirapi kemas sewaktu berada di kawasan dapur, kadang tanpa sedar tiba-tiba sahaja ia muncul.
Sekiranya anda melihat rambut walaupun hanya sehelai, jangan pula dibuang ke dalam sinki. Terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah yang berhampiran.
Ingat, segumpal rambut di dalam saluran paip boleh menghalang kelancaran air sekaligus mengeluarkan bau yang kurang enak.
4. BUNGKUSAN & PELEKAT MAKANAN
Ada orang suka sangat buang pelekat ke dalam sinki. Tanpa sedar, saiznya yang kecil telah termasuk ke dalam lubang sinki.
Walaupun bukan diri sendiri yang melakukannya, pastikan anda menasihati dengan baik ahli rumah anda akan tabiat buruk itu. Bukan murah kos hendak membaiki paip tersumbat, lagi pula rumah yang jenis ‘high rise’.
5. PUNTUNG ROKOK
Menghisap rokok pandai pula, tetapi bila nak membuang puntung rokok terus kurang cerdik akalnya. Akibatnya, ia dicampak ke dalam sinki. Ini kalau keluarga bakal mentua nampak perangai sebegini, terus kurang berkenan nak dijadikan sebagai menantu.
Jangan jadikan amalan membuang puntung rokok, sama ada di dalam mangkuk tandas mahupun lubang sinki sebagai tabiat diri. Sudahlah ruang udara tercemar dengan bau asap rokok, ditambah pula dengan bau kurang enak dari saluran paip yang tersumbat.
6. PIL UBAT
Sebenarnya pil ubat boleh menjadi punca paip sinki tersumbat. Ubat akan hancur di dalam tubuh badan manusia kerana mempunyai asid yang melarutkan ia.
Namun, tidak pula dengan air dari sinki yang merupakan air biasa. Sekiranya ubat yang pecah bercampur dengan air biasa, air tersebut akan tercemar kerana sifat ubat mempunyai tarikh luput yang tersendiri.
Sebab itulah ada arahan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak kesihatan yang mengarahkan pengguna untuk memulangkan semula lebihan ubat sekiranya sudah tidak digunakan. Pihak kesihatan mempunyai cara yang betul untuk melupuskannya.
Haa… nampak tak punca yang membuatkan sinki tersumbat? Selepas ini anda boleh ubah dan sama-sama jaga sinki di rumah ya. Semoga info ini dapat membantu menyelesaikan masalah sinki rumah anda.
Istimewa kepada bakal pengantin yang bercadang nak DIY pelamin tu, ni langkah-langkah apa anda perlu buat. Kalau anda ikut langkah ni confirm jadi mudah, cantik, dan sekali gus dapat menjimatkan sekali.
Tapi perlu diingatkan agar lakukan persiapan lebih awal okay. Baru tak kelam-kabut nanti. Jadi, anda ada masa nak betulkan yang mana tak okay. Selamat mencuba!
1) Rancang layout
Boleh save gambar mana-mana pelamin kat internet atau lukis apa yang anda terbayang dalam kepala. Ini akan jadi petunjuk apa nak buat & supaya anda tak ‘lost’ nanti.
2) Kerusi Kerusi elemen penting dalam pelamin
Ada 3 sumber:
* Guna kerusi yang sedia ada dirumah
*Sewa kerusi di kedai sewa barang pelamin
* Beli. Kalau beli pun takde lah membazir sebab masih boleh digunakan lagi letak dalam rumah.
3) Latar belakang
Kalau nak murah, cari kain jersey buat tirai dekat belakang. Kain tu tak nipis sangat, boleh tutup belakang & drape cantik. Kain jersey tu ada warna putih dan macam-macam warna lagi. Rm2-3per meter, kain bidang 60′. Memang jimat sgt.
4) Karpet
Ada 3 pilihan juga: 1- guna carpet apa yang ada di rumah (gambar 1) 2- sewa (gambar 2) 3- beli. Kalau nak beli, namanya shaggy carpet. Boleh beli online atau dekat ikea pun ada harga rm149 camtu. Lepas majlis boleh letak carpet tu kat ruang tamu rumah baru.
5) Platform
Platform ni dia macam pentas. Gambar pertama ada platform, gambar ke-2 takde. Tapi sebenarnya platform ni kalau takde pun takpe. Anda rasa mcm mana?
6) Dekor
Berdasarkan layout yang anda plan dekat langkah 1, kita cari dekor item untuk pelamin dekat tempat-tempat yang best untuk beli barang dekor:
1- Kedai RM2 Eco/NT/lain-lain
2- Kaison
3- Ikea
Kalau boleh cari barang dekor yang boleh diletak kat rumah baru nanti. Jangan la beli dekor yang merepek sangat.
7) Spotlight
Baru teringat, ini point ni. Kalau nak gambar pelamin cantik, buat set up spotlight depan pelamin. Kalau ada spotlight kat rumah, dah jimat dah. Atau boleh pinjam kawan-kawan. Kalau takde boleh sewa je kat kedai sewa barang pelamin.
Sumber : twtmalaywedding
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!