Untuk menjaga kulit wajah agar kekal sihat dan lembap, sudah pasti anda perlu menjaganya secara rutin. Jangan malas, demi mendapatkan kulit yang sihat untuk jangka waktu yang panjang salah satunya anda perlu menggunakan masker.
Tentu anda sering menggunakan pelbagai jenis masker wajah yang dibeli di farmasi dan sebagainya. Apa kata kali ini anda buat sendiri masker anti penuaan seperti yang dikongsikan oleh Esyima Zamri menggunakan tiga bahan mudah. Pasti ia mampu memberi lebih kepuasan buat anda apabila memakainya.
3 bahan mudah je
1 sudu serbuk koko
1 sudu madu
1 sudu yogurt asli
Hari ini Syima nak share masker anti-penuaan yang paling Syima suka guna. Mudah sahaja. Hanya perlukan 3 bahan. Serbuk koko,Yogurt dan madu.
Yogurt jika disapukan pada diwajah, ia akan membersihkan dan menyebabkan kulit menjadi licin.
Madu pula bertindak sebagai anti-septik semulajadi . Madu bukan sahaja menembusi kulit untuk menghidrat, tetapi juga melawan bakteria yang menyebabkan jerawat dan penyakit kulit yang lain.
Serbuk koko pula sangat berkesan untuk memudarkan radang dan kesan hitam disebabkan oleh sinaran matahari . Juga baik untuk memudarkan garisan halus pada wajah.
Ketiga ramuan ini, apabila digabungkan, akan menghasilkan masker anti-penuaan, anti-jerawat, anti-minyak yang sempurna!
Yang ada masalah garis halus di wajah wajib try tau. Best kalau umur tahun 32, tapi orang ingat 22 tahun kan?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI