Majlis resepsi yang elegan mampu dicipta dengan pilihan tema yang tepat agar menjadi momen yang kekal abadi diingatan.
Agar cerita cinta berakhir indah dan bakal dikenang sepanjang zaman, terapkan sahaja tema fantasi yang penuh dengan daya tarikan yang unik dan tersendiri.
Ciptakan nuansa majlis resepsi yang mewah dengan rona-rona segar dan mewah bagi melontarkan kesucian cinta pasangan raja dan ratu sehari. Garapan warna dan peletakan elemen-elemen hiasan pada pelaminan tentunya menjadikan impian pasangan mempelai menjadi kenyataan.
Para tamu undangan pasti akan terkesan dengan keanggunan resepsi perkahwinan yang meriah dan penuh dengan biasan romantis.
Ads
Kehebatan sesebuah singgahsana terletak pada seni rekaan pelamin yang unik serta sarat dengan kreativiti. Seri pentas pelamin diperindahkan lagi dengan simbahan pencahayaan yang sempurna di segenap ruang.
Setiap ruang pelamin perlu digarap sempurna bagi memastikan keserian pelamin terpancar ketika mempelai bersanding di pentas pelaminan.
Ads
Buat pasangan mempelai yang menginginkan pentas pelamin yang mewah dan memukau, himpunan pelamin sentuhan air tangan Reka Teemor pasti membuatkan impian anda dan pasangan menjadi kenyataan. Ayuh kita ‘cuci’ mata dengan seleksi pelamin daripada Reka Teemor.
Ads
Reka Teemor merupakan salah satu perancang perkahwinan yang cukup terkenal dengan ilham rekaan yang eksklusif, unik dan kreatif.
Berpengalaman selama 13 tahun dalam industri perkahwinan, sentuhan Reka Teemor sentiasa menarik perhatian. Dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz Mohamed Ashraff, mereka bergabung tenaga bagi menghasilkan dekorasi dan rekaan pentas pelamin yang menjentik deria pandang.
The Coronation
The Flamenco Passion
The Travel Journal
The Tuscany
The Wisteria 2
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buku tetamu atau ‘guest book’ selalunya di letakkan pada majlis perkahwinan untuk tetamu memberi kata-kata indah atau manis buat pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Kata-kata itu hendaklah di tulis di dalam buku yang telah di sediakan oleh pihak pengantin.
Berbagai-bagai corak dan dekorasi tema boleh di hias pada buku ini. Buku ini kemudian akan di serahkan kepada pengantin apabila selesai majlis mereka untuk di lihat dan di baca. Melalui guest book ini jugamereka boleh mengetahui siapa yang hadir di majlis tersebut. Macam-macam corak yang boleh anda lakukan lihat sahaja pada gambar di bawah.
Memori Polaroid
Jika anda sukar untuk mengingati semua orang yang menghadiri ke majlis perkahwinan anda. Hidupkan buku kosong ke dalam buku foto di mana para tetamu boleh merakam gambar dengan Polaroid dan menulis mesej peribadi kepada pengantin baru.
Poskad Peribadi
Pesanan poskad gambar boleh di suaikan atau di kumpulkan dari tempat yang berbeza yang anda lawati untuk menjadikan idea buku tetamu unik ini. Di belakangnya anda boleh menulis kata-kata buat pasangan raja sehari ini.
Rekod Vinyl
Bawa suasana retro ke dalam kepingan dengan rekod vinyl untuk tetamu menandatangani. Gunakan pen seperti warna metalik dan emas supaya lebih kelihatan jelas untuk di baca. Paparkannya dengan cara yang menyeronokkan di rumah anda.
Kayu Hati
Ukiran kayu berbentuk hati menjadi kenagan buat tetamu yang hadir untuk menandatangani. Walaupun selepas majlis perkahwinan, ia boleh diatur sebagai sebahagian daripada hiasan rumah anda.
Buku Foto Peribadi
Hidupkan foto pertunangan atau pernikahan anda ke dalam buku foto ini untuk para tetamu supaya mereka dapat melihat dan mengungkapkan kata terindah buat anda. Simpan buku di atas meja kopi atau meja bilik untuk melihat kembali apabila tahun berlalu.
Sumber : Diy networks
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ada ruang dalam rumah yang silingnya direka terlalu tinggi, anda boleh bua loteng untuk dijadikan tempat belajar atau simpan barang.
Ada sesetengah orang, buat loteng untuk anak bermain di ruang itu, tidaklah mainan selerak di bawah.
Namun Puan Atam Ayu memilih buat loteng di dalam bilik anaknya untuk ada ruang belajar dan tidur.
Apa yang menarik, nampak kemas serta cukup luas. Praktikal untuk keselesaan anak-anak belajar dan tidur.
bilik sebelumbilik selepas.
Alhamdullilah diberi sedikit rezki untuk buat loteng di bilik kedua Seperti semua perumahan zaman sekarang.. rumah teres tengah kebanyakan bilik tinggi² silingnya Rumah maktam 2 buah bilik patern sama..jadi 2-2 bilik maktam buat loteng Maktam share bilik pertama dulu
Walau belum siap sepenuhnya lagi… Tapak tangga belum di pasang Nak juga mengemas sebab dah 2 minggu duduk dalam rumah tak terurus 😂 So bilik ni bahagian atas buat tempat tido+ mainan
Bawah buat bilik belajar Kos bilik ni : RM2800
Jadi, kalau rumah anda ada ruang sesuai untuk buat loteng macam ini, boleh lah buat ya. Sekurang-kurangya anda menggunakan ruang yang ada dengan bijak!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!