
Isi Kandungan
ToggleKalau mood raya dah muncul, boleh lah teruskan niat nak deko rumah sampai sedap mata memandang. Tak perlu habiskan duit beribu tetapi cukup jika dapat alih ke tempat lain pun dah cukup.
Namun kali ini cukup menarik, apabila Puan Emma Syahira Abd Halim semangat deko rumah sewa yang biasanya bila menyewa, jarang orang nak deko atau hias rumah.
Mood Raya Jadikan Suasana Rumah Cantik!
Suka melihat keadaan rumah yang cantik walaupun kediaman yang diduduki ketika ini disewa dan hanya rumah papan tapi wanita ini sanggup berhabis untuk memastikan tempat dia berlindung itu indah di pandangan matanya. Kalau tengok dari luar keadaan rumah memang tak percaya.
Semuanya DIY Sendiri
Suka tengok ramai yang share deko rumah masing-masing lagi-lagi deko rumah papan/rumah kayu/rumah kampung. Jadi kali ini, mahu kongsikan idea dekorasi rumah papan dengan bajet ikut poket.
Konsep macam biasa saya tetap berpegang dengan “LUAR SETINGGAN DALAM CONDO”. Hope dapat jadi inspirasi untuk anda semua. Macam biasa apa yang kit boleh DIY, kita DIY. Yang penting deko kit tetap. Apa-apapun inilah rumahku syurgaku.
Beli Barang Di Sini
Sarung kerusi rotan – Jahit sendiri
Sarung sofa – Diy guna stepler gun
Sarung bantal – Shopee
Bantal silver – Mr DIY
Langsir – Romantika
Alas Meja (table cloth) – Shopee
Cermin – Eco
Gam cermin – Tape 3m beli kat hardware
Led – Mr DIY
Lampu dinding – DIY Dari barang eco
Cat – Sancora Wood & Metal Paint (Gloss Guard) kod mirage
Kerusi rotan – preloved
Kerusi pengantin – preloved
Rak bertingkat – ikea
Rak cermin – ikea
Kerusi smiley – Romantika
Bekas lampu viral – Romantika
RUG (Bulus2) – Romantika
Hah, nanti cuba lah tukar suasana rumah anda pula dengan cedok idea dekorasi ini. Mana tahu hasilnya, meletop. Barulah mood raya boleh on!
Sumber: Emma Syahira Abd Halim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantik Dan Sweet Gubahan Hantaran Bertemakan Bunga Rona Pastel

Sempurnakan impian perkahwinan dengan iringan gubahan hantaran yang dihias istimewa buat si dia. Keikhlasan kasih abadi pasti terpancar dengan persembahan gubahan hantaran yang dihias sempurna dan digubah indah dalam meraikan penyatuan dua hati.
Romantis warna pastel pada bunga-bungaan yang menghiasi gubahan hantaran berkonsepkan moden menyerlahkan gaya eksklusif pada gubahan ini. Perincian bunga hydrangea, eustoma, mawar dan orkid menyerikan lagi persembahan hantaran terindah buat kekasih hati.
Buat bakal pengantin, jadikan 11 idea gubahan hantaran ini untuk menyempurnakan majlis berbahagia anda berdua nanti.







Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gambar Kahwin Bukan Untuk Ditayang Walaupun Di Rumah Sendiri

“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Transformasi Ruang Bagi Nampak Kemas, Pasangan Baru Kahwin Boleh Cedok Idea

Isi Kandungan
ToggleBila nak transformasi ruang rumah bagi nampak kemas, anda kena ada sedikit ilmu deko. Tak boleh main letak dan tarik perabot. Nanti nampak sempit dan sakit mata memandang.
Nak-nak pula kalau rumah anda jenis banyak barang, yang baru pindah rumah jadi pasangan suami isteri pun kena belajar tip daripada Puan Khairunnisa Hamzah ini, jom baca ilmu dekorasi mudah.
Transformasi Ruang Bagi Nampak Kemas
Bila masuk rumah baru, kosong lagi, mungkin kita boleh jumpa ramai pakar hiasan dalaman di luar sana. Tapi lebih jimat kalau anda cuba hias sendiri.
Tak perlu cari rumah baru tapi tukar suasana ruang jadikan baru. Semoga menjadi rumah yang dirindui oleh setiap ahli.
11 Tip Dekorasi Rumah Menjadi Wow!
Ini sedikit tip transform rumah jadi WOW buat semua pembaca:
1. SUSUNAN
Siapkan laluan. Contoh dari pintu masuk ke dapur, ada laluan tanpa halangan. Dari bilik tidur ke bilik air, juga tiada halangan. Dan dari dapur nak ke meja makan untuk hidang, dekat dan juga tanpa halangan.
Sebaik dapat kenal pasti laluan, susun perabot di lokasi selain dari laluan. Pada laluan, kosongkan. Laluan yang mudah akan memberikan keselesaan pada pergerakkan setiap ahli rumah dan tetamu yang datang.
Untuk buat illusi optik atau kesan dramatik, boleh buat susunan luar biasa. Seperti gambar, sofa di susun melebihi dinding. Ini bertujuan seperti pembahagi ruang. Namun masih belum mengganggu laluan. Kesannya, rumah yang kecil ini nampak luas, kan?
2. PERABOT
Bagi rumah yang kecil, elakkan perabot bersaiz besar dan gelap. Dapatkan perabot yang mudah alih. Tapi labur sedikit wang untuk sofa.
Ini akan jadi watak utama dalam rumah. Sofa yang selesa akan membuatkan penghuni rumah dan tetamu duduk lama. Seperti gambar, sofa boleh dilipat turun menjadi sofa bed. Siang kerusi, malam katil.
3. PELEMBUT
Pelembut akan bagi karakter pada rumah, ramai orang terlepas pandang. Ini perkara paling penting, bukan paling tak perlu kisah.
Apa itu pelembut? Ini barang yang menggunakan fabrik seperti langsir, bantal, dan karpet. Perkara paling perlu diingat ialah, apabila satu pelembut sudah bercorak, yang lain tidak perlu bercorak. Contoh, jika langsir bercorak, maka bantal kusyen dan karpet tidak.
4. WARNA CAT
Banyakkan cat putih untuk nampak luas. Rumah lama biasanya menggunakan cat berwarna krim.
Warna kuning atau krim akan berikan rupa lama dan usang.
Warna seperti merah, jingga dan pink jika digabung bersama akan jadi warna panas (warna api).
Warna sejuk ialah seperti warna hijau dan biru (warna laut).
5. DINDING FOKUS
Untuk fokuskan dinding, pilih satu dinding yang mula-mula nampak sebaik masuk ruang tersebut. Atau pilih dinding yang aktif fungsi seperti dinding tv.
Dinding fokus boleh diwarnakan dengan warna yang pop-up ikut kesukaan mata masing-masing. Tapi awas, elakkan warna merah menyala kerana ini akan mengundang sakit kepala. Jika malas cat, boleh pasang wallpaper atau 3d wall decor.
6. LAMPU
Lampu akan berikan kesan dramatik. Jika hanya ada lampu putih, ruang akan nampak jelas dan tiada fokus. Setiap sudut terang kelihatan.
Jika sepah, ini akan jelaskan sepah itu dengan sangat nyata. Buka lampu kalimantang dan tukarkan dengan lampu beridentiti.
Di dinding fokus, pasangkan spotlight. Di sebelah sofa dan katil bilik tidur, pasangkan lampu meja. Cahaya lampu pula ada 3 jenis:
White
Warm
Warm White
Untuk ruang yang perlukan mata nampak jelas, pakai putih. Jika bertujuan untuk berikan mood romantik dan rehat, pakai lampu warm.
7. AKSESORI
Aksesori adalah penaik seri. Aksesori yang berfungsi akan jadikan ruang lebih hidup. Misalnya aksesori jam, ini untuk melihat waktu terkini.
Begitu juga dengan aksesori bingkai gambar, ini untuk mengembalikan nostalgia. Pasu untuk letak pokok hijau dan bunga. Ada juga pasu yang mencipta karakter dan suasana.
8. HIASAN DINDING
Dinding yang tidak dihias umpama ruang itu masih belum disiapkan. Ya, ruang nampak tak siap bila tiada hiasan dinding. Nak hias dengan apa? Hias dengan lukisan, kalimah, frame gambar atau arca.
Masa gantung, pastikan di tengah-tengah dinding atau kelengkapan. Seperti di tengah-tengah atas kepala katil atau sofa. Gantungan letak aras mata. Begitu juga jika gantungkan cermin muka.
9. ALAS KAKI
Rumah yang selesa membuatkan penghuninya suka menghabiskan masa di rumah. Sebaik masuk rumah, sambut dengan alas kaki yang sedap dipijak.
Yang mana ada kerusi, di bawahnya letaklah alas kaki. Begitu juga di sebelah katil. Turun saja katil, ada alas kaki. Alas kaki boleh pilih sama ada nak pakai tikar getah, karpet, atau vinyl.
10. BAHARUI RUPA
Jika masih sayang perabot dan kelengkapan rumah yang lama, boleh perbaharukan rupa atau tukar fungsi dan lokasi kedudukannya. Contohnya, almari laci di depan pintu masuk, dipindahkan ke satu ruang baru dipanggil ruang dressing.
Barang yang lusuh, di cat semula. Yang terbuka boleh ditutupkan. Seperti dapur di dalam gambar, kami pasangkan langsir bermata ikan.
11. BARANG
Semestinya rumah yang melebihi 10 tahun akan mengalami barang yang banyak. Ada yang disimpan sejak anak kecil lagi. Ada sentimental value.
Tetapi menurut kajian, barang yang tidak disentuh melebihi 6 bulan, bererti ia tidak diperlukan lagi. Jadi boleh buat garage sale, car boot sale, atau boleh sedekahkan pada rumah kebajikan dan juga saudara mara.
Hanya barang yang elok rupa saja diletakkan sebagai hiasan luar dari kabinet atau tirai tempat simpan barang. Yang lain sediakan rumahnya di tempat bertutup.
Rumah kelihatan kemas apabila barang-barang disimpan di tempat tertutup. Boleh diy seperti projek dapur, kami gunakan langsir saja di bawah dapur memasak. Jika ada tabungan lebih nanti, boleh buat kabinet pula.
Haa… suami isteri yang baru kahwin, boleh lah belajar bab deko perlahan-lahan, ya! Rasakan kelainan hidup dan peribadi ahli keluarga setelah makeover dilakukan di rumah. Mesti makin bahagia dan rasa selesa duduk rumah.
Sumber: Facebook Khairunnisa Hamzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI