Zaman kian berubah dengan perubahan teknologi yang semakin pesat membangun. Zaman digital yang membawa satu landasan yang lebih maju dan moden ke arah wawasan yang lebih cemerlang. Segala kehendak, kemudahan dan keperluan hanya di hujung jari.
Jadi tak hairanlah, ada pasangan yang bertemu jodoh dan pasangan melalui media sosial. Hubungan alam maya ini mampu memupuk nilai cinta seterusnya membawa ke alam perkahwinan. Ramai pasangan mula berkenalan dan seterusnya mendirikan rumah tangga yang hanya berhubungan melalui teknologi ini.
Jom kita kupas mengenai isu menarik ini!
Menurut kajian yang dibuat oleh sebuah laman web 3-dagang PIXmania, ia menunjukkan golongan muda kini bergantung pada laman media sosial untuk mencari pasangan dan jodoh. Media sosial dianggap sebagai landasan ataupun platform untuk sesi perkenalan dan seterusnya membawa hubungan ke peringkat seterusnya.
Dengan adanya aplikasi seperti Instagram, Facebook, Beetalk, snapchat dan wechat, langkah untuk berkenalan dan saling berhubung menjadi lebih luas dan terbuka.
Ads
Kajian juga menunjukkan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun mengambil masa lebih dua bulan untuk jatuh cinta. Ini mungkin kerana faktor usia itu sendiri yang membataskan mereka untuk lebih cenderung kepada media sosial. Lazimya mereka yang berusia, lebih memilih cara lama atau cara terdahulu untuk bercinta seperti dating di taman bunga.
Untuk mereka yang berumur 25 tahun dan ke bawah, kebiasaanya mereka hanya memerlukan kurang daripada sebulan untuk mencari pasangan dan memikat si dia.
Dengan teknologi dan kecanggihan zaman IT yang sedia ada, proses untuk mengenali dan memikat si dia menjadi lebih mudah. Aplikasi-aplikasi popular di laman sosial juga membantu kepada proses ini sekali gus menjadikan ia satu trend di abad ini.
Ads
Para penyelidik mendedahkan bahawa mereka yang memerlukan purata 163 pesanan teks, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 37 e-mel dan 30 panggilan telefon untuk jatuh cinta antara satu sama lain.
Kajian ini membuktikan media sosial menjadi penyumbang utama kepada perkara ini.
Ads
Namun begitu, penemuan menarik yang didapati dari kajian ini ialah lelaki yang kerap menghantar mesej pada pasangan dianggap tidak bahagia dalam perhubungan. Sesetengah lelaki beranggapan dengan kurangnya komunikasi antara satu sama lain boleh mengeratkan lagu sesebuah perhubungan. Ini kerana lelaki lebih sukakan cabaran dan memerlukan sedikit ruang dalan hubungan percintaan.
Bagi wanita pula, mereka beranggapan menghantar mesej dengan kerap akan membuatkan hubungan cinta lebih mendalam dan menjadikan ikatan lebih baik. Lumrah seorang wanita untuk menjaga hubungan dengan baik dalam percintaan. Tidak hairanlah mereka kerap menghantar mesej dan sedaya upaya untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.
Sumber: Era & Her World
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidup berumah tangga adalah satu hal yang sangat memerlukan setiap individu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan baik. Suami perlu faham tanggungjawab isteri, begitu juga dengan isteri yang harus fahami suami.
Sikap seseorang menjadi faktor utama kepada kebahagiaan rumah tangga. Baru lah rasa cinta itu terjalin setiap hari. Ini adalah 5 sikap suami yang pasti membuatkan isteri tersenyum sepanjang masa.
1. Tidak kedekut
Seorang isteri perlu lah fahami suami. Jangan meminta-minta jika si suami tidak mampu. Cukuplah sekadar keperluan dan sedikit perhiasan diri sahaja.
2. Suka memuji
Isteri pasti akan merasa seronok lebih-lebih lagi apabila suami memuji masakkan isterinya. Tentu gembira sekali hati isteri. Kalau kurang tegurlah dengan cara yang baik agar tidak melukakan hati isteri.
3. Selalu hantar mesej di telefon
Hati isteri mana yang tidak suka apabila suaminya sering menghantar kata-kata manis menerusi telefon buat isterinya. Itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
4. Jadi pendengar yang baik
Bila balik dari kerja suami janganlah buat hal sendiri. Layan isteri anda dengan baik dan bertanya padanya bagaimana keadaannya di tempat kerja hari ini. Biar dia luah kepada anda. Dengan cara itu isteri akan merasa suami sangat menghargainya.
5. Gentlemen di tempat awam
Cuba sesekali suami layan isteri seperti seorang puteri. Contohnya, bantu isteri duduk di restoran, buka kan pintu kereta, dan sebagainya. Pegang tangan isteri ketika berjalan sama di pasar raya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika usia semakin melewati waktu, terdetik pada hati mengapa tiada satu pun jodoh yang datang melekat. Impian untuk bernikah seperti orang lain kadang-kadang harus dipendamkan begitu sahaja. Jadi semakin tertekan apabila ada pihak lain yang sibuk campur tangan dengan urusan jodoh ini.
Oleh itu, ikuti 4 cara ini saat anda menanti jodoh yang tak kunjung tiba.
1. Percaya akan takdir Allah
Allah telah menciptakan semua orang hidup berpasang-pasangan, semua orang diciptakan dengan jodohnya masing-masing. Jika tidak di dunia, maka di akhirat. Percayalah kepada takdir yang telah digariskan oleh Allah, bahawa Allah tidak mungkin menimpakan keburukan kepada kita kecuali ujian yang akan dibayar-Nya dengan keindahan jika kita bersabar. Apalagi jika kita terus tawakal kepada Allah, in sha Allah ada kebaikan yang akan bersama kita.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan, maka setelah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Al-Insyirah: 5-6)
2. Berserah diri kepada Allah
Pernikahan sejatinya dilakukan agar kita dapat menjalani hidup dengan tentram bersama pasangan. Namun, jika jodoh belum juga datang, hanya Allah-lah tempat kita untuk mendapatkan ketenteraman.
Allah SWT berfirman:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
3. Bersyukur atas segala nikmat yang diberi hingga saat ini
Ingatlah bahAwa Allah akan memberi lebih kepada mereka yang bersyukurlah. Maka bersyukurlah atas segala nikmat yang telah dilimpahkan hingga saat ini. In sha Allah dengan bersyukur, Allah akan melimpahkan kepada kita nikmat yang lebih banyak.
4. Terus memperbaiki diri
Doa untuk mendapatkan jodoh yang terbaik akan lebih sempurna jika disusuli dengan usaha untuk memperbaiki diri. Lelaki soleh akan berpasangan dengan perempuan soleha dan begitu juga sebaliknya. Dengan terus memperbaiki diri, In sha Allah kita juga akan mendapatkan jodoh terbaik yang kita impikan. Aamiin.
Sumber : dailymoslem.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Emotional eating sering menjadi masalah tersembunyi buat bakal pengantin. Awas ye! Jangan disebabkan stres memikirkan baju pengantin, pelamin, katering dan sebagainya, anda terjebak dengan dilema makan berlebihan.
Mungkin juga berlaku pergaduhan kecil sehingga mendorong anda untuk makan apa sahaja yang ada di depan mata. Kecenderungan nafsu makan berlebihan yang didorong oleh stres dan emosi negatif ini disebut sebagai emotional eating.
Emotional eating sering berlaku akibat stres menjelang hari bahagia.
Apa Itu Emotional Eating?
Makan berlebihan di bawah pengaruh stres merupakan salah satu gejala yang dikaitkan dengan depresi. Namun, ramai orang yang tidak memiliki diagnosis depresi atau isu kesihatan mental tetap mengalaminya ketika berdepan tekanan.
Emotional eating ialah kecenderungan seseorang merespons stres dengan makan – walaupun tidak lapar. Ia lebih kepada pelarian emosi, penghilang stres atau sebagai “hadiah” untuk diri sendiri, bukan untuk memuaskan rasa lapar sebenar.
Stres Dorong Kebiasaan Makan Berlebihan
Dalam jangka pendek, stres dapat mematikan nafsu makan melalui hormon corticotropin. Namun, jika stres berpanjangan, kortisol dilepaskan dan ia meningkatkan nafsu makan. Ditambah pula dengan gangguan hormon ghrelin, anda lebih cenderung memilih makanan berkalori tinggi, karbohidrat berlebihan dan junk food.
Kurang tidur akibat hati resah juga memburukkan keadaan. Akhirnya, emosi negatif tetap kembali, anda merasa bersalah, diet gagal dan kitaran emotional eating berulang semula.
Cara Mengendalikan Emotional Eating
Segera alihkan perhatian daripada makanan kepada aktiviti lain. Misalnya, berbual dengan teman, membaca, mendengar muzik, joging, meditasi, menulis jurnal atau senaman ringkas.
Cuba Lakukan Beberapa Tip Ini:
Makan jeruk – Jeruk mandarin hanya 50 kcal dan kaya vitamin C. Mengupas serta mencium aromanya membantu menenangkan emosi.
Kacang – Pistachio lebih sihat daripada kerepek kerana rendah kalori, tinggi serat dan mengawal gula darah.
Pandang rona merah – Warna merah memberi isyarat “berhenti” dan membantu anda lebih sedar dengan tabiat makan berlebihan.
Senaman – Aktiviti fizikal mengurangkan hormon stres dan menurunkan risiko depresi, kecemasan serta insomnia.
Cari bantuan – Kaunseling individu atau kelompok dapat membantu menguruskan stres dengan lebih sihat.
Kesimpulan
Emotional eating boleh merosakkan persiapan dan kesihatan anda menjelang hari bahagia. Dengan strategi yang betul, anda mampu mengawalnya serta kekal sihat, bertenaga dan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!