Bagi pasangan yang baharu berkahwin, anda digalakkan untuk memujuk pasangan agar ia menjadi satu kebiasaan dalam rumah tangga. Bila pasangan merajuk mesti ada sebab yang tidak kena.
Memujuk memerlukan kemahiran tertentu. Adakalanya pelbagai cara memujuk pasangan tetapi anda masih gagal memujuk sehingga menyebabkan rajuk pasangan berpanjangan.
Jangan pening, jika pasangan merajuk apa kata anda cuba ikut cara psikologi ini. Gerenti pasangan cair!
LANGKAH 1. Tuning in atau kenal pasti emosi pasangan
Terlebih dahulu, sebelum melakukan apa-apa tindakan, kenal pasti dahulu emosi pasangan anda ketika itu dengan ‘tune in’. Saya berikan analogi mudah. Ingat tak kita pada radio lama?
Radio zaman atuk atau ayah kita? Radio lama terpaksa di ‘tune’ secara manual untuk membolehkan kita menjumpai frekuensi yang sesuai dengan siaran radio kegemaran kita.
Puas kita memusingkan tombolnya agar frekuensi betul-betul bersesuaian dan membolehkan siaran yang dimahukan kedengaran jelas.
Begitulah juga dengan cara menangani pasangan kita. Kita cuba untuk ‘tune in’ dengan frekuensi pasangan kita.
Kenal pasti emosi pasangan anda dengan memandang tepat pada matanya dan bertanya padanya secara lembut, “Adakah awak kecewa? Marah? Sedih? Atau sekadar merajuk?”
LANGKAH 2. Berhubung dengan menerima dan mendengar
Cuba selami perasaan pasangan anda. Bertanya secara lembut apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu. Lebih elok sekiranya anda memeluknya dan mendengar apa sahaja luahan hatinya.
Dalam pergaduhan, selalunya isteri kerap menangis. Sambil memeluknya, katakan kepadanya, “Tidak mengapa untuk menangis, tidak mengapa untuk marah”. Cuba mendengar dengan tenang apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda, walaupun ada antaranya anda tidak bersetuju.
Ads
Simpan dahulu apa yang ingin anda katakan. Buang terus perasaan untuk menang. Dengar dan menerima apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.
LANGKAH 3. Reflek
Tunjukkan empati anda. Pastikan si dia mengetahui yang anda sangat memahami perasaannya. Kemudian, minta maaf dengan pasangan anda. Sekiranya anda seorang isteri, cium tangan suami anda.
Bagi suami pula, cium dahi isteri anda. Sebaik sahaja pasangan anda sudah bertenang, bolehlah anda menjelaskan sebab sebenar apa jua tindakan anda.
Mengapa anda memilih warna hitam berbanding warna krim untuk sofa baharu anda? Mengapa anda terlupa memasukkan baju dalam bakul kain kotor pagi tadi? Mengapa anda terlupa membasuh pinggan pagi tadi? Mengapa anda pulang lewat dari tempat kerja hari ini? Aatau apa sahaja.
Terangkan dengan lembut dan tenang agar tidak mewujudkan pergaduhan baharu pula. Sekiranya pasangan tidak menyukai dengan beberapa perangai anda, tekadkan keazaman untuk berubah. Sekali sekala, cuba berjenaka dengan pasangan.
LANGKAH 4. Memujuk
Kebanyakan daripada kita lebih suka dipujuk semasa kita merajuk. Jangan biarkan kononnya supaya pasangan cool down baharu anda nak pujuk. Jika ditunggu, dikhuatiri pelbagai prasangka buruk bermain di hatinya.
Ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang suka apabila suami isteri bergaduh. Dari perkara kecil, pasti akan bercambah menjadi perkara besar. Jangan sekalipun merasakan bahawa itu perbuatan sia-sia. Ketahuilah, ada pahala memujuk yang Allah sediakan.
Ads
Jadi, bagaimana untuk memujuk pasangan anda?
1) Puji pasangan
Apabila bergaduh, kita kerap terlupa segala kebaikan yang dimiliki oleh pasangan. Disebabkan oleh satu perkara kecil yang menyebabkan kita marah, segala keburukan pasangan kita akan diungkit.
Elakkan melakukan perkara tersebut. Puji pasangan anda tentang apa jua yang anda sukakan padanya. Cantik, bergaya, pandai masak, comel, manja. Atau kuat, bergaya, rajin menolong di dapur, pandai melayan anak, kacak. Apa sahaja.
2) Beri hadiah
Hadiah merupakan antara cara yang sangat berkesan untuk memujuk pasangan terutamanya untuk kaum wanita. Tidak perlu dengan hadiah yang mahal. Hadiah yang kecil pun sudah memadai sekadar untuk memberitahunya yang anda sangat menyayanginya.
3) Mengajaknya melakukan apa yang pasangan suka
Ads
Suami saya kerap mengajak saya melakukan aktiviti yang saya sukai untuk meredakan pergaduhan. Berbasikal, bermain ping pong atau memasak bersama-sama. Apa sahaja yang saya sukai.
Semestinya saya akan menolak untuk menguatkan keegoan saya. Namun beliau memaksa. Walaupun penuh dengan keegoan, saya akui dengan melakukan aktiviti yang saya sukai bersamanya, perasaan marah tersebut akan berkurang sedikit demi sedikit.
4) Beri kejutan
Bawa pasangan anda keluar makan malam, membawanya bercuti ke pusat peranginan, hantar sejambak bunga di pejabatnya atau apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakan pasangan.
5) Mengucap kata-kata indah
Kaum lelaki tentunya terkenal dengan pandai mengucapkan kata-kata indah. Sekiranya anda pandai berkata manis sewaktu di awal perkenalan ketika anda ingin memperisterikannya dahulu, tidak mustahil untuk anda mengaplikasikan skil yang sama untuk memujuk pasangan.
6) Bergurau senda
Cuba buat pasangan anda ketawa. Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan pasangan anda ketawa. Buat lawak, menggeleteknya secara manja ataupun buat gaya yang kelakar.
7) Sentiasa berdoa
Berdoa adalah cara yang paling penting dalam meredakan suasana rumah tangga yang ribut. Namun ini tak bermakna anda hanya berdoa tatkala ditimpa masalah sahaja. Sentiasalah berdoa demi kebahagiaan rumah tangga. Lazimkan diri anda berdua dengan banyakkan menyebut zikir Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tak nak kahwin bukan? Ia adalah sunnah dan dituntut dalam islam. Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan. Tapi duit simpanan tu dah cukup ke belum?
Kalau ikutkan nak kahwin sekarang ni bukan senang. Tambahan pula kos perkahwinan sekarang ni memang tak masuk akal. Sebab tu kita perlu menyimpan duit-duit ni sebelum kahwin kerana pelbagai perkara yang kita nak gunakan nanti. Paling penting jangan harapkan salah seorang sahaja untuk menyimpan. Ia perlulah kedua-dua belah pihak.
1) Mula lebih awal
Kepada pasangan muda diluar sana yang sudah bertemu jodoh, dinasihatkan catat cara perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan satu buku nota untuk anda senaraikan apa keperluan perbelanjaan penting setiap bulan. Kepada yang masih lagi belum ada pasangan, jangan ambil remeh perkara ini.
2) Perempuan juga perlu menyimpan
Bila bercakap mengenai simpan duit untuk kahwin, ramai yang menunding jari ke arah si lelaki. Tapi, tidakkah berkahwin ini perkara yang perlu dibuat bersama? Ya, duit hantaran diberi, tapi duit tersebut hanya dapat menampung sesetengah kos sahaja dalam majlis resepsi. Jadi, kaum hawa anda juga yang akan berkahwin dengan lelaki itu. Kehidupan selepas kahwin akan bermula dengan anda berdua.
3) Kerja ‘part-time’
Untuk mereka yang ada masa lebih, bolehlah mula membuat bisnes kecil-kecilan. Walaupun untungnya tidak besar, sekurang-kurangnya ada juga duit lebih untuk ditambah ke dalam tabung simpanan kahwin anda.
4) Ikut kemampuan
Sesebuah majlis perkahwinan itu dinilai bukan dari hebatnya lokasi itu, atau betapa mahalnya kos pelaminnya, malah bukan juga dari betapa mahalnya mas kahwin. Yang penting adalah siapa yang hadir pada hari tersebut untuk meraikan hari bahagia anda. Tidak salah untuk impikan majlis bak puteri raja, tapi jika ikutlah kemampuan diri.
5) Tahan nafsu
Siapa yang tak gembira bila tengah-tengah jalan dekat ‘mall’ dan lihat perkataan ‘sale’ besar-besar kan? lagi-lagi untuk kaum wanita, tak duduk diam dibuatnya. Sebelum anda langkah masuk untuk mencuba baju dan kasut yang cantik, tarik nafas dalam-dalam dan kata pada diri sendiri “aku kena simpan duit untuk majlis nanti”. Anda pasti boleh!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ayah ingin anaknya hidup bahagia sehingga akhir hayat. Jadi sebagai anak, carilah suami yang mempunyai ciri-ciri terbaik agar hati orang tuamu tenang apabila pergi meninggalkanmu kelak.
Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara imanmu.
Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
Tegas mempertahankan maruah
Jujur sebagai pelindung maruah isteri dan keluarganya.
Amanah
Amanah dalam menjalankan tanggungjawab serta tugas-tugasnya sebagai ketua keluarga, suami, ayah dan sebagai pekerja. Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Mampu menyara keluarganya dengan rezeki dan punca pendapatan yang halal. Selain itu carilah lelaki yang ringan tulang suka membantu melakukan kerja-kerja rumah, sesungguhnya sikap ini banyak membantu dalam sesebuah rumahtangga itu wahai puteri-puteri ku…
Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Menjaga amarahnya
Boleh mengawal kemarahan, sikap panas baran minta dijauhkan. Kalau dpt juga suami yang panas baran…kenalah selalu amalkan ayat pelembut hati…. ;D
Berbahagialah kamu puteri-puteriku jika diintai calon yang demikian sifatnya dan kami sebagai ibu mu merasa lega untuk melepaskan mu….
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bolehkah permasalahan rumah tangga diceritakan kepada orang lain? Contohnya menceritakan kepada rakan baik dengan tujuan untuk meminta pandangannya.
Tidak seharusnya setiap permasalahan dalam rumah tangga diceritakan kepada orang lain termasuklah kepada keluarga sendiri atau mertua atau kepada rakan baik sekalipun. Hal ini ditakuti akan membuka aib sendiri yang sepatutnya ditutup.
Tetapi ada ketikanya, ia boleh diceritakan dengan tujuan tertentu iaitu sekiranya:
i. Menjaga keaiban kedua-dua pihak (suami atau isteri) dengan tidak menceritakan secara terperinci serta berlebihan hal rumah tangga.
ii. Diceritakan hanya kepada orang yang boleh dipercayai dan amanah supaya keaiban dan permasalahan kita tidak dicanangkannya kepada orang lain.
iii. Seboleh-bolehnya diselesaikan sendiri bersama-sama tanpa melibatkan orang luar termasuklah ahli keluarga walaupun mereka dekat dengan kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!