Kalau dapat isteri yang banyak cakap, itu adalah satu rahmat buat keluarga tersebut.
Seorang anak, akan jadi lebih pandai jika ibunya banyak bercakap dengannya.
Begitulah pandangan Puan Khairunnisa Hamzah dalam isu orang rumah jenis banyak bercakap. Agaknya betul lah kata pepatah, bebel itu tanda sayang. Ambil cakna.
Isteri Banyak Cakap
Seorang suami, akan jadi lebih produktif dan bersemangat jika isterinya lebih banyak cakap dengannya.
Saya pernah mendengar si ibu bercakap pada anaknya di tandas, “Buat ehem ehem. Kena berdehem selepas buang air kecil untuk pastikan semuanya dah keluar. Baru tak ada penyakit.”
Lalu si anak pun buat, “Ehem, ehem.” Selepas dengar hal ini, saya pun buat dan suruh anak saya pun buat juga.
Ads
Saya mendengar banyak ayat dari ibu-ibu lain juga selain ibu saya. Ibu saya kurang bercakap dengan kami masa dahulu kerana ibu penat dan semput. Ibu tak boleh banyak bercakap.
Kalau yang banyak tunjuk cara sampai detail ialah ayah. Apabila ibu tak banyak cakap, ayah yang jadi banyak cakap pula.
Kesannya, Anak Bijak!
Anak kepada ibu yang ajar buat ehem ehem tadi, telah pun menjadi anak remaja yang bijak dan pintar.
Jika lihat anak anak yang bijak, pintar, sabar dan nampak beriman serta beramal soleh, cuba lihat emaknya.
Ads
Biasanya, emaknya memang jenis banyak cakap dan detail penjelasannya.
Jika mak tak banyak cakap, tengok pula ayahnya. Pasti ayahnya yang banyak penerangan dan berikan penjelasan tentang sesuatu secara mendalam.
Ads
Macam Mana Bila Anak Belajar Sendiri
Ada yang kata biar anak belajar sendiri, tak perlu diarah-arah. Saya pelik, sedangkan nak mencari jalan pun kita perlukan papan tanda arah jalan mana perlu dituju, inikan pula anak anak yang belum ada pengalaman hidup. Mestilah kita yang kena berikan panduan dan arah tuju buat mereka.
Sehabisnya ibu ayah bercakap, berikan maklumat dan tunjuk ajar selagi anak di dalam jagaan.
Sampai satu masa, mereka keluar dari rumah. Percayalah, waktu itu, kata-kata ibu ayah yang mereka pegang buat panduan dan pedoman melangkah ke hadapan di celah orang ramai.
Anak yang kurang dengar nasihat, cerita dan tunjuk ajar dari orang tuanya, akan mula termangu-mangu mencari arah mana nak dituju.
Jangan malu jadi ibu ayah yang banyak cakap dengan anak-anak, tetapi, malulah bila kita tidak pernah bercakap-cakap dengan anak-anak.
Jangan risau isteri banyak cakap, tapi risaulah kalau isteri lagi banyak diam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sekali lafaz, pelakon Syafie Naswip sah jadi suami kepada wanita bernama Nur Afiqah Ishak selepas melangsungkan majlis pernikahan di Dewan Wilqadry, Putrajaya.
Majlis akad nikah tersebut telah disiarkan secara langsung (Live) menerusi akaun Instagram milik pelakon tersebut.
Syafie Naswip Sah Jadi Suami
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Syafie atau nama lengkapnya Muhammad Syafie Naswip, 31, telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung kepada pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Selepas selesai majlis akad tersebut, pelakon yang popular menerusi filem Mukhsin itu dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika membaca taklik iaitu perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan seperti mana diperuntukkan dalam Akta, Enakmen atau Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri.
Segak mengenakan persalinan baju Melayu dan kurung putih, kedua-dua pasangan mempelai sama cantik, sama pada itu dilihat tersenyum tanda syukur selepas sah bergelar suami isteri.
Bersambung Majlis Resepsi
Tidak habis di situ, majlis resepsi terus diadakan pada jam 6 petang hari yang sama pasangan ini dinikahkan yang bertempat di Grandeur Hall, Putrajaya. Dengan pakaian biru lembut, nampak cantik berseri orang rumahnya.
Menerusi ruangan komen dalam Live yang ditonton lebih daripada 1,500 pengikutnya dalam Instagram, ramai peminat pelakon itu telah meninggalkan ucapan tahniah atas pernikahannya dengan Nur Atiqah.
“Alhamdulillah. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga,” ujar seorang pengguna Instagram.
“Syukur alhamdulillah. Semoga kekal hingga ke syurga,” kata seorang lagi netizen.’
Difahamkan isteri kepada Syafie iaitu Nur Afiqah merupakan seorang pelakon dan juga model, berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh pengikut suaminya dalam Instagram.
Normal gaduh suami isteri dalam rumah tangga, itulah pandangan pelakon jelita Fasha Sandha apabila disoal tentang hubungan dalam perkahwinan.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, perkahwinannya dengan suami, Aidil Aziz, 37, ada pasang surutnya namun teman hidupnya itu seorang yang sangat senang dibawa berbincang.
Fasha Sandha Belum Gaduh Dengan Suami
“Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi.
“Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.
“Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama,” katanya lagi.
Menurut Fasha lagi, biarpun perhubungan rumah tangganya belum begitu sempurna tetapi dia sering mendoakan perkahwinan mereka kekal selama-lamanya.
“Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.
“Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif,” ujarnya.
Sibuk Mana Pun Kerja, Tetap ‘Bertugas’ Untuk Suami Dan Anak
Dalam masa sama, dia tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu supaya semuanya terjaga walau sesibuk mana tugas di luar.
“Paling penting sekali suami isteri tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas.
“Pastikan makan pakai semua tersedia walaupun sejak akhir-akhir ini, saya lebih sibuk. Saya tidak akan lupakan apa isteri (patut) lakukan.
“Saya juga akan pastikan ada ‘mood’ untuk suami dan anak-anak. Bukan nak kata sempurna atau wanita solehah tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu baik,” jelasnya lagi.
Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai romantisnya pasangan diraja ni. Setiap kali DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli menghadiri majlis, pastinya mereka menjadi pilihan lensa kamera.
31 Ogos 2022 lalu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulangtahun perkahwinan ke-6.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal OfficialKredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkesempatan berkunjung ke Museum Of The Future yang terletak di Financial District, Dubai, UAE.
Dalam kenyataan dari Selangor Royal Official, baginda amat kagum dan tertarik dengan rekabentuk luar bangunan berkenaan yang dilengkapi kaligrafi puisi nukilan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum mengenai masa depan UAE.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal OfficialKredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Antaranya, “We won’t live for hundreds of years, but we can create something that will last for hundreds of years.”
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Bahagian dalam Museum Of The Future setinggi 7 tingkat itu menempatkan ruang pameran untuk ideologi inovatif, interaktif dan futuristik serta menampilkan kecerdasan buatan (A.I.).
Untuk pengetahuan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diijabkabul dengan Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos 2016.Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina,Tengku Zatashah dan Tengku Amir, yang kini merupakan Raja Muda Selangor.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal OfficialKredit foto: Instagram Selangor Royal OfficialKredit foto: Instagram Selangor Royal OfficialKredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Didoakan semoga DYMM Tuanku berdua dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Amin.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!