Sering kali kita dengar kalau nak kahwin je mesti lelaki yang kena bekerja kerasa walhal si perempuan relaks je tanpa membantu. Bukan begitu caranya, walaupun ia memang perlu tekankan lebih kepada lelaki, si perempuan kena lah bantu-membantu sikit. Seperti photographer, make up, atau henna. Tak boleh harapkan 100% sahaja kepada si lelaki. Ikuti perkongsian facebook dari Hawa Niza ini.
Hi assalamualaikum semua . Post ni agak panjang tapi berbaloi untuk bakal2 pengantin kalau baca untuk jimat kos kahwin uolss. Hehehe apa pun thanks yg sudi dtg majlis Kami hari tu. Sederhana tapi meriah. Rata2 yg datang cakap meriah meletup la apa la. Depa ingat Kami habis berbelas ribu . Sedangkan kos semua dalam RM6K ++ .
Yes , untung nya suami aku kawin dgn aku sebab belanja tak banyak . Hahahaha . Hehe okay sebelum tu nak cakap dulu, jumlah hantaran belanja aku cuma RM8022 termasuk mas kahwin Dalam tu (RM522) . Ok la dgn harga aku sebagai budak kampung kan. Suami org selangor . Mula mcm demand sikit nak letak RM12K hahahahaha tp pikir2 kenapa nak menyusahkan dua pihak kan.
Nak permudahkan kalau boleh. And Jenis aku , memang aku survey semua yg mana paling murah and ok. Murah pun takpa asalkan Ada benda tu. Mak Abah aku pun takda nk letak tinggi. Setakat mampu depa cakap. Lagi pun x expect pun nak nikah sanding bulan 3 tu sebab Kami baru tunang 8 bulan. Duit pun susah Cari. Tp masih percaya bila Kita nak buat benda balik nak halalkan hubungan Allah tolong. Percaya tu ! Memang miracle sbb 8 bulan ja Kami kumpul duit sama-sama.
Mulanya rancang tunang 2 tahun sbb aku x Keja . Takut xda duit, alhamdulillah lepas tunang tu job makeup mencurah2 . Rezeki nak kawin org kata. Ok nak pendekkan post ni takut hampa meluat baca. Jom check it out berapa Wang yg aku belanja untuk menyempurnakan majlis kecik aku ni.
1) Doorgift
Rm200 ja aku habis untuk doorgift. Barang2 beli dekat FS wedding house Bukit mertajam. And Ada la sikit org kampung bagi2 kuih2 . Doorgift ni aku prepare untuk 500 tetamu
2) Katering
RM3500 untuk 500 tetamu makan . Menu nasi minyak, nasi putih,daging masak hitam,ayam masak merah,air asam,buah tembikai,air . Katering aku amik dekat Titi Serong,perak. Pakej sekali Kanopi 2 biji
4) Meja Makan Beradap
RM150 amik dekat hakita inawzi wedding rental mmg kelas cantik. Design sendiri nak mcm mana . Makanan pengantin semua masak sendiri and kutip2 lauk kenduri .
Ads
5) Mini Pelamin
RM550 amik dekat kawan aku . Takyah la pelamin mewah. Simple2 manis2 asal Ada untuk bergambar
6) Baju Nikah
RM150 dekat pasar kemboja ja beli. Yang laki aku dia pinjam kawan dia punya.
7) Baju Sanding
(P) RM150 Sekarang uols boleh sewa dekat hakita inawzi wedding rental. Baju tunang Kami pun Kami Ada letak dekat Kedai kak tikah untuk sewa. Baju sanding lelaki beli sendiri RM60 duit dia sendiri and blazer pinjam kawan dia . Kalau nk jimat ,beli ja Baju kosong/plain dekat mana2 pemborong balik Tampal manik2 sendiri
8) Henna RM40
Pakej tangan crowded + Kaki sikit + inai celup
Ads
11) Photographer
RM600 pakej Nikah + Sanding + Outdoor . Kami amik shoot and burn ja. Takda album. Album tu kemudian sendiri buat. Gambar yg penting sebab moment kan
12) Cincin Nikah
RM350 Kedai emas Idaman . Nasib Kami selalu baik dari beli Cincin masa tunang dulu . Cincin tu rm400 ++ tp kalau pandai sembang kedai tu mmg bg murah. Org parit buntar tau kedai ni mmg Pemes !
13) Mas Kahwin RM522
Pihak lelaki yg wajib bg kan. So duit mas kawin duit lelaki lah untuk perempuan. Tak kan perempuan nk keluarkan duit mas kawin sendiri hehe. Ikut negeri jugak. Tp macam Adat Kami perempuan sendiri letak .
14) Kad Kawin + Banner
RM120 (Ni tak penting sgt,alternatif teknologi banyak .tapi aku ni suka designs teringin nak Kad kawin sendiri .kalau hampa xmau buat lg la save )
Ads
15) Makeup
FREE OF CHARGE sebab aku makeup sendiri. Dari majlis nikah malam berinai sanding.
16) Hantaran
TIADA. Kami takda hantaran berbalas dulang tu semua. Masa nikah cuma Ada Cincin & Duit Mas Kahwin . Hehe jimat sbb takyah habis beribu.
TOTAL : RM6,332
BAKI : RM1700 (Hantaran RM8022-RM6332)
Baki tu Kami save untuk lepas kawin nk honeymoon nnt .tambah2 sikit dgn duit salam tangan yg mak Abah dapat. Kami simpan .kot sesak2 lepas kawin.
Majlis bertandang,family suami cuma buat makan2 untuk family and jiran tepi2 rumah saja untuk perkenal menantu. And Kami pakai semula Baju masa nikah tu masa majlis bertandang .
Totally ni kos bagi aku yg dekat Penang . Rasanya semua tempat boleh asalkan kena rajin survey and Cari ja .
Yang penting. Saling tolong menolong, jangan la harapkan 100% duit lelaki. Lambat lah kawin ! Hahah hang nak kawin dgn dia nk hidup dgn dia jadi kalau boleh tolong Cari duit kawin sama2 . Tak Salah kan sharing duit ,tak hina pun . Sebab nak hidup sama-sama ,nak buat benda baik .
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adat suami isteri bila bergaduh dan berselisih faham. Kita tak dilahirkan sempurna tanpa cacat cela, silap sikit harus ada. Yang penting toleransi. Lelaki bernama Amir Syahir kongsi bagaimana cara nak pujuk pasangan jika bergaduh.
Dulu mula-mula kahwin, isteri aku kalau merajuk dia tak nak cakap. Diam jeee. Pastu pendam sorang-sorang. Dah lama kahwin ni, terus dia cakap kalau tak puas hati. Terus luah apa yang dia rasa.
Duk pendam sorang-sorang ni pastu bengang sebab orang tak faham dia. Dia ingat kita ni tok wali ke apa boleh teka-teka.
Begitu juga korang yang baru kahwin. Kalau awkward nak berterus-terang boleh gunakan teknologi terkini. Kalau tak biasa nak luah secara face to face apa yang tak puas hati tu, guna la WhatsApp ke, FB messenger, nota atau surat.
Dah okey sikit, barulah cakap atau bincang depan-depan. Kan senang. Tapanaya luah dekat Fesbuk nak bagi laki kau tahu apa yang kau pendam ataupun mengadu dekat Page KRT la. Masalah korang berdua, korang la selesaikan.
Jangan duk pendam sorang-sorang. Pastu nangis bawah shower, takpun nangis dalam selimut. Kadang kala, kaum lelaki ni dia tak tahu apa silap dia.
Suami pun kalau malu ataupun segan nak minta maaf jika buat silap, beli je hadiah lepastu tulis nota. Beli coklat pastu lekat nota “Im Sorry for everything”. Kan sweet tu. Dia pun tersenyum.
Tapi pastikan tu bukan masalah yang besar la. Kalau masalah besar mesti dan perlu mintak maaf dan bawa berbincang depan-depan dengan cepat.
Bergaduh tu biasala dalam rumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tapi jangan gaduh lama-lama. Selesaikan secepat mungkin. Kah!
Raya sudah semakin dekat. Tentunya anda terutamanya para isteri sedang sibuk untuk mengemas serta menghias rumah sebagai persiapan menyambut ketibaan Hari Raya.
Inilah masa untuk mengemas dapur, membersihkan rumah, mop lantai dan banyak lagi. Tahukah anda, dengan menggunakan cuka, ia dapat membantu membersihkan kawasan rumah anda.
Hasilnya juga sama seperti anda menggunakan pencuci yang mahal. Dengan cuka, anda boleh membersihkan lima bahagian ini:
1. Cuci mangkuk tandas
Air cuka boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuklah kotoran degil yang ada. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.
2. Bersihkan cermin tingkap dan kaca
Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50. Kemudian, lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.
3. Cuci lantai
Ambil setengah baldi air, campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau hingga sebati dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.
4. Lantai bilik mandi
Untuk lantai bilik mandi yang berkerak, campurkan garam dengan air cuka dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus, kemudian bersihkan dengan air.
5. Hilangkan kotoran pada karpet
Jika karpet anda terkena kotoran, campurkan cuka dan air dengan nisbah yang sama. Kemudian, semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit, selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jus segar tidak semestinya daripada sayuran hijau atau bayam untuk menjamin kesihatan tubuh. Jus delima juga sangat sihat kerana ia mengandungi lebih daripada 100 phytochemicals. Kerana itu, buah delima telah berkurun lama digunakan untuk kecantikan dan kesihatan. Kini, pelbagai kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan jus delima dalam pencegahan kanser, sokongan imun dan kesuburan.
Antioksidan
Sejarah buah delima yang menjadi bahan utama dalam produk kesihatan sangat diperakui. Biji buah delima yang berwarna merah di dapati daripada polyphenols, bahan yang kuat kaya dengan antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia juga memiliki tiga kali ganda antioksidan lebih tinggi daripada teh hijau yang boleh menghalang radikal bebas, melindungi sel dari kerosakkan dan mengurangkan keradangan kulit.
Vitamin C
Sebiji buah delima mempunyai lebih daripada 40 peratus vitamin C yang diperlukan tubuh setiap hari. Vitamin C boleh dipecahkan apabila dipastur, jadi pilihlah jus buah delima segar untuk mendapatkan nutrien penuh.
Penghalang kanser
Pakar penyelidik mendapati jus buah delima membantu memperlahankan pertumbuhan sel kanser prostat, namun hasil ini masih di peringkat kajian.
Perlindungan penyakit Alzheimer
Antioksidan yang terkandung dalam buah delima dikatakan membantu menghalang terjadinya penyakit Alzheimer dan melindungi memori.
Penghadaman
Jus buah delima boleh mengurangkan keradangan dalam perut dan memperbaiki sistem penghadaman. Sangat sesuai untuk diamalkan pesakit ulcerativecolitis dan penyakit keradangan usus lain.
Penyakit jantung
Jus buah delima sangat sesuai untuk diamalkan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan jantung kerana ia melindungi jantung serta arteri. Terdapat kajian menunjukkan jus delima melancarkan peredaran darah dan mengelakkan daripada berlakunya arteri menjadi tebal dan kaku. Tapi, dapatkan nasihat doktor dahulu ya!
Tekanan darah tinggi
Dengan mengambil jus delima setiap hari, ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah systolic. Tetapi, pastikan jus delima yang tidak dicampur gula, hanya kekal dari jus buah sebenar.
Antiviral
Di antara vitamin C dan nutrien lain seperti vitamin E, jus delima membantu mengelakkan kesakitan dari jangkitan. Ia juga terkenal sebagai anti bakteria dan anti virus di makmal ujian.
Kaya vitamin
Selain vitamin C dan E, jus delima adalah sumber terbaik folat, potassium dan vitamin K. jika anda memilih untuk membeli jus delima di pasaran, pastikan membaca label terlebih dahulu untuk memastikan ia 100% jus sebenar tanpa gula tambahan.
Kesuburan dan prestasi seksual
Tekanan oksidatif atau oxidative stress menunjukkan ia menjadi punca sperma ‘mati’ dan mengurangkan kesuburan wanita. Jus delima mengurangkan oxidative stress di dalam plasenta tetapi kejian masih belum menentukan kesahihannya.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!