Disebabkan kebelakangan ini semakin ramai rakan artis yang terkena tempias kes rampas merampas suami orang, Nana Mahazan tidak pernah sekali melatah. Baginya paling utama dalam hubungan suami isteri adalah kepercayaan yang utuh di antara satu sama lain.
“Setakat hari ini saya memang tidak pernah mencurigai suami saya, saya sebagai isteri mempercayainya 100 peratus, tambahan kerjay kami menuntut untuk berjumpa dengan ramai orang, bekerja dengan orang yang pelbagai, kadang kala dia terpaksa keluar ke studio jam 3 pagi, saya masih percayakannya. Lagipun bukannya dia buat apa, dia bekerja, kita sebagai isteri kenalah menyokong penuh.
Ads
Bila ditanya adakah Nana sendiri ada membuat selidik status mahupun direct messages suaminya sebagai langkah berhati-hati?
“Haha kami memang tidak pernah check each other, buat apa nak check kalau kita percayakan dirinya. Kita pun tak suka kan orang kacau privasi kita, why kita perlu sampai bersikap sedemikian. Paling penting dalam membentuk keharmonian dalam rumah tangga, perlu setia, yakin dan percaya pasangan anda. Saya akan selalu bertanya padanya jika ada yang tidak kena, kami saling memperbaiki. Jangan simpan nanti lagi parah, katanya yang kini sudah mencecah 9 tahun ulang tahun perkahwinan.”
Ads
Ads
Dalam kesibukan ini Nana juga kini sedang hebat mengacarakan rancangan Mentor 7 juga Pesona Pengantin musim kedua di Astro Prima dan Astro Maya setiap Isnin Jam 1230 Tengah hari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi lelaki yang mempunyai fizikal yang rendah seringkali ada masalah untuk memilih pakaian di hari bahagia. Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda secara fizikalnya kelihatan lebih tinggi dari anda.
Untuk anda tampil lebih yakin di hari tersebut, beberapa tip ringkas ini boleh anda ikuti agar anda kelihatan lebih tinggi.
1. Anda tidak perlu mengenakan sut untuk menampakkan diri anda segak. Sekiranya anda memilih sut, kekalkan corak menegak. Sebaiknya, pilih corak menegak yang bersaiz kecil.
2. Pilih saiz ‘ngam-ngam’ dan muat pada badan dan bukannya baju yang terlalu ketat jika tidak mahu nampak lebih ‘halus’.
3. Beri perhatian pada aksesori seperti tali leher, jam dan tali pinggang kerana ia juga dapat membantu. Pilih yang kecil dan ringkas. Skinny tie adalah pilihan terbaik.
4. Pastikan seluar anda diseterika kerana kurang kemas menampakkan anda lebih rendah malah tidak terurus.
5. Pakai sehelai jaket yang mempunyai satu atau dua butang sahaja.
6. Pilih baju T berleher V.
1. Elak membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar. Ia bukannya membantu anda nampak besar tetapi membuatkan anda kelihatan lebih kecil dan seperti kanak-kanak.
2. Elak daripada memakai dua lapis jaket.
3. Jangan simpan rambut panjang.
4. Elak mengenakan pakaian terang kerana menampakkan fizikal anda yang rendah dengan ketara.
6.Jangan mengenakan pakaian bercorak melintang.
7. Elak memilih kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi. Ia sememangnya tidak membantu sebaliknya membuatkan orang asyik terpandang kasut anda sehingga jadi anda jadi kurang selesa.
Hari nikah dan walimah boleh dikatakan adalah antara hari paling membahagiakan, paling penting dan paling bermakna buat seorang wanita.
Waktu itulah kebanyakan wanita akan bercampur baur emosi antara excited, gembira, tak sabar, dan adakalanya sampai stress kerana meletakkan high expectations untuk dream wedding mereka.
Waktu itulah ujian tiba, tatkala mahukan majlis pernikahan persis artis mahupun selebriti, hingga kadang ada orang Islam yang terikut budaya barat dari segi pemakaian serta cara meraikan hari nikah dan walimah.
Zaman beredar, terlalu banyak perubahan. Hal yang zaman dahulu tak pernah terbayang, kini semakin acap kali pula diada-adakan.
Pre-wedding photoshoot yang tidak patuh syariah – berpegang tangan, berdukungan, lentok sana sini walhal belum halal, bridemaids yang berpakaian menjolok mata, majlis berinai siap berpakaian dan ada tari menari ibarat budaya Hindu, majlis nikah dalam taman bulat-bulat ditiru seperti dalam Filem Inggeris, pengantin wanita memakai veil menutupi wajah seperti pengantin Kristian. Semua ini semakin dinormalisasikan dalam masyarakat.
Yang buat semua perkara ini, adakah kita telah merujuk orang ‘alim tentang semua hal ini sebelum kita implement dalam majlis bahagia kita?
Majlis bahagia belum tentu bahagia sekiranya di awalnya telah mengundang fitnah dan murka Ilahi apabila bercampur yang tidak patuh syariah.
Nasihat saya, dalam keterujaan mahu merencana majlis bahagia, pastikan rujuk dahulu orang yang ‘alim berkaitan segala hukum tindakan kita. Kerana kita orang Islam, apapun perlu utamakan syariat. Majlis grand bagaimana sekalipun tak bererti sekiranya ia tidak dirahmati Allah, didoakan orang alim dan didoakan para malaikat.
Tiada guna majlis nampak gah sekiranya solat, aurat, ikhtilat sepanjang majlis tidak dijaga.
Ikatan nikah suami isteri amat dimuliakan dalam Islam. Namun, caranya perlu seiring, agar keberkatan dan rahmat Allah memayungi proses itu.
Jangan kerana teruja, tanpa sedar kita menjunjung budaya bukan Islam, cara masuk ke majlis nikah seolah pengantin Kristian berjalan di dalam gereja, pakaian, tudung ambil inspirasi dari Barat, ada yang berpakaian terlalu mendedahkan hingga orang yang melihat keliru dengan agama sebenar si pengantin, kemudian ada majlis tari menari bercampur gaul lelaki wanita bukan mahram. Wallahi, tepuk dada tanyalah iman, beginikah cara kita menjemput keberkatan di hari mitsaqon ghaliza antara kita dan suami dipaterikan?
Amat menyedihkan apabila hal sebegini dilakukan oleh orang yang popular, berderulah masyarakat menirunya tanpa berfikir dan bermuhasabah.
Ibubapa, bersuaralah. Memang benar apabila anak perempuan bernikah, mereka perlu taat pada suami mereka. Tetapi selamanya kita bertanggungjawab ke atas mereka, yang salah perlu ditegur, anak-anak sentiasa perlukan nasihat dan doa ibubapa mereka.
Berbaliklah kepada al-Quran dan sunnah. Implementing islamic way as what Rasulullah SAW teach us. Jangan terlalu taksub dengan selebriti hingga hal batil pun kita terikut juga.
Pesanlah kepada anak-anak, adik beradik, kawan-kawan.
Janganlah majlis nikah dan walimah kita menjadi fitnah kepada agama yang mulia. Berdakwahlah, biar orang lihat kecantikan dan kemuliaan Islam, melalui majlis nikah dan walimah kita.
Kita mungkin tak senasib dengan mereka yang berjawatan tinggi dan bergaji besar. Tapi jika kita pandai menguruskan kewangan, sudah pasti pengurusan wang kita dapat diuruskan dengan baik.
Buat mereka yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga, hadamkan perkongsian Amir Syahir ini yang ajar kita cara-cara nak uruskan kewangan. Jika pandai menguruskan kewangan dengan bijak pasti mampu menghasilkan perhubungan yang lebih lancar.
7 Cara Ajar Pasangan Korang Menguruskan Kewangan
Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan. Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple. Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?
1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.
2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja
Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan. Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang. Ajar dia gunakan formula ini: Pendapatan – Simpanan = Belanja.
3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak
Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan. Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.
4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak
Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.
5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak
Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.
6. Ajar Tentang Risiko Kewangan
Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.
7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak
Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi. Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...