Sumber Internet

Benarlah kata orang doa wanita itu senjata yang cukup mustajab kalau nak hidup kita lebih berkat. Malah kalau nak hati rasa bahagia dan hidup tak sempit, jangan sakiti dan susahkan isteri.

Jika selama ini hati anda rasa tak bahagia, serba tak kena dan selalu tak tenteram, mungkin anda perlu renung-renungkan perkongsian Ustaz Ebit Lew ini. Dalam tak sedar mungkin ada yang anda terlepas pandang tentang tiga perkara utama yang dikongsikan beliau.

RAMAI ORANG BERTANYA KENAPA HIDUP SEMPIT. HATI TAK BAHAGIA. SEMUA BUAT TAK JADI. DAN AKHIRNYA RASA PUTUS ASA DALAM HIDUP. HILANG SEMANGAT. HILANG DAYA. SAKIT, BINGUNG DAN RASA SAKIT JIWA..

TIGA PERKARA ORANG LUPA BILA BERUSAHA DAN BEKERJA KERAS. YAKNI KEBERKATAN HIDUP. KEBERKATAN INI YANG MEMBUAT HATI KITA TENANG DAN BERSYUKUR. HIDUP JADI KUAT… SEMUANYA DARI ALLAH. CUMA ALLAH BOLEH BERI SEMUANYA..

3 perkara utama…
Pertama ialah doa wanita dalam hidup kita. Doa ibu. Doa isteri. Ramai orang kasar dan kedekut dengan isteri. Tak cium isteri. Cakap kasar. Sibuk main hp dan kawan-kawan. Sebenarnya doa dari hati kecil mereka sangat penting. Sangkaan isteri pada kita. Jika kita melayan mereka dengan baik. Mereka menitis air mata bahagia. Dan mereka kata ya Allah berilah suamiku bahagia dan berjaya. Jadikanlah suamiku kekasihMu. Doa itulah yang buat kita jadi kuat. Selalu bila saya lemah saya ingat bersama saya ada 2 wanita tak berhenti doakan saya. Ibu saya dan isteri saya. Janganlah sakiti isteri. Jangan susahkan isteri…ramai tak percaya tetapi tanyalah pada orang yang hidupnya bahagia dan berkat. Mereka sangat sayang pada ibu bapa dan isterinya..cium isteri. Peluk isteri. Bimbing isteri. Suka tolong isteri. Mendengar luahan hati isteri..

Kedua bagaimana kita boleh bahagia berkat dan kaya jika tak sujud pada pemberi bahagia. Lagi banyak kita sujud dan datang sifat hamba dan rendah diri. Lagi tenang, bahagia dan berkat hidup kita. Berjaya tanpa solat adalah fatamorgana. Macam ada tetapi semuanya jalan mati dan khayalan. Disangka bahagia rupanya derita…

Ketiga sebarkan salam, suka beri makan dan bangun tahajud malam. Itulah amalan sahabat rhum. Kegemilangan orang Islam. Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan kedekut. Jangan tipu atau aniaya orang.

Insya-Allah Allah pasti beri keberkatan. Walaupun jalan mati dan buntu. Allah buka jalan. Allah Maha Kaya.