Sekarang zaman yang pergi kemana-mana sekalipun memerlukan duit, bahkan ke tandas juga perlu bayar. Krisis ekonomi yang teruk membuatkan kita terfikir mahu bekerja walaupun suami sudah mempunyai pekerjaan tetap.

Mungkin bagi sesetengah wanita beranggapan bekerja diluar adalah tugas dan tanggungjawab seorang suami. Tahukah anda, zaman sekarang bukan hanya suami yang keluar bekerja, namun isteri juga perlu keluar bekerja bagi meringankan beban belanja bulanan.

Bagi wanita terutamanya, walaupun gaji suami besar, ada yang lebih suka usaha sendiri untuk dapatkan duit tanpa mengharapkan duit lelaki.

Ini antara sebab munasabah kenapa wanita lebih suka guna duit sendiri dari minta dengan suami!

Tak suka bebankan suami

Banyak mana gaji suami pun, isteri tetap fikir yang suami banyak tanggung jawab dan banyak nak pakai duit. Bagi sesetengah wanita, duit yang suami bagi boleh simpan. Duit sendiri boleh dibelanjakan tanpa segan dan rasa bersalah.

Nak elak berlaku kes ungkit

Bukan minta jadi sampai tahap ini tetapi tak pelik kalau pasangan gaduh, terus ungkit bab duit. Padahal lelaki memang wajib bagi nafkah pun, cuma eloklah beringat sebelum orang macam-macam dan berkira.

Puaskan hati keluarga sendiri

Sesekali nak juga belanja adik beradik sendiri dan mak ayah beli macam-macam. Tambah kalau ada adik yang masih kecil dan perlukan duit. Tak sampai hati nak minta dengan suami semata nak hulur adik beradik sendiri, bukan?

Sayang suami lebih

Cukup bertuah kalau suami mampu tetapi selalunya isteri kadang fikir jauh tentang suami. Tak suka susahkan suami sampai kadang suami terpaksa buat dua kerja dan balik lewat malam. Lebih bahagia kalau wanita cari pendapatan sendiri.

Wanita nafsu mereka hanya untuk shopping

Sekarang ni duduk rumah pun boleh ada nafsu nak bershopping. Maklumlah, dunia di hujung jari je. Memang susah nak mengelak dan nak kawal nafsu. Kalau ada duit sendiri, lebih senang nak tekan-tekan. Tak ada orang marah hak sendiri.

Jika anda rasa dengan bekerja sendiri mampu memberi kebahagiaan kepada anda dan suami, rasanya tidak salah berkongsi rezeki dengan pasangan dan anak-anak.

Petikan dari Aliff channel