
Disebabkan kebelakangan ini semakin ramai rakan artis yang terkena tempias kes rampas merampas suami orang, Nana Mahazan tidak pernah sekali melatah. Baginya paling utama dalam hubungan suami isteri adalah kepercayaan yang utuh di antara satu sama lain.
“Setakat hari ini saya memang tidak pernah mencurigai suami saya, saya sebagai isteri mempercayainya 100 peratus, tambahan kerjay kami menuntut untuk berjumpa dengan ramai orang, bekerja dengan orang yang pelbagai, kadang kala dia terpaksa keluar ke studio jam 3 pagi, saya masih percayakannya. Lagipun bukannya dia buat apa, dia bekerja, kita sebagai isteri kenalah menyokong penuh.
Bila ditanya adakah Nana sendiri ada membuat selidik status mahupun direct messages suaminya sebagai langkah berhati-hati?
“Haha kami memang tidak pernah check each other, buat apa nak check kalau kita percayakan dirinya. Kita pun tak suka kan orang kacau privasi kita, why kita perlu sampai bersikap sedemikian. Paling penting dalam membentuk keharmonian dalam rumah tangga, perlu setia, yakin dan percaya pasangan anda. Saya akan selalu bertanya padanya jika ada yang tidak kena, kami saling memperbaiki. Jangan simpan nanti lagi parah, katanya yang kini sudah mencecah 9 tahun ulang tahun perkahwinan.”
Dalam kesibukan ini Nana juga kini sedang hebat mengacarakan rancangan Mentor 7 juga Pesona Pengantin musim kedua di Astro Prima dan Astro Maya setiap Isnin Jam 1230 Tengah hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pastikan Tidur Mencukupi Agar Terhindar Dari Lima Penyakit Berbahaya Ini

Kadangkala apabila kita berada dalam keadaan stres, akan mengalami masalah kurang tidur atau sukar tidur. Untuk jangka masa yang panjang ia tidak baik malah mengundang penyakit yang berbahaya.
Jangan ambil mudah seharusnya urus masa dengan teratur agar tidur anda tidak dicemari.i Dapatkan tidur yang berkualiti supaya keadaan tubuh sentiasa segar dan terhindar dari penyakit tidak diingin.
Alzheimer
Dilaporkan dari jhsph.edu, para peneliti menyebutkan kaitan antara kurang tidur dengan penyakit Alzheimer. Bahkan penyakit Alzheimer semakin parah bila kurang tidur terus jadi kebiasaan.
Obesiti
Ye, kurang tidur boleh mendorong kepada obesiti. Kajian dari healthysleep.med.harvard.edu,banyak penelitian yang menyebutkan kurang tidur boleh menyebabkan berat badan naik. Kerana ketika tidur, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu mengawal nafsu makan, menjaga metabolisme dan memproses glukos. Jika tubuh kurang tidur, keseimbangan hormon juga boleh terganggu. Seperti gangguan hormon leptin yang berfungsi untuk memberitahu otak bahawa tubuh sudah mendapat cukup makan. Kalau tubuh kurang tidur, anda akan terus merasa lapar meski sudah makan banyak. Nampaknya pengambilan kalori melebihi batas normal membuat berat badan meningkat.
Diabetes
Diabetes tipe 2 boleh disebabkan oleh kurang tidur kerana terganggunya pemprosesan glukos di dalam tubuh. Sebuah penelitian yang dikutip darihealthysleep.med.harvard.edu meneliti sekelompok pesakit sihat yang kurang jam tidurnya dari 8 jam atau lebih menjadi 4 jam semalam, hasilnya pemprosesan glukos dalam tubuh lebih lambat dibandingkan bila mereka tidur 12 jam.
Penyakit Jantung
Kurang tidur boleh menyebabkan tekanan darah meningkat setiap kali bangun tidur. Naiknya tekanan darah yang disebut hipertensi ini kalau dibiarkan terus menerus boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular. Risiko terkena penyakit jantung juga meningkat.
Gangguan Kesihatan Mental
Depresi dan gangguan mental boleh muncul akibat kurang tidur. Dalam satu penelitian, subjek yang tidur 4,5 jam semalam merasa stres, sedih, marah, dan letih secara mental. Mereka juga tampak kurang semangat. Masalah dan gangguan boleh hilang apabila mereka mendapat tidur yang cukup setiap malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Guna Majlis Nampak Gah Sekiranya Solat, Aurat, Ikhtilat Sepanjang Majlis Tidak Dijaga

Hari nikah dan walimah boleh dikatakan adalah antara hari paling membahagiakan, paling penting dan paling bermakna buat seorang wanita.
Waktu itulah kebanyakan wanita akan bercampur baur emosi antara excited, gembira, tak sabar, dan adakalanya sampai stress kerana meletakkan high expectations untuk dream wedding mereka.
Waktu itulah ujian tiba, tatkala mahukan majlis pernikahan persis artis mahupun selebriti, hingga kadang ada orang Islam yang terikut budaya barat dari segi pemakaian serta cara meraikan hari nikah dan walimah.
Zaman beredar, terlalu banyak perubahan. Hal yang zaman dahulu tak pernah terbayang, kini semakin acap kali pula diada-adakan.
Pre-wedding photoshoot yang tidak patuh syariah – berpegang tangan, berdukungan, lentok sana sini walhal belum halal, bridemaids yang berpakaian menjolok mata, majlis berinai siap berpakaian dan ada tari menari ibarat budaya Hindu, majlis nikah dalam taman bulat-bulat ditiru seperti dalam Filem Inggeris, pengantin wanita memakai veil menutupi wajah seperti pengantin Kristian. Semua ini semakin dinormalisasikan dalam masyarakat.
Yang buat semua perkara ini, adakah kita telah merujuk orang ‘alim tentang semua hal ini sebelum kita implement dalam majlis bahagia kita?
Majlis bahagia belum tentu bahagia sekiranya di awalnya telah mengundang fitnah dan murka Ilahi apabila bercampur yang tidak patuh syariah.
Nasihat saya, dalam keterujaan mahu merencana majlis bahagia, pastikan rujuk dahulu orang yang ‘alim berkaitan segala hukum tindakan kita. Kerana kita orang Islam, apapun perlu utamakan syariat. Majlis grand bagaimana sekalipun tak bererti sekiranya ia tidak dirahmati Allah, didoakan orang alim dan didoakan para malaikat.
Tiada guna majlis nampak gah sekiranya solat, aurat, ikhtilat sepanjang majlis tidak dijaga.
Ikatan nikah suami isteri amat dimuliakan dalam Islam. Namun, caranya perlu seiring, agar keberkatan dan rahmat Allah memayungi proses itu.
Jangan kerana teruja, tanpa sedar kita menjunjung budaya bukan Islam, cara masuk ke majlis nikah seolah pengantin Kristian berjalan di dalam gereja, pakaian, tudung ambil inspirasi dari Barat, ada yang berpakaian terlalu mendedahkan hingga orang yang melihat keliru dengan agama sebenar si pengantin, kemudian ada majlis tari menari bercampur gaul lelaki wanita bukan mahram. Wallahi, tepuk dada tanyalah iman, beginikah cara kita menjemput keberkatan di hari mitsaqon ghaliza antara kita dan suami dipaterikan?
Amat menyedihkan apabila hal sebegini dilakukan oleh orang yang popular, berderulah masyarakat menirunya tanpa berfikir dan bermuhasabah.
Ibubapa, bersuaralah. Memang benar apabila anak perempuan bernikah, mereka perlu taat pada suami mereka. Tetapi selamanya kita bertanggungjawab ke atas mereka, yang salah perlu ditegur, anak-anak sentiasa perlukan nasihat dan doa ibubapa mereka.
Berbaliklah kepada al-Quran dan sunnah. Implementing islamic way as what Rasulullah SAW teach us. Jangan terlalu taksub dengan selebriti hingga hal batil pun kita terikut juga.
Pesanlah kepada anak-anak, adik beradik, kawan-kawan.
Janganlah majlis nikah dan walimah kita menjadi fitnah kepada agama yang mulia. Berdakwahlah, biar orang lihat kecantikan dan kemuliaan Islam, melalui majlis nikah dan walimah kita.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
SUMBER : Intan Dzulkefli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nampak Mustahil Nak Turunkan Berat 16kg Dalam Sebulan, Namun Shaerah Buktikan Yang Dia Berjaya!

Isi Kandungan
ToggleKita kadang kala mempunyai impian yang menggunung tinggi tetapi tidak seiringan dengan semangat yang padu. Maka sesuatu yang dilakukan hanya berkubur di tengah jalan. Begitu juga impian untuk kebanyakan daripada kita yang ingin menjadi kurus tetapi semangat tidak sekuat mana, terlalu rapuh cepat putus asa.
Kedengaran agak mustahil untuk turunkan berat 16kg dalam masa satu bulan? Tetapi itulah yang dibuktikan oleh Shaerah Karim. Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad melakukan perubahan pada diri. Semangatnya dalam menjalani proses tersebut patut dicontohi.
Bagi anda yang mahu jadi sepertinya, Shaerah kongsikan tip kurus sebagai inspirasi untuk anda.
TIP KURUS CARA SHAERAH
Hai girls. Hari ni I nak share tip macam mana I loss my weight from 59kg to 43kg in 1 month.
Untuk pengetahuan semua, I punya tinggi 145cm. So can you imagine dengan ketinggian tu then berat 69kg? Tak tertanggung badan rasa.
So time tu I nekad nekad nekad, I kene diet (sebab masa tu nak masuk praktikal).
1. Hati kene kental beb
Kalau kejap nak diet kejap tak nak, jangan berangan lah berat tu nak turun. Serious talk. Yang penting uols kene ada goal korang.
2. Ini kena elak
Dari segi pemakanan, I tak makan langsung NASI, KUEW TIAW, MEEHOON, MEE, SPEGETTI, MAGGIE DAN ROTI (azab jugaklah). In one month tu memang i tak makan semua tu langsung. Mula mula tu nangis jugak lah tengok orang kat rumah ni makan nasi tu semua.
3. Next, jangan sentuh ini
I tak sentuh langsung semua benda yang manis manis. Coklat, Aiskrim, air gas dan segala adik beradik dia. (tapi kadang kadang terlepas jugak). Lagi satu paling pantang mak bapak dalam rules diet ni NO FAST FOOD.
4. Nak makan apa?
So mesti korang bengang kan, semua tak boleh nak makan. Habis nak makan apa kan? Actually, banyak je makanan yang boleh makan.
PAGI: Telur 2 biji
TENGAH HARI: Ambil lauk ayam, ikan, udang, ketam, dan sewaktu dengannya. Sayur! Itu paling penting nanti uols sembelit pulak.
PETANG: Makan lauk jugak. Menyirap jugaklah ibu sebab selalu habiskan lauk kat rumah.
MALAM: Jarang makan malam, tapi incase kalau lapar, makan buah atau kudap kudap.
KUDAPAN: Kalau lapar atau mulut korang memang jenis nak kena ada makanan dalam mulut kan. Caranya goreng ikan bilis letak dalam tupperware. So kalau lapar mengonyel je lah makan ikan bilis tu.
5. Okey part yang paling penting
EXERCISE. Pagi, petang, siang, malam buat zumba. Boleh pergi kat youtube search persian zumba. I follow step zumba yang tu. Hari hari buat sampai naik hafal jugak lah step dia. Tak kan boleh kurus kalau korang malas exercise, trust me.
6. Lastly, minum air putih
Paling penting korang kena minum air putih. Putih tau bukan oren, purple hijau tu semua. Kalau korang rasa lapar je, minum air, lapar je minum air.
So tu je lah yang i buat dalam 1 bulan. Alhamdulillah hilang 16kg. So goodluck pada korang yang nak start diet tu ye. There is no success without sacrifice.
Tip Ekstra
Dalam pada itu memandangkan banyak pertanyaan selepas Nur Shaerah membuat perkongsian tentang diet tersebut, maka dia menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya.
1. Dah berapa lama buat diet ni?
Okey ramai sangat yang ingat I baru buat diet ni. Ada yang dok kata nanti after 2 month I akan gemuk balik lah semua. Fyi, I buat diet ni pada awal bulan MEI 2015 hinggalah hujung bulan MEI 2015 (bulan 6 tu nak masuk praktikal dah) So alhamdulillah dah lebih setahun dah, berat I pon masih maintain lagi.
2. Lepas stop diet makan apa?
Okey banyak sangat orang tanya yang ni. Lepas je stop diet, I start makan balik. Tapi dalam kuantiti yang sikit lah. I just makan 1 genggam nasi je. Then I makan beras Faizah (sampai sekarang). I memang tak minum air manis ni. Kalau apa apa pon I memang akan minum air putih je (tak caya boleh tanya orang yang kenal kita).
3. Masih buat zumba ke?
I still buat zumba. Tapi tak lah sekerap dulu.Tapi dalam seminggu at least mesti 3 kali. Dan I still guna Persian Zumba tu.
4. Buat atkins ke ni?
Okey, yang ni tak tahu lah nak cakap macam ni. Actually I tak buat pon diet atkins sebab tak mampu follow segala rules dia. Sebab I still amik buah, makan kicap, makan sos. Kalau atkin tak boleh semua tu.
5. Jadual makan sekarang macam mana?
7.00 am – Breakfast: Makan biskut, meehoon, roti, telur(wajib amik tau breakfast ni)
12.30 pm – Lunch: makan macam biasalah, ada nasi, lauk, sayur
6.30 pm – Dinner: Makan macam I makan lunch tadi. ( I memang akan elak kan makan malam)
Lagi satu makan tu jangan berulam air, lepas 30 minit makan, barulah minum air
6. Kenapa masa gemuk hitam, masa kurus putih? Pakai produk apa?
Yang ni tak tahu lah jawab macam mana. Nak kata pakai produk apa pon tak tahulah, sebab macam macam pernah pakai. Maybe lah, I rasa sebab I minum air putih kot, tu yang jadi putih sikit. Lagi satu, lepas je bangun tidur I minum segelas air putih, nak tidur lagi segelas. Tu wajib
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI