Kisah ingin menjaga hati lelaki atau suami bukanlah susah mana. Khususnya kaum Hawa yang tidak tahu atau malas untuk ambil tahu perkara sebegini, asyik memikirkan hati sendiri sahaja. Apa kata kali ini anda renungkan pasangan anda dengan sebaik mungkin. Jangan ingat kita sahaja yang sukakan perhatian. Perasaan marah, geram, gembira, sedih, cemburu dan sebagainya dirasai juga oleh kaum adam. Ada sesetengah golongan hawa yang kadang kala sanggup lakukan apa sahaja asalkan menyenangkan hati pasangannya. Tetapi adakalanya perhatian yang terlampau akan membuatkan pasangan anda berasa rimas dan menjengkelkan.

Awas! Elakkan perkara sebegini berlaku. Jadi apakah perhatian yang kaum adam impikan? Terdapat beberapa tip untuk kaum hawa lakukan agar pasangan anda berasa dihargai tatkala bersama anda.

1. Pendengar setia

Lelaki tidak hanya berharap pasangannya dapat menjadi seorang kekasih yang baik dan setia, yang selalu menemaninya dan sebaginya. Tapi lelaki ia berharap pasanganya dapat menjadi seorang sahabat yang mampu mendengar semua hal yang dilaluinya dalam setiap masa. Pendek kata lelaki senang hati jika seorang wanita itu dapat mendengar curahan hatinya tanpa memberi sebarang respon seakan mengajarnya, cukup sekadar memberi kata-kata semangat.

2. Memuji

Seringkali wanita lupa untuk melafaskan kata ‘terima kasih’ atau memuji setiap hal yang sudah lelaki itu lakukan. Malah kadang kala, wanita menjadi seorang ‘mandur’, yang sering menyuruh tanpa rasa bersalah. Sebenarnya seorang lelaki ingin melihat dan mendengar kata-kata pujian yang bersahaja daripada pasangannya ini membuatkan si dia berasa amat dihargai.

IKLAN

3. Penyokong nombor 1

Menjadi penyokong nombor satu yang dimaksudkan bukanlah mengikuti jadual sehariannya. Ini menyibuk namanya bukan penyokong. Tapi lelaki berharap anda menjadi penyokong nombor satunya dari segi hal kerjayanya mahupun impiannya, dan mendengar dengan semangat saat dia menceritakan pekerjaannya, menghiburnya jika dalam kesedihan, dan memberi semangat dan sokongan dalam bentuk inilah dia akan berasa dia adalah lelaki yang paling berharga dalam dunia kerana seorang wanita yang dicintainya dapat memberi perhatian sepenuhnya.

4. Menyediakan makanan

Ramai wanita di luar sana sibuk dengan kerja masing-masin sehingga lupa akan tanggungjwab. Menyediakan makanan untuk suami bukalah satu perkara yang menyusahkan, malahan menyeronokkan. Cuba amda hidangkan makanan kegemarannya, pasti ia tersenyum panjang dan melemparkan kata-kata “pandainya awak masak, sedap sangat” bukankan berbunga-bunga di hati. Suami tersenyum isteri gembira.

IKLAN

5. Berhias

Orang selalu kata, “jangalah pakai bedak sejuk kalau laki nak balik rumah, bersolek la sedikit” pesanan ini selalu berbunyi dari mulut mak dan orang tua-tua, kalau dia melihat anak perempuannya mula malas nak berhias. Apa salah kalau melawa duduk di rumah, tidak perlu tunggu nak keluar berjalan baru nak melawa. Melaram la di depan pasangan anda, barulah tak berpaling tadah. Bukan sekadar makeup malahan bentuk badan pun perlu diambil kira.

IKLAN

6. Memandangnya dengan Tatapan Memuja

Sama seperti wanita, lelaki juga ingin wanita memandang dirinya sahaja. Apalagi jika anda memandanganya dengan tatapan yang memuja di saat dia sedang berbicara dengan anda. Hal itu akan membuat lelaki merasa diinginkan dan dicintai oleh pasangannya.

7. Sentuhan atau belaian

Kadang kala gengamlah tangan suami, tidak perlu tunggu dia yang memulakan. Pasti saat itu dia akan berasa teruja dengan sikap anda. Perasaan sayang semakin membuak dan terasa diri dihargai. Memeluk pasangan tanpa dia sedari membuatkan dia berasa lebih bersemangat dan mencintai anda lebih dari hari biasa.

Senangkan, bukan susah sangat hendak menjaga hati dan perasaan pasangan. ‘Tepuk dada tanya hati’ nak buat ke, nak makan hati. Jawablah sendiri…..

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI