Dunia lepas kahwin tak akan sama dengan dunia bercinta. Walau cuma tentang tanya khabar, pasti akan berubah.
Bukan sebab tak sayang tetapi cukup banyak lagi benda penting yang nak kena susun dan ambil peduli. Hal hubungi si dia itu cuma secebis berbanding urusan harian sebagai suami isteri.
Dunia Lepas Kahwin Tak Sama
Kurang jelas dan kenapa jadi begitu? Nah, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin sejenak. Pasti anda akan lebih berlapang dada tentang hubungan suami isteri.
Ada kawan tanya, tak wassup wife ke time kerja?
Saya jawab ada, pagi sekali, dan petang sekali.
Ads
Waktu pagi dia tanya nak makan apa balik kerja nanti, waktu petang dia tanya nak balik kerja pukul berapa.
2 kali itu saja lah wassup dia dalam sehari.
“Eh, tak apa ke camtu? Si dia ok ke…?”
Dia ada kerja dia, kita ada kerja kita. Masing-masing buatlah kerja masing-masing. Nak berwassup macam orang baru bercinta, memang tidak lah.
Ads
Seminit sekali tanya, seminit sekali kena reply. Lambat reply nak merajuk, nak tuduh ada perempuan lain.
Bukan cara dan style kami berdua. Balik kerja nanti, sembang bertentang mata, cakap apa yang nak cakap, luah apa yang nak luah, cerita apa yang nak cerita.
Itu lebih berkualiti daripada sembang maya.
Ads
Punya Komunikasi Berbeza
Apa pun, cara setiap pasangan berkomunikasi itu berbeza. Ada yang selesa berbalas wassup setiap minit, ada yang selesa tak buat macam tu tapi still contact each other walaupun satu dua kali.
Ok ke tak ok cara itu, tanya pasangan. Jangan tanya member, kesefahaman itu antara kita dan pasangan, bukan kita nak fahamkan member.
Begitulah cara untuk bahagia dalam rumah tangga, jangan bajet alam percintaan sama dengan dunia selepas kahwin ya! Banyak lagi tanggung jawab lain yang nak kena fikir. Bukan pasal ‘contact awak saya’ sahaja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesiapa Yang Membaca Surah Ini Dan Mengamalkan Di setiap Pagi/Di Permulaan Hari, Segala Hajatnya Bagi Hari Itu Akan Dipenuhi.
Surah Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya – sin.
Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.
Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Seelok-eloknya membaca Surah Yaasin selepas solat Dhuha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki berlimpah luah.
Keberkatan Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika terpen jara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika terse sat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah mening gal dunia, Allah meringankan sik sanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Fadhilat Surah Yaasin
Antara kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
“Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang ma ti.”
“Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya mening gal dunia, ia akan ma ti sebagai ma ti syahid.”
Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau mu suh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”
“Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
“Apabila datang aj al orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Ma ut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika ma yatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jena zahnya”.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman serba moden ini, tidak hairan sekiranya anda melihat lelaki yang sudah pandai bergaya dan menjaga penampilan diri. Malah, anda yang lebih bijak menata gaya daripada wanita sendiri. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, penampilan mereka sentiasa dijaga dan kelihatan rapid an kemas.
Namun, bagi sesetengah wanita yang bergelar isteri, mungkin mereka ragu dengan ciri-ciri suami yang suka berdandan dan tampak rapi. Mereka menganggap suami mereka melebih-lebih dan merimaskan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana suami anda adalah seorang lelaki yang “metroseksual”.
Mungkin si isteri kurang pasti bagaimana ciri-ciri lelaki metroseksual itu. Ini 8 ciri-ciri menunjukkan suami anda lelaki metroseksual. Untung tau dapat suami metroseksual sebab dia sentiasa tampak segak dan bergaya!
1. AMBIL MASA YANG LAMA UNTUK BERSIAP
Mereka tidak pernah merungut jika anda bersiap dalam masa yang lama hanya untuk makan malam di kedai mamak berhampiran. Mereka juga apa kurangnya tatkala merias rambut agar sentiasa kelihatan rapi ketika bersama anda.
2. TEMAN MEMBELI-BELAH
Sering kelihatan di kawasan beli-belah, wanitanya sibuk berbelanja sakan di dalam premis manakala pasangan mereka pula setia menunggu di luar. Bukan semua lelaki boleh melayan kerenah anda memilih barangan sehingga berjam lamanya. Lain pula halnya jika pasangan dari kalangan lelaki metroseksual. Mereka tidak kisah untuk menunggu malah sanggup menemani serta memberi pandangan mengenai pilihan anda.
3. LEBIH BANYAK PERSAMAAN
Kebiasaannya, lelaki metroseksual gemar pada perkara-perkara yang berkaitan dengan seni, muzik dan fesyen. Dia boleh menjadi teman baik anda untuk melakukan hobi kalian bersama. Tiada lagi keluhan dan rasa tidak puas hati sebelah pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan lokasi bertemu janji.
4. BOLEH BUAT KEPUTUSAN
Ada segelintir wanita bertanggungjawab dalam penampilan pasangan mereka dan sering risau jika penampilan tidak kena majlis. Namun, suami metroseksual dapat mengurangkan tekanan sedia ada kerana mereka sendiri tahu apa yang patut digayakan dan berkongsi pendapat dengan anda.
5. SENTIASA WANGI
Sesetengah lelaki memandang remeh perihal kebersihan serta penampilan diri, dan ini yang menjadikan perasaan kurang senang bersarang di dalam hati pasangan mereka. Sebagai contoh, bau badan yang ketara tanpa palitan wangian benar-benar menjengkelkan. Tetapi jika berdamping dengan kekasih metroseksual, anda seakan sentiasa mahu mendakapnya dengan wangian yang begitu menyenangkan justeru membangkitkan rasa selesa.
6. FAKTOR UNTUK JADI LEBIH BAIK
Sanggupkah anda untuk mempunyai pasangan yang jauh lebih kemas dan sihat tubuh badannya daripada diri anda sendiri? Dengan dia di sisi, anda akan cuba sehabis baik untuk tampil seiring dengan si dia. Secara tidak langsung, ia dapat membakar semangat anda untuk jadi lebih baik dengan mengawal pemakanan seharian, bersenam untuk tubuh badan yang lebih menarik serta tampil dengan gaya yang sedap mata memandang.
7. KURANG EGO
Bukan bererti label sebagai lelaki metroseksual menjadikan mereka tiada martabat diri dan mudah dipijak. Ego sebagai seorang lelaki masih ada, namun mereka tahu bagaimana mengawalnya. Mereka tidak kisah untuk membantu di dapur atau memegang sebentar beg tangan asalkan dapat memudahkan serta menggembirakan anda.
8. JIWA SENSITIF
Lelaki metroseksual lebih cenderung untuk memahami kelembutan jiwa yang anda miliki. Walau tidak seratus peratus faham apa yang anda lalui, mereka boleh menjadi pendengar yang baik. Mereka tahu apa yang wanita mahukan seperti bunga di hari lahir dan makan malam romantis tanpa perlu berkira berapa banyak wang yang dihabiskan untuk anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada dua ayat di dalam Al-Quran yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan. Dua ayat saja? Iya, hanya dua ayat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah Al Baqarah pada malam hari, nescaya ia mencukupi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh DR Mustofa Saidal Khin, Syaikh DR Mustofa Al Bugho, Syaikh Muhyidin Mistu, Syaikh AliAsy Syirbaji dan Syaikh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahawa salah satu makna mencukupi dalam hadis ini adalah mencukupi keperluan dunia dan akhiratnya serta dapat dielakkan daripada semua keburukan.
Hadis ini pula yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir ketika menjelaskan keutamaan dua ayat terakhir surah Al Baqarah ini dalam tafsirnya. Dua ayat terakhir dalam surah Al Baqarah tersebut tidak lain adalah firman-Nya:
Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.” (albaqarah: 285)
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. “(QS. Al Baqarah: 286)
Wallahu a’lam.
Sumber : Majalah perdana
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!