Ini yang biasa berlaku pada golongan yang baru berkahwin, jika terlewat kedatangan haid selama beberapa minggu dan bila menggunakan UPT untuk mengesahkan kehamilan, keputusannya adalah negatif walaupun sudah dicuba beberapa kali.
Tetapi tanda-tanda seperti kehamilan dapat dilihat terjadi, apa yang perlu dilakukan?
Masalah lewat datang haid ini memang selalu berlaku biarpun seseorang wanita itu tidak hamil. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun ia lebih kerap berlaku kepada wanita yang secara sedar atau tidak mengharapkan untuk hamil.
Ada beberapa sebab kenapa haid boleh lambat dan anda mengalami simptom kehamilan.
Kesan psikologi. Apabila wanita mengharapkan untuk hamil, maka berlaku perubahan hormon di dalam tubuh wanita tersebut yang boleh melambatkan ovulasi dan mengganggu kitaran haid. Ini menyebabkan anda lewat datang haid.
Apabila anda lewat datang haid, minda anda akan mula mengharapkan atau beranggapan yang anda hamil. Apabila ini berlaku, maka tanda-tanda kehamilan itu akan muncul.
Satu lagi senario adalah di mana anda mungkin mengalami ovulasi seperti biasa, iaitu pada hari ke 14 kitaran haid, namun ‘corpus luteum’ (yang sepatutnya kecut dalam tempoh 14 hari berikutnya), masih tidak kecut atau hilang. Ini menyebabkan anda terlewat datang haid.
‘Corpus luteum’ ini pula menghasilkan hormon progesteron yang biasa dihasilkan sekiranya wanita tersebut hamil.
Oleh itu, paras hormon progesteron akan tinggi sedikit dari biasa. Apabila ini berlaku, maka wanita tersebut akan merasa kembung, bengkak buah dada dan sedikit loya; tanda-tanda yang hampir sama dengan tanda awal kehamilan.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan. Doktor boleh memberikan ubat untuk memastikan haid anda datang, dan sekiranya terdapat sista atau ‘corpus luteum’ seperti yang dinyatakan, maka terdapat ubat tertentu yang boleh mengecutkan sista atau ‘corpus luteum’ tersebut.
Baca: Kitaran Haid Tidak Teratur
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beruntung siapa yang pandai ‘sayang’ duit. Betul kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpanan yang dibuat sejak awal sangat membantu di kala ekonomi sedang ‘sakit’ kini. Mujur pihak kerajaan memperkenalkan moratorium. Walaupun hanya penangguhan bayaran balik pinjaman tetapi sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat.
Tapi pelik juga bila sejak PKP Mac lalu ramai yang tukar kereta baru, ubahsuai rumah, beli barang-barang berjenama. Andai mereka memilih untuk membelanjakan wang moratorium itu dengan pembelian yang membazirkan, lebih baik cepat-cepat sedar kerana ini bukan masanya untuk tayang kehebatan harta benda.
Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management di CIMB, Puan Munirah Khairuddin berkongsi ilmu kewangan yang patut kita semua ambil berat.
“Saya amat bersimpati dengan situasi yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. Pada saya, menyimpan dan melabur sama penting lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang dimana kita dilanda pandemik.”
SIMPANAN:
- mengenepikan wang yang dimiliki untuk perbelanjaan seharian kecemasan atau bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Maksudnya, wang ini boleh kita pakai atau guna serta merta. Simpanan ini tidak ada sebarang risiko kerana nilainya tidak bertambah.
PELABURAN:
- Memperuntukkan wang di mana nilainya akan meningkat dalam satu jangka masa ditetapkan; khususnya untuk MASA HADAPAN. Contohnya, pembelian aset seperti saham, bon, dana unit amanah atau mutual fund, dan hartanah atau property.
“Sekiranya seseorang itu masih mempunyai pendapatan tetap dan stabil, mempunyai simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kecemasan, serta mempunyai lebihan wang, maka saya syorkan agar mereka melabur dalam dana unit amanah.
Ini kerana melabur dalam situasi kita dilanda pandemik ini tidak akan memberikan kesan negatif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai potensi pulangan atau penambahan nilai kepada wang kita pada masa hadapan.
Menurut Puan Munirah lagi, sebaik-baiknya duit moratorium digunakan untuk menambahkan lagi simpanan dan menggunakan peluang ini untuk pelaburan. Ini kerana apabila berakhirnya moratorium, pulangan dari simpanan atau pelaburan jangka masa panjang dapat digunakan untuk tujuan menampung segala kekurangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adat suami isteri bila bergaduh dan berselisih faham. Kita tak dilahirkan sempurna tanpa cacat cela, silap sikit harus ada. Yang penting toleransi. Lelaki bernama Amir Syahir kongsi bagaimana cara nak pujuk pasangan jika bergaduh.
Dulu mula-mula kahwin, isteri aku kalau merajuk dia tak nak cakap. Diam jeee. Pastu pendam sorang-sorang. Dah lama kahwin ni, terus dia cakap kalau tak puas hati. Terus luah apa yang dia rasa.
Duk pendam sorang-sorang ni pastu bengang sebab orang tak faham dia. Dia ingat kita ni tok wali ke apa boleh teka-teka.
Begitu juga korang yang baru kahwin. Kalau awkward nak berterus-terang boleh gunakan teknologi terkini. Kalau tak biasa nak luah secara face to face apa yang tak puas hati tu, guna la WhatsApp ke, FB messenger, nota atau surat.
Dah okey sikit, barulah cakap atau bincang depan-depan. Kan senang. Tapanaya luah dekat Fesbuk nak bagi laki kau tahu apa yang kau pendam ataupun mengadu dekat Page KRT la. Masalah korang berdua, korang la selesaikan.
Jangan duk pendam sorang-sorang. Pastu nangis bawah shower, takpun nangis dalam selimut. Kadang kala, kaum lelaki ni dia tak tahu apa silap dia.
Suami pun kalau malu ataupun segan nak minta maaf jika buat silap, beli je hadiah lepastu tulis nota. Beli coklat pastu lekat nota “Im Sorry for everything”. Kan sweet tu. Dia pun tersenyum.
Tapi pastikan tu bukan masalah yang besar la. Kalau masalah besar mesti dan perlu mintak maaf dan bawa berbincang depan-depan dengan cepat.
Bergaduh tu biasala dalam rumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tapi jangan gaduh lama-lama. Selesaikan secepat mungkin. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempena bulan yang penuh kemuliaan ini,kita dianjurkan untuk menambah pahala dengan amalan-amalan yang mulia. Antaranya menunaikan solat tarawih , membaca Al Quran dan bersedekah. Buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan juga mereka yang sudah lama berkahwin inilah caranya anda dan pasangan menjadi lebih rapat dan berkasih sayang. Manfaatkan tip ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
1. Solat Tarawih bersama
Tarawih solat yang membezakan bulan puasa dengan bulan-bulan lain. Ajaklah isteri atau suami untuk bertarawih di masjid bersama. Perjalanan ke masjid pastinya buat hubungan tambah erat selain memberikan situasi berbeza. Pasti indah rumahtangga yang dibina bila sama-sama mengerjakan amalan ini secara bersama..
2. Bersedekah
Tangan yang memberi pastinya lebih baik daripada yang menerima. Jadikan tangan sebagai tangan yang memberi. Ajak suami atau isteri bersedekah setiap hari di mana sahaja sepanjang bulan puasa ini. Jadikan ini teladan pada bulan-bulan seterusnya. Secara mudahnya bertukar juadah dengan jiran pun dikira sedekah. Isteri masak, suami hulurkan juadah dengan jiran sebelah… sedekah juga tu.
3. Solat Tahajud
Mengejar malam lailatulqadar pastinya lebih indah bila dilakukan bersama suami dan isteri tercinta. Ajak lembut pasangan untuk sama-sama bangun dan bersolat penuh khusyuk keduanya menghadap Ilahi. Ganjarannya bukan sedikit, kenikmatan pasti dirasai bersama. Tentunya romantik kalau dapat tahajjud bersama kan… tak tergambar dek kata-kata. Tambah romantik kalau dapat teruskan amalan tahajjud ni sampai bila-bila.
4. Kucup dahi
“Rasulullah SAW sentiasa mencium dahi isterinya dalam bulan Ramadhan. Ketika itu Baginda sedang berpuasa”. Hadis ini jelas membuktikan, Nabi SAW tetap memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Tabiat ini wajar dicontohi oleh semua suami kerana ciuman itu tanda sayang sejati. Rebutlah ganjaran pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk berubah. Jika ciuman sudah dianggap janggal, mulakannya semula.
Puasa tak menghalang untuk jadi suami isteri yang romantik… peluk dan ciumlah dengan kasih sayang…. ia tak membatalkan puasa bahkan bertambah pahala di bulan puasa.
5. Tadarus Bersama
Bacaan al-Quran secara tadarus suami dan isteri sememangnya digalakkan, malah besar manfaatnya. Ajak suami mengambil sebahagian juz al-Quran dan selebihnya diberikan kepada isteri. Berusahalah untuk khatam al-Quran bersama-sama sambil merasa nikmatnya.
6. Ajakan dan didik Isteri menutup aurat
Jika isteri auratnya tidak sempurna, ajaklah dia menutup auratnya di bulan yang mulia ini dengan lembut. Mana tahu apabila habis Ramadan hatinya terbuka untuk berhijab penuh. Jadi, doakan dan belikan tudung… nasihat baik-baik… kongsikan kebaikan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Isteri yang sayang suami pasti akan patuh.
7. Pilih memasak dari membeli
Jika juadah bazar Ramadan selalunya menjadi pilihan berbuka, apa kata ubah kebiasaan ini dengan menyediakan makanan sendiri untuk suami dan anak-anak. HR at-Tirmizi menyebut, “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa. Ubah kelainan dan rasai nikmatnya kala makanan habis licin dijamah. Memang nikmat bila masakan kita habis dimakan. Satu kepuasan bila masak sendiri.
Sumber: http://www.mariafirdz.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI