Budu merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih sedap lagi campur dengan tempoyak durian.
Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan. Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu.
Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda.
Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
Sumber : Kenari Putih