Memiliki kumis dan janggut merupakan trend popular di kalangan lelaki masa kini. Walaupun bercukur dianggap antara rutin mudah bagi seorang lelaki, namun hakikatnya masih ada segelintir yang tidak mengetahui aturan sebenar ketika bercukur.
Amalan bercukur haruslah dilakukan dengan teknik yang betul agar penampilan di hari bahagia tampak lebih kemas.
1. Bersihkan wajah
Cuci wajah anda dengan pencuci muka pilihan agar dapat menanggalkan segala kotoran degil, selain melembutkan bulu pada wajah yang hendak dicukur. Mungkin ada yang beranggapan, cukup sekadar mencuci menggunakan air.
Tetapi, tahukah anda bahawa pencuci muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati serta bertindak membuka liang roma agar kulit wajah terasa lebih lembut di sekitar janggut dan misai.
Kemudian, bilas semula muka dengan air suam dan keringkannya dengan menyapu keseluruhan wajah menggunakan kain yang bersih. Biarkan sedikit kelembapan bagi mengekalkan kesegaran.
2. Krim pencukur
Untuk melancarkan cukuran pada wajah, sapu losen atau krim cukuran pada bahagian yang ingin dicukur menggunakan berus agar lebih rata berbanding jari. Berus yang lebih halus dan lembut adalah baik agar anda rasa lebih nyaman dan menyeluruh. Pilih krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan yang baik dengan formulasi yang selamat untuk kulit bagi mengelakkan iritasi pada kulit wajah.
3. Cukuran
Mulakan cukuran pada rahang, leher dan pipi terlebih dahulu. Ini kerana bahagian ini mengikut lengkungan pada wajah serta bagimengelakkan kulit daripada terluka. Bagi bulu wajah yang tebal dan panjang, haluan pisau cukur perlulah mengikut arah bulu manakala bagi melicinkan kesan cukur bahagian bulu halus, perlulah dilakukan dengan cara melawan arah.
Cukuran pada kumis dan janggut perlu mendapat perhatian khusus mengikut pola dan gaya yang diingini. Jika tidak, anda pasti gagal mendapatkan kemasan yang diingini. Lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kulit daripada terluka.
4. Membentuk Pola
Untuk membentuk pola pada kumis atau janggut anda, gunakan gunting kecil yang dikhaskan. Lakukan dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang diingini. Gunting terlebih dahulu bahagian tepi kumis dan janggut.
Untuk hasil yang lebih tipis, gunakan hairclipper.Kemasan terakhir juga turut dilakukan dengan menggunakan gunting kecil bagi memastikan kumis dan janggut anda dalam keadaan yang rapi dan kemas.
5. Bilasan Terakhir
Setelah selesai dengan cukuran, bilas wajah dan bersihkannya menggunakan tuala. Untuk mengembalikan kelembapan pada kulit wajah yang kering akibat kesan daripada cukuran, sapukan penyegar atau pelembap. Manakala set cukuran pula haruslah direndam seketika dengan air panas sebelum dikeringkan dan disimpan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI