Perkahwinan adalah dunia baru bagi pasangan yang berkahwin. Dari hari pertama bernikah anda mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran. Namun apabila tinggal bersama dapat memberi peluang pasangan pengantin mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Walau bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering kali menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. Ini kerana terdapat beberapa faktor dan halangan sebelum anda boleh berpindah serta memulakan kehidupan yang baru.
Antaranya masalah kewangan, Ini kerana ekonomi belum mantap dan banyak menggunakan duit masa berkahwin membuatkan anda terpaksa menumpang keluarga.
Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.
Ads
Ada beberapa sebab mengapa pasangan yang sudah berkahwin digalakkan tinggal berasingan dari keluarga dan cuba melayari penghidupan baru.
1. Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah.
2. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi. Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.
Ads
3. Menjaga Ekonomi keluarga. Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.
4. Keluarga tidak masuk campur kalau ada konflik. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.
Ads
5. Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan bertanggungjawab terhadap kehidupan baru yang dibina.
6. Tidak akan menimbulkan konflik sesama ahli keluarga seperti kata pepatah, “jauh bau bunga dekat bau taik” yang membawa maksud jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku bila-bila masa saja, tapi bila dah tinggal berjauhan rindu dan kasih lebih mendalam pada ahli keluarga yang lain.
Namun tidak dinafikan ada juga pasangan baru berkahwin terpaksa tinggal dengan keluarga kerana menjaga kedua orang tua dan telah dipertanggungjawab untuk menjaga rumah pusaka keluarga. Dalam hal ini, pasangan ini tidak mempunyai pilihan selain tinggal bersama keluarga dan menjaga Ibu bapa yang memerlukan perhatian mereka. Biasanya ini terjadi pada anak bongsu atau anak tunggal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali, nak juga tahu rahsia kebahagiaan penyanyi rock terkenal di Malaysia iaitu Datuk Amy Search dengan isterinya, Norhasniza Hassan (Datin Nourish).
Apatah lagi mereka berdua pun sudah 20 tahun bersama malah mempunyai tiga orang cahaya mata.
Datuk Amy Search Kongsi Tip Rumah Tangga, Sudah 20 Tahun Bahagia Bersama
1. Jangan Cerewet
Kongsi Amy Search, suami isteri tidak boleh mencapai persefahaman yang baik dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama. Dalam tempoh tersebut, setiap pasangan tak boleh menjadi cerewet antara satu sama lain. Malah tanamkan rasa bersyukur dan sabar dalam diri.
2. Cuba bertenang jika berlakunya perselisihan faham
Setiap pasangan tak terlepas daripada menghadapi perselisihan faham dalam hubungannya. Bagi Amy Search, salah seorang perlu berdiam diri dan cuba untuk bertenang.
Sekiranya kedua-dua pihak tidak berdiam diri dan teruskan untuk bergaduh, ini akan menjadi berpanjangan hingga memberikan kesan buruk pada hubungan.
3. Jangan bandingkan kebahagian sendiri dengan orang lain
Amy Search mendedahkan yang setiap pasangan ada cara bahagianya tersendiri. Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan anda dengan pasangan yang lain. Jika perkara ini terjadi, anda akan berasa tidak puas dengan apa yang pasangan lakukan.
Dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Moga hubungan rumah tangga kalian juga dalam rahmat Allah dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selesai akad nikah, bakal pengantin sibuk pula untuk buat majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan. Belum habis penat, ada pula majlis sambut menantu. Bila dah banyak sangat majlis, tentulah bajetnya pun tinggi. Tapi, perlu ke ada majlis walimah ni?
Baru-baru ni, Datuk Dr Zulkifli al-Bakri selesai menerima kehadiran hali keluarga baharu. Anak lelaki sulungnya, Mohammad Hasanain dan pilihan hatinya, Nurul Azzlina Nabilah binti Abdul Aziz telah selamat bernikah. Majlis yang diadakan di Kuala Pilah menghimpunkan ahli keluarga dan sanak-saudara dari belah pihak perempuan.
“Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan di sebelah keluarga menantu di Kuala Pilah.
Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada besan dan seluruh keluarga dan saudara maranya yang menyediakan sambutan dan layanan yang amat meriah.”
Dalam posting itu, Dr Zulkifli turut berkongsi pendapat tentang sambutan majlis kahwin atau walimah.
“Para ulama’ berbeza pandangan samada walimah ini wajib atau sunat muakkad (dituntut). Para ulama’ Syafi’iyyah menghukumkannya sunat muakkad. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ Maksudnya: Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing.
Riwayat Muslim (1427)
Para ulama’ berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan. Jika ia telah dilaksanakan di pihak pengantin perempuan, maka telah dikira tertunai sunnah berkenaan. Itulah yang dinyatakan dalam kitab Syarah Yaqut al-Nafis.
Adapun adat kebiasaan kita, kedua-dua belah keluarga mengadakan kenduri. Di sebelah lelaki, ia disebut Majlis Sambut Menantu. Ia adalah adat yang baik untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat hidup berumahtangga.”
Begitulah jawapan yang diberikan kepada persoalan sama ada perlu atau tidak diadakan majlis kenduri kahwin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat bakal pengantin yang bakal berkahwin seminggu atau dua minggu lagi tentunya banyak persediaan diri yang sudah sempurna. Ingat jangan buat saat akhir, kelam kabut nanti. Silap langkah bakal pengantin demam pula menjelang hari kahwin akibat banyak memikir.
Sebagai panduan kepada bakal pengantin perempuan baca perkongsian oleh Dian tentang pengalaman fitting baju pengantin. Cuba tip yang Dian sediakan untuk mudahkan proses memilih baju pengantin nanti.
Pakai jubah atau dress. Jubah atau dress sangat menyenangkan proses menyalin baju. Dian suka pakai jubah yang berzip. Senang bila nak buka, salin baju dan menjimatkan masa. Jika anda memakai seluar atau skirt dan blouse, anda melambatkan proses fitting. Bila baju pertama tak kena, anda kena pakai semula baju, dan pilih baju baru. Jika anda pakai jubah, tak sampai 1 minit, anda boleh keluar dengan selesa.
Pakai tudung yang senang disarung. Sekiranya anda pakai tudung yang lilit dan memerlukan banyak pin, anda menyukarkan proses nak salin baju. Anda kena buang pin-pin dahulu dan bila anda habis fitting, anda kena pakai semula. Jadi, untuk menjimatkan masa dan menyenangkan diri, pakai tudung instant.
Jangan bawa ramai pengikut untuk fitting baju. Bila terlalu ramai pengikut, banyak pendapat yang akan disuarakan bila anda ingin memilih baju sanding. Bawa orang yang boleh dipercayai macam mak anda sendiri, ayah dan bakal suami. Kadang-kadang bakal pengantin tak dapat pakai baju yang diidamkan disebabkan pendapat orang lain.
Pakai corset. Korset penting untuk memadatkan badan anda kalau badan anda jenis berisi. Kalau badan kurus, tak perlulah. Tip ni penting hanya bila anda ingin pakai korset pada majlis anda nanti. Senang nak tengok baju muat atau tak.
Pakai pakaian dalam yang cantik dan pakai inner. Tip ni pun memang penting sebab selalunya, bila anda fitting baju, orang kedai akan tolong anda pakaikan baju pengantin. Jadi anda akan salin baju di hadapan dia. Kalau anda tak nak malu, pakailah yang cantik mata memandang dan kalau malu,pakai inner. Kalau boleh inner yang ada tangan panjang dan berwarna putih supaya senang untuk fitting baju yang jarang.
Bawa kasut nikah,sanding atau bertandang anda. Bila anda fitting baju, pakai sekali kasut anda supaya anda boleh lihat dan adjust labuh kain anda.
Kuruskan badan sebelum fitting. Hihi ni sangat penting supaya anda puas hati dengan pakaian pilihan anda. Susah untuk cari pakaian pengantin plus size. Selalunya, orang yang mempunyai tubuh plus size kena buat baju baru. Jadi kos akan bertambah banyak.
Inilah ketujuh-tujuh tip fitting baju pengantin yang saya dapatkan kongsikan. Tip ini InsyaAllah berguna untuk anda yang nak sewa baju. Ok. Saya doakan kita dipermudahkan,dipercepatkan, rezeki dunia dan akhirat. Aamin, InsyaAllah.
Sumber:http://diankamals.blogspot.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!