Resepi orang lama memang tak ada siapa boleh lawan kan? Walaupun simple dan tiada teknik istimewa, tapi sedapnya memang tahap minta ampun. Jadi kali ini kita belajar cara buat Ikan Bawal Sumbat Sambal Cili Kering. Bahannya cukup simple dan kalau nak lebih sedap, tumbuk dengan lesung batu. Baru ada umphhh! Ikuti perkongsian resepi Khuzaimah Zainal Abidin ini.
“Dah lama sebenarnya nak kongsikan resepi dari arwah mak ni…dulu arwah selalu buat..siap request kat mak…nak ikan bawal sumbat sambal cili kering…sekarang anak2 plak suka…kalau boleh asal hari cuti aje mesti diaorang mintak buatkan…resepi ada di setiap gambar.”
Bahan :
Cili kering
Bawang merah
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Asam Jawa
Ikan bawal
Cara :
1. Tumbuk cili kering, belacan, gula dan garam sampai lumat.
2. Selepas lumat, masukkan bawang merah. Tumbuk sampai lumat.
3. Kemudian tumbuk bawang putih.
4. Kalau suka, masukkan sebiji atau separuh bawang besar. Tumbuk sampai lumat.
**media[194091,194092]**
5. Selepas lumat, masukkan asam jawa. Perasakan supaya sesuai rasa masam, manis dan masin.
6. Masukkan sambal ke dalam ikan bawal yang siap dikunyit dan garam.
7. Goreng menggunakan minyak sederhana supaya masak di dalam dan garing diluar.
8. Ada lebihan sambal, boleh digunakan untuk membuat nasi goreng dan telor hancur. Pergghhh, memang sedapp. Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesedaran masyarakat tentang penyediaan makanan secara sihat agak meningkat. Malahan ramai juga memilih sama ada makanan yang disediakan untuk keluarga sama ada akan dikukus ataupun di panggang berbanding digoreng.
Kehadiran teknologi Air Fryer memang banyak membantu para isteri yang ingin memastikan menu masakan mereka lebih sihat tetapi dalam masa yang sama masakan dapat disediakan dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Air Fryer cukup memudahkan urusan ibu-ibu di dapur. Bukan sekadar itu sahaja, malahan ia juga menjimatkan masa selain dapat mengurangkan penggunaan minyak.
Tetapi selepas digunakan pasti kena cuci bersih-bersih bagi memastikan tiada lebihan masakan yang boleh menyebabkan barang elektrik ini cepat rosak dan keracunan kepada pengguna.
Inilah masalah yang ibu-ibu hadapi apabila menggunakan Air Fryer di rumah. Terutama sekali selepas memanggang ikan atau ayam. Bahan masakan yang melekat menyukarkan ibu-ibu nak mencuci.
Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer. Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal.
Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni. Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jom kami kongsikan resepi sup ikan oleh saudara Haerme Abd Rahman aka HangHungryChef. Memang menarik resepinya dan unik sebab ia menggunakan rebusan tulang dan rempah sup homemade (tanpa rempah instant). Kata beliau, rebusan tulang ni lah yang akan menghilangkan bau hanyir ikan dan menjadikannya lebih sedap. Jom kita sama-sama tengok resepi sup ikan beliau ini selengkapnya.
RESEPI SUP IKAN MERAH / SIAKAP SEDAP & SIMPLE
Mula-mula kita tengok bahannya dulu ya.
BAHAN-BAHAN
bawang merah
bawang putih
halia
daun sup dan daun bawang
cili padi
tomato
ikan siakap / ikan merah
limau nipis
tulang lembu 300gm
rempah sup homemade* (bahan & cara nak buat rempah sup homemade ni dekat bawah)
*BAHAN-BAHAN UNTUK REMPAH SUP HOMEMADE
biji ketumbar 1/2 sudu teh
jintan putih n manis 1/2 sudu teh
lada sulah biji dan lada hitam 1/2 sudu teh
cengkih 4 biji
daun salam 2 helai
bawang putih kering 2 ulas
halia kering 1 inci
bunga lawang 2 kuntum
– – semua bahan ini disangai dan dikisar kering ya
CARA-CARA
1. REBUS TULANG LEMBU
Pertama sekali, kita rebus dulu tulang lembu dalam periuk.
2. MASUKKAN HALIA
Kemudian masukkan halia yang dah siap diketuk.
3. TUMIS
Dalam kuali yang lain, tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai hangus sikit. Hangus sikit sahaja ya jangan sampai rentung nanti pahit pulak sup ikan tu nanti. Seterusnya masukkan rempah sup homemade tadi. Tumis sampai garing ya.
4. MASUKKAN BAHAN TUMISAN KE DALAM SUP REBUSAN TULANG
Bila dah siap tumis tadi, pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk rebusan tulang yang mula-mula tadi tu. Mungkin ada yang pelik sebab apa pakai tulang? Sebabnya nak potong hanyir ikan kita jap lagi. Ok bila dah masukkan tu jangan lupa tambah air sikit.
5. MASUKKAN TOMATO
Lepas tu masukkan tomato.
6. MASUKKAN DAUN SUP
Lepas tu kita bolehlah masukkan daun sup yang tersimpul rapi. Masa ni dah boleh perasakan ia secukupnya dengan garam.
7. MASUKKAN IKAN
Lepas dah perasakan tu kita bolehlah masukkan ikan. Bila masuk je ikan alam periuk, terus tutup api dapur dan tutup terus periuk tu dan tunggu 15 minit ok. Ini rahsianya nak dapatkan isi ikan yang pejal, mantap, ngam ngam je masak…
8. PERAH LIMAU
Akhir sekali, jangan ko lupa perah limau nipis, tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili padi potong.
Fuh, tak sabar nak makan kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!