Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya selama proses biologis berlangsung. Itulah mengapa Rasulullah saw tetap menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja. Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeza dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.
Kelebihan & Cara Minum Air Ikut Sunnah
Secara ringkasnya:
Cara:
-Membaca “Basmallah” sebelum. -“memuji Allah”(Alhamdulillah) selepas
-Dalam keadaan duduk.
-Minum dengan tangan kanan.
-Minum dengan 3 nafas.
‘Abra’ (Melepaskan penyakit)
‘Arwa’ (Menghilangkan kehausan)
‘Amra’ (kuatkan sistem pencernaan)
-Minum air kosong selepas minum susu atau minuman berlemak.
-Membaca doa selepas minum.
Maksudnya:
“Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami”
Ads
Kelebihan Minum Air Ikut Sunnah Nabi dengan keadaan Duduk & 3 kali teguk:
1. Ginjal sentiasa dalam keadaan baik.
2. Lutut berfungsi dengan baik.
3. Tulang punggung sentiasa kuat.
4. Katup Jantung tidak pernah berhenti.
5. Fikiran sentiasa aktif.
Orang yang menuang air untuk orang lain ialah orang yang terakhir akan minum.
Rasulullah suka minuman manis yang sejuk. Baginda mencampurkan air dengan kismis, madu atau tamar pada waktu malam, baginda akan minum pada waktu siang. Baginda meminum susu dengan mencampurkan dengan air sejuk. Baginda minum sawiq iaitu tepung gandum yang dilarutkan dalam air kerana memberikan kelapangan dada dan kecerdasan badan.
Ads
Perkara yang dibenci
Meniup makanan atau minuman panas sebelum makan atau minum.Bernafas dalam bekas minuman ketika minum.
Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya selama proses biologis berlangsung. Itulah mengapa Rasulullah saw tetap menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja. Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeza dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.
Ads
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)
Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)
Dengan demikian mari biasakan minum air putih dan meminum cara Nabi agar tubuh kita tetap sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit, dan InsyaAllah lebih barakah. Wallahu a’lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemberian dulang hantaran di dalam majlis pertunangan mahu pun pernikahan merupakan suatu kemestian di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Selain memenuhi keperluan dan tuntutan adat untuk mengikat dua hati menjadi satu. Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Perlu Diingat:
1. Ada bekas hantaran seperti dulang, bakul, kotak ataupun bekas kaca.
2. Harus ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon yang digubah indah dengan juraian manik ataupun renda.
3. Cantikkan gubahan dengan jambangan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Perlu pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa agar tidak jatuh tatkala dibawa pengiring.
5. Jika barangan makanan yang dibawa, pastikan diletakkan dalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut dan lalat.
Perkara Perlu Dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapi kesukaran membawanya.
2. Elakkan gubahan hantaran dibawa kanak-kanak kerana bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan bukan krim. Ini kerana bimbang jatuh atau kemek dan akan merosakkan kek yang dibawa.
Tip minimumkan kos:
1. Beli barangan gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang.
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih.
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga.
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunang) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit, taklah rasa terbeban bila beli barang sekaligus.
kredit foto hantaran: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Saksikan juga pasangan manis dalam detik indah Pesona Pengantin bercerita tentang persiapan hantaran mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum nak kahwin, baik lelaki mahupun wanita perlulah memantapkan diri dengan pelbagai ilmu rumah tangga terutamanya tentang kepentingan kesuburan. Ia penting sebagai persediaan untuk anda berdua mendapatkan zuriat.
Perlu anda ketahui, masalah kesuburan boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya pemakanan yang tidak sihat, diet yang tidak seimbang, pencemaran udara, merokok, gaya hidup yang tidak sihat terutamanya jika anda kerap mengalami masalah tekanan perasaan.
Jangan khuatir! Selain melakukan rawatan moden, anda juga boleh usahakan cara dengan mengambil sumber makanan ini bagi membantu anda meningkatkan kesuburan.
1. PROTEIN
Mampu mengurangkan risiko tidak subur hingga 50 peratus. Ramai orang ingat protein hanya boleh didapati daripada sumber daging dan telur sahaja. Sebaliknya sumber protein juga boleh anda dapatkan dalam makanan berbentuk sayuran atau tumbuhan. Saranan makanan:Elakkan protein daripada sumber haiwan dan lebihkan protein sayur-sayuran seperti kekacang. Contoh sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai protein tinggi termasuklah jambu, pisang, manggis, epal, kacang buncis, kurma, badam.
2. VITAMIN C
Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut membantu menjadikan wanita lebih subur. Saranan makanan:Sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah.
3. COQ10
Ia sejenis enzim yang bertindak seperti Vitamin C. Selain boleh didapati dalam bentuk pil, ia juga terdapat secara semula jadi daripada makanan segar. Saranan makanan: Daging dan makanan laut.
4. VITAMIN D
Fungsi vitamin D membantu menghasilkan hormon hubungan intim yang diperlukan sepanjang proses ovulasi. Saranan makanan: Telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.
5. VITAMIN E
Bukan sahaja wanita, lelaki juga perlu subur. Anda boleh mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E kerana ia membantu meningkatkan kualiti sperma agar mampu hidup dengan lebih lama. Ini secara tidak langsung akan memberi lebih peluang untuk sperma disenyawakan dengan ovum. Saranan makanan: Biji bunga matahari, sayur bayam dan buah zaitun.
6. ASID FOLIK
Bukan wanita sahaja yang disarankan untuk mengambil asid folik! Rupa-rupanya, asid folik juga baik dan elok diamalkan oleh lelaki kerana ia berfungsi untuk menghasilkan sperma yang lebih berkualiti. Selain terdapat dalam bentuk pil suplemen seperti C0Q10, anda boleh mendapatkannya daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Saranan makanan:Buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. CECAIR DALAM BADAN
Apabila seseorang wanita mengambil banyak air kosong, ia membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badannya. Cecair serviks amat penting dalam badan untuk membantu sperma berenang menuju ke dalam uterus seterusnya melekat pada telur. Saranan makanan:Banyakkan minum air kosong. Sasarkan mengambil 2-3 liter air iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas air putih setiap hari.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali ingin pergi temu janji atau dating dengan buah hati, pasti anda akan memikirkan kos perbelanjaan yang akan anda keluarkan. Maklumlah, kos sara hidup pada masa kini kian tinggi dan sukar untuk diramal.
Namun, ada beberapa idea dating yang boleh menjimatkan dari perlu mengeluarkan belanja yang besar. Setiap kali pergi dating pasti lelaki yang akan mengeluarkan kos bukan? Tapi apa salahnya jika sesakali wanita pula yang belanja buah hatinya.
Jangan risau, jom kita lihat idea yang pasti menjimatkan dan cukup relevan untuk temu janji atau dating dengan buah hati pengarang jantung!
1. BERKELAH
Dengan bajet yang sedikit, anda boleh menunjukkan bakat membuat sandwich, kek coklat dan juga mi goreng sebagai menu utama kepada si dia. Nikmati detik matahari terbenam bersama. Isi masa dengan bermain layang-layang atau sesi foto berdua dan simpan ia sebagai kenangan manis sehingga ke hujung usia.
2. FUN FAIR
Semua manusia pasti merindui saat menjadi anak kecil bermain tanpa perlu memikirkan masalah yang menimbun di tempat kerja. Nah! Imbau kembali kenangan itu di fun fair yang menawarkan harga tiket murah tetapi menyeronokkan. Genggam erat tangannya dan nikmati cahaya lampu yang bergemerlapan.
3. BERBASIKAL
Mengayuh basikal perlahan sambil berbual mesra mengenai impian hidup bersama. Selain menyeronokkan, aktiviti berbasikal ini juga menyihatkan. Jika sudah selalu melihat wajah si dia kemas dan rapi, kali ini anda berpeluang melihat sisi santainya. Lap peluh di dahinya sambil tersenyum manja. Aduh, romantis!
4. MENONTON WAYANG
Dalam seminggu, enam hari adalah hari bekerja anda, tidak kira di rumah mahupun pejabat. Luang hanya sehari tanpa perlu berbuat apa-apa dan bermalasan di rumah dengan menonton filem bersama si dia. Makanan ringan dan aiskrim menjadi peneman di kala anda berpelukan manja dalam dakapannya.
5. FLEA MARKET
Dalam tak disangka, timbunan bundle mempunyai pelbagai barangan yang berkualiti serta unik untuk dibuat koleksi. Jika membeli-belah bukan kegemarannya, kunjungan ke flea-market pasti dapat menarik perhatian si dia.
6. KERJA AMAL
Dalam bercinta untuk diri sendiri, perlu juga anda mencintai insan yang berada di sekelilingmu. Tidak salah sekali meluangkan masa bersama si dia dan membuat kerja amal di rumah-rumah kebajikan atau badan yang mengalukan kedatangan anda untuk membantu mereka. Bertambah rasa kasih pada diri anda dek keikhlasan hati yang anda punyai.
7. BERSUKAN
Badminton dan tenis adalah antara sukan yang menjadi kegemaran kaum lelaki bagi mengeluarkan peluh. Kongsi kesukaan mereka ini dengan melakukannya bersama. Di samping menyihatkan, ia dapat mengeratkan hubungan anda berdua.
8. MAKAN MALAM
Orang kata, untuk memikat hati lelaki adalah menerusi selera makannya. Apa kata anda dan dia bekerjasama memasak hidangan khas serta menikmati makan malam romatis di rumah. Hias meja dengan lilin, ros merah serta dendangan lagu jazz yang membangkit rasa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!