Pemberian dulang hantaran di dalam majlis pertunangan mahu pun pernikahan merupakan suatu kemestian di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Selain memenuhi keperluan dan tuntutan adat untuk mengikat dua hati menjadi satu. Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Perlu Diingat:
1. Ada bekas hantaran seperti dulang, bakul, kotak ataupun bekas kaca.
2. Harus ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon yang digubah indah dengan juraian manik ataupun renda.
3. Cantikkan gubahan dengan jambangan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Perlu pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa agar tidak jatuh tatkala dibawa pengiring.
Ads
5. Jika barangan makanan yang dibawa, pastikan diletakkan dalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut dan lalat.
Perkara Perlu Dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapi kesukaran membawanya.
2. Elakkan gubahan hantaran dibawa kanak-kanak kerana bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan bukan krim. Ini kerana bimbang jatuh atau kemek dan akan merosakkan kek yang dibawa.
Ads
Tip minimumkan kos:
1. Beli barangan gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang.
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih.
Ads
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga.
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunang) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit, taklah rasa terbeban bila beli barang sekaligus.
kredit foto hantaran: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Saksikan juga pasangan manis dalam detik indah Pesona Pengantin bercerita tentang persiapan hantaran mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
3 cara dalam islam yang paling berkesan untuk menarik rezeki melimpah-ruah
Yang pertama : Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yg tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu utk membawa rezeki yg melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan ini digalakkan oleh Islam bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan balasan.
Pernahkah anda didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana riaksi anda terhadapnya? Berapa jumlah wang yg akan anda berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil2 wang yang anda miliki, Memberi 10sen contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dlm hati berkata “Tentu ada org lain lagi yg akan memberikan wang kpd dia.“
Usah bersedekah dgn cara ini kerana ia salah. Kerana niat anda bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kpd orang tersebut. Bersedekah dgn semampu yg boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin anda mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, betul tak?
Lakukanlah sedekah dgn ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yg menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik2, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah meny4kiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan sesekali mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Yang kedua : Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau h4r4mkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
Yang ketiga : Mengamalkan Selalu Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Sumber : islamitusempurnakanku.blogspot.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai yang menghadapi masalah tatkala tibanya ulangtahun pasangan anda. Penat juga memikirkan apa yang terbaik yang boleh buat pasangan akan merasa hadiah yang dibeli akan dihargainya.
Serba tidak kena, hendak beli dompet , rasanya tahun lepas sudah dihadiahkan. Apa yang penting fikirkan sesuatu yang sweet, tidak semestinya mahal. Namun ia meninggalkan kenangan yang abadi.
Kebanyakan lelaki ini suka akan barang keperluan dan kena dengan hobi mereka, apa mereka suka? jom kita baca perkongsian Dr. Aen ini. Majoriti lelaki memang suka hadiah ini.
1. Wallet. Belikanlah untuk dia wallet baru. Depa ini banyak yang jenisnya selagi wallet tak hancur, selagi itulah dia pakai.
– Jenama wallet yang aku suka, Kauffman kat House of Leather. Ada yang RM100++.
LovebiteMYpun ada macam-macam wallet branded. Sekarang tengah ada promo sampai 8 Mac. Guna kod promo 38WOMENDAY untuk potongan harga:
2. Perfume. Bukan nak kata depa ni busuk, tapi depa ni kekadang tak sedar yang penting gak benda ni. Perempuan suka benda wangi kakaka.
– Setakat aku hidup, ada 2 perfume yang aku suka. Not too strong. BOSS (RED), Gucci Guilty (Eau De Toilette).
3. Tali pinggang. Ini pun sama kes macam wallet. Selagi tak putus dua, kepala tak tercabut, selagi tu dia pakai. Beli jenis yg dia pakai.
4. Stokin. Jangan hekeleh sangat. Kau pi tanya dia, stokin dia semua berpasang-pasangan tak? Kalau dah kahwin kau boleh jaga. Kalau tak?
5. Kemeja kosong. Kalau rasa laki agak buncit, jangan beli slim fit ala-ala kpop. Senak perut dia satgi. Beli regular fit.
6. Baju Melayu. Aku akan terpromote Gene Martino. Tapi tahukah anda, depa ada 100 pilihan warna dan kain yang sedap dipakai?
7. CD/DVD band kesukaannya. Lebih-lebih lagi limited edition punya. Fulamak! Kalau dia dapat, pasti dia rasa nak lambung-lambung awak tau!
8. Earphone. Yang bunyi bassnya superb. Kasihanlah dia, earphone original yang datang dengan phone itu dah nak putus dah atau putih dah jadi kuning.
9. External keyboard dan juga mouse. Pertama, design kena gempak. Kedua, hanya gamers yang memahami benda ini. External keyboard is bae okay!
10. Shaver. Yang paling lawa dalam kedai itu. Percayalah yang shaver sedia ada untuk cukur misai dia dah tumpul tetapi dia dok tonyoh² juga.
11. Boxer. Ini kalau awak jenis berani. Hahaha! Saya dah kahwin tak apa. Sebab? Ah, dah kahwin nanti awak check sendiri.
12. Pisau canggih. Awak tahu tak, tak semua lelaki nak masuk dapur. Tetapi kadang-kadang bila masuk dapur, demand pisau untuk dia guna seorang.
– Aku tak tau la jenis nak berangan duk dalam Hell’s Kitchen ke apa. Tapi seems like it. So, hadiah tu boleh jadi warning supaya tak gatal
13. PS4. Kalau duit banyak, nak dia happy macam pergi bulan, PS4 la, apa lagi? Tapi jangan sedih kalau diketepikan, okay? LOL
14. GoPro. Anda akan menukar si dia yang tak suka selfie kepada lelaki yang suka berselfie. Bolehlah awak join sekali nanti. Nak acah-acah adventure pun boleh.
15. Buku/Novel/Manga. Sesuai untuk ulat buku. Ushar-usharlah dia suka baca apa.
16. Action figure/Collectible items. Diorang nak beli tetapi rasa macam tiada kepentingan. Jadi tugas andalah untuk mengembirakan dia. Well, kids kan.
17. Sapu tangan. Simple tetapi sangat dikira sebagai mengambil berat. Sejuk hati dia bila panas, dapat lap peluh guna sapu tangan yang awak bagi.
18. Lunch Box. Untuk bekal ke tempat kerja. Nak lagi power, masukkan lunch sekali. Jangan bagi Tupperware, ada risiko nak hilang. Hahaha!
19. Jam tangan. Hampir terlupa. Sesungguhnya lelaki amat suka jam tangan (tak semua). Walaupun boleh tengok jam kat phone, feeling tu lain
-Tips nak murah, cari kat Lazada. Laki aku tu, jam tu sebagai tanda dia dah kahwin. Dia mana suka pakai cincin
20. Backpack. Untuk kaki travel/sport. Kat Decathlon ada yang murah dan berkualiti. Siapa suka barang2 sport boleh pi Bandar Sri Damansara
Translate from Indonesian
21. Kasut formal kulit/sukan. Kalau dia pengumpul kasut sukan LE, rajin-rajin la ushar. Dia akan RT la biasanya. Hint la tu haha.
22. Jersey. Team bola sepak yang dia suka. Yang original. Dan yang penting paling latest. Mesti dia pakai taknak cabut haha.
23. Keyholder. Untuk lelaki berkerjaya yang kena keep banyak kunci. Amat sesuai untuk ayah ayah.
24. Tools box. Yang ada screwdriver etc. Kot kot kalau hang tak betul dia nak tolong ketatkan skru kat otak ke haha
25. Topi (optional). Sebabnya kan sedih tau topi dia tak pernah berbasuh. Kalau cicak sesat kat dalam, berbuih mulut dia.
Sumber : http://katakpisang.com/menarik/contoh-hadiah-simple-yang-disukai-lelaki-dan-selalunya-akan-buat-mereka-happy/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa di sini suka mencari pasangan yang jauh dari negeri yang mereka duduk? Ramai pasangan yang memikirkan untuk mendapatkan pasangan daripada luar kawasan mereka. Tetapi, ada juga pasangan yang tidak mahu memilih pasangan yang berada jauh kerana sukar untuk berjauhan dengannya.
Namun tahukah anda yang anda boleh dapat banyak kelebihan apabila bertemu jodoh dengan orang jauh. Mari kita lihat antara 5 kelebihan yang anda boleh dapat apabila bertemu jodoh yang jauh.
1. Majlis akan meriah
Apabila anda berkahwin dengan orang yang jauh, anda akan menerima kunjungan yang meriah dengan beberapa buah kereta yang akan mengiringi membuatkan majlis anda nampak begitu hebat sekali. Tidak hanya itu, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi saudara-mara anda yang datang.
2. Belajar untuk hidup berdikari
Bagi anda yang baru sahaja berkahwin, anda perlulah bersedia untuk mengharungi alam perkahwinan. Sesetengah anak muda, mereka ingin hidup berdikari. Mereka bukanlah tidak sayangkan keluarga mereka. Mereka hanya inginkan satu ruang dan peluang bagi menguruskan keluarga sendiri. Bagi anak muda yang ingin merasai kehidupan sebegini, mendapat pasangan jauh mungkin adalah cadangan yang baik untuk anda.
3. Dapat berkenalan dengan keluarga baru dan saudara mara yang jauh
Kebiasaan pasangan jauh tidak akan bertemu jodoh saudara rapat mereka sendiri. Dengan itu, anda berpeluang untuk bertemu serta berkenalan dengan keluarga baru serta saudara mara baru. Anda boleh meluaskan kenalan anda pada keluarga pasangan anda. Bukankah Allah jadikan kita berberbeza bangsa dan suku supaya kita dapat berkenalan. Ini adalah cara yang terbaik untuk anda mengenali antara satu sama lain walaupun jauh.
4. Mendapat genetik yang baik
Di dalam Islam, perkahwinan antara sepupu atau sedara dekat adalah tidak terlalu di galakkan. Ini kerana, secara saintifik ia terdapat beberapa jenis penyakit yang berisiko sekiranya kedua dua pasangan adalah pembawa atau dari keturunan yang sama. Namun, perkahwinan jauh mampu mengurangkan risiko penyakit jenis kepada anak.
5. Ada kampung halaman
Jika anda berkahwin dengan orang jauh, anda akan mempunyai kampung halaman anda sendiri. Bermakna ia luar daripada kawasan anda. Bagi anda yang tinggal bersama keluarga di bandar, ini adalah salah satu peluang di mana anda dapat merasa suasana di kampung. Pasti anda akan menyukainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...