Siapa yang pernah menikmati kaki ayam pasti tidak dapat menafikan lagi rasanya yang enak, bahkan ianya juga baik untuk kesihatan. Kaki ayam mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh. Jangan khuatir lagi, guna tips ringkas ini untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas ; Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.
Ads
2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka. ; Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.
Ads
3. Rebus dengan aneka rempah ; Bagi mempercepatkan proses rebusan, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.
Ads
4. Masak dengan rempah pedas ; Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.
Nah, senang sahaja bukan? Sekarang anda sudah mengetahui rahsia untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya. Selamat mencuba
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penceraian bukanlah suatu masalah dalam masyarakat, sebaliknya ia merupakan satu jalan penyelesaian yang diberikan agama. Walaupun perkara tersebut bukanlah sesuatu yang disukai kebanyakan masyarakat, tetapi ia wajar dilaksanakan bagi melindungi sebelah pihak daripada terus dizalimi atau ditindas.
Pun begitu, masih terdapat beberapa lagi hak selepas perceraian yang perlu ditunaikan walaupun terputus sudah ikatan suami isteri.
Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah SWT telah menyatakan: “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya,” (Surah at-Talak:6).
Tanggungjawab
Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai.
Hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak yang tidak boleh diganggu dan disekat.
Bagaimanapun, menurut pendakwah bebas, Ustaz Muhamad Aizuddin Kamarul Zaman, keculasan dalam pemberian nafkah merupakan perkara yang lazim berlaku.
Katanya, punca utama perkara tersebut berlaku disebabkan kurangnya pemahaman berkaitan hukum dalam munakahat.
“Kebanyakan lelaki berpendapat, sesudah bercerai mereka tidak perlu lagi menanggung keluarga itu. Hakikatnya, yang terputus hubungan itu ialah ibu dan bapa tetapi hubungan antara anak itu tidak akan pernah terputus,” katanya ketika dihubungi K2 baru-baru ini.
Tambah Muhamad Aizuddin, golongan wanita perlu celik mengenai perundangan Islam bagi mengelakkan mereka daripada terus ditindas.
Hal ini kerana ia merupakan hak yang telah ditetapkan oleh perundangan bagi melindungi golongan tersebut.
Membela
Kajian mengenai perkara itu kini dalam peringkat akhir setelah pihaknya mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kewangan, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum ia dijangka dilaksanakan serta-merta tahun ini.
Langkah itu bertujuan membela kaum wanita yang selama ini ditindas oleh sesetengah suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab membayar nafkah kepada isteri yang mereka ceraikan. Mekanisme itu juga bagi membolehkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah menggunakan kaedah seperti menuntut nafkah daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan akaun bank suami untuk membayar nafkah kepada isteri yang diceraikan. Ini juga sebagai satu bentuk perlindungan terhadap golongan wanita.
Menerusi mekanisme sekatan bank ini, golongan suami tidak boleh lagi melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Ia merupakan tindakan tepat lebih-lebih lagi apabila masih ramai lagi golongan wanita bercerai yang selama ini ditindas oleh bekas suami. Secara tidak langsung, ia dapat meringankan beban golongan wanita.
SUMBER : KOSMO
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bunga sangat identik dengan wanita. Bahkan, elemen ini memegang peranan penting dihari pernikahan,persandingan mahupun pertunangan. Pemilihan bunga yang tepat adalah kunci keindahan perkahwinan anda kelak.
Memilih bunga tangan yang sesuai dengan peribadi dan citarasa bukanlah mudah, gandingan variasi bunga daripada pelbagai saiz dan warna nyata menyerlahkan keindahan bunga tangan ini. Mungkin dengan rujukan yang disediakan oleh Sweetpictures ini dapat membantu anda dalam memilih bunga tangan yang tepat. Jom kita lihat antara Top 5 pembuat bunga tangan ini!
Sampai bila anda mahu melihat diri serba-serbi besar? Jangan hanya menunggu, lakukan tindakan yang pantas dan bulatkan hati untuk terus berjuang sampai anda dapat berat badan yang ideal demi untuk kesihatan dan kesempurnaan diri.
Selepas anda membuat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Jangan pula seminggu sahaja bersemangat kemudian kembali ke tabiat asal.
Tidak mustahil orang yang berbadan besar, impian untuk kembali kurus tidak tercapai. Buktinya lihat sahaja perkongsian Jazli Hassan menerusi akaun facebooknya.
Malah facebooknya penuh dengan aktiviti dan tip sihat yang boleh anda ikuti. Moga ia mampu menyuntik inspirasi buat anda di luar sana terutama kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan.
Hye semua. Perjalanan dari 183kg ke 78kg, saiz 6XL UK ke saiz M, saiz pinggang 60 inchi ke 34 inchi. Saya berbesar hati saya sharekan “10 TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN”. Mudahan sedikit pengalaman dan perkongsian saya berikan kebaikan pada semua. Saya izinkan dikongsikan.
Ramai tak mampu mengawal nafsu makan sebab otak dah setting pantang nampak sedap pasti nak makan.mula nak merasa akhirnya habis satu periuk..cuba bertenang jangan gopoh buat keputusan pikir masa depan.kesedapan makanan depan mata anda lihat tak menjamin apa2 pada anda kecuali kenyang..tapi kalau kita kuat itulah bezakan kita dari yang lain..muhasabah diri sikit.
jangan tipu saya antara 10 orang hanya 3 orang sahaja baca doa makan dengan penuh penghayatan.yang lain baca bismillah terus masuk mulut.ada sebab tuhan utamakan doa dulu sebelum makan untuk elakkan kita tergoda nafsu makan yang tak mampu di ramal..doa juga ibarat kita muhasabah diri ketika makan..cuba pratikkan selama sebulan kesannya akan anda lihat…percayalah.
Ramai telah terpesong makan buah adalah desert katanya selepas makan.sebenar peranan makan buah dulu ada untuk kebaikan sistem penghadaman anda sekaligus dapat mengurangkan rasa lapar yang tinggi.mempercepatkan kenyang serta dapat mengawal nafsu makan anda..tapi kesilapan kita banyak pandang lauk2 sedap dulu dari melihat buah-buahan.
Kebanyakkan kesilapan yang banyak orang buat makan bersulam minum.kalau boleh elakkan kecuali dalam situasi2 tertentu yang perlukan kita minum di bolehkan..sebab bila kita makan sambil minum kita rasa makan kita tak puas.sebab sistem pemghadaman kita tak dapat melakukan kerja dengan sempurna…
Haaa jangan gopoh ketika makan sesuatu makanan.cuba nikmati makanan dengan penuh penghayatan ketika masuk mulut tapi makanan berkhasiat la bukan yang tak sihat. Bila kita kunyah secara perlahan enzime ketika mengunyah dapat berfungsi dengan betul.tue kadanng2 makan sedikit kita dah kenyang sebab kita menghayati saat ketika makan dengan sempurna.
Pastikan anda mengambil 5 hidangan setiap hari iaitu sarapan,minum pagi,makan tengah hari,minum petang dam dinner.kalau lapar sangat baru supper sedikit..bila kita kerapkan makan dan kurang kan kuantiti jumlah sesuatu hidangan kita dapat mengelakan rasa kelaparan terlampau yang merangsang nafsu makan kita membuak-buak.
Jangan racun minda kita dan mudah terpedaya dengan iklan makan yang di post di facebook atau medium2 lain.bila banyak kali kita di racuni minda dengan makanan maka ia akan meransang nafsu makan kita membuak buak..jangan terpedaya dan mulakan disiplin diri anda untuk lawan nafsu makan.
Dah bertahun-tahun kita makan macam-macam berikan peluang diri kita pantang dengan makan.dulu pantang jumpa terus makan.last 10 tahun kita masih gagal kawal nafsu makan kita..
Bila time makan fokus untuk makan.jangan main hp,tangkap gambar sibuk up dalam facebook..time tengah suap itulah kita balas whatsApp..semua ini menyebabkan kita tak puas makan.pada masa inilah semua kita nak makan sebab kita tak menghayati saat makan betul2…ini akan merangsang otak hantar input makan yg meransang nafsu mkn kita.
Cuba elakkan diri stress terlampau.inilah punca kita nak makan nak makan dan terus makan.memang kita rasa tak stress tapi kita sebenarnya dalam keadaan stress.sebab kita balas stress kita dekat makanan tue bila pantang jumpa benda sedap kita makan.pastu timbul rasa menyesal…belajar kawal stress.
Terima kasih kerana membaca, ini di ulis adalah berdasarkan pengalaman saya dan setiap cerita saya lalui..sila sharekan untuk tujuan kesedaran obesiti di malaysia.. #jazlihassan #ikon #obesiti#pusatobesiti #hospitalputrajaya #malaysia
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...