Mudah Je Hias Kereta Pengantin. Buat Sendiri Lagi Murah & Berbaloi!

Share

Selagi boleh berjimat, selagi itu kita akan gunakan segala skill yang ada untuk jadikan majlis perkahwinan penuh meriah. Selalunya untuk berarak dari rumah ke lokasi perkahwinan, mesti pengantin akan menaiki kereta yang dihias. Apa kata buat sendiri hiasan kereta anda.

 

 

Dari perkongsian BK Kayangan, cara-cara ini cukup mudah untuk diikut. Hiasan yang simple, dengan pilihan rona yang menarik akan menampakkan kereta pengantin lebih eksklusif namun pada bajet yang sangat berpatutan!

 

Bahan-bahan:

Kain net 2 warna ( 7 hingga 8 meter jika nak buat depan dan belakang)
Riben
Polisterin bulat
Bunga
Glue gun dan glue stick
Gunting

 

Cara membuat:

1. Potong kain net dengan jarak dari bahagian depan kereta sehingga ke cermin sisi (side mirror).
2. Potong kepada dua bahagian secara memanjang. Jadi anda akan dapat dua bahagian dari warna berlainan.

 


3. Ikat bunjut pada bahagian hujung net dengan menggunakan riben. Ulang cara yang sama pada net yang lain.

 


4. Kemudian cantumkan kedua-dua bahagian yang sudah diikat bunjut.

 


5. Seterusnya, letakkan kain net tadi di bahagian bonet kereta untuk sesuaikan kedudukan dan jarak di kira dan kanan.

 


6. Ikat bahagian kain yang sudah dibunjutkan ke gril kereta dengan menggunakan riben.

 


7. Kemaskan kain net yang lebih tadi dan ikat pada pangkal cermin sisi dengan menggunakan riben. Potong bahagian kain net yang berlebihan.

 


8. Bila dah siap ikat,hasilnya akan jadi seperti dalam gambar.

 

9. Potong lagi kain net sepanjang 2 atau 3 jengkal.

 

10. Bunjutkan bahagian tengah dan ikat dengan riben.

 

11. Ikat pada bahagian tengah riben yang sudah dibunjut awal-awal tadi.

 

12. Untuk bahagian bunga, tebuk lubang untuk memasukkan riben seperti di dalam gambar.

 

13. Cucukkan bunga pada polisterin mengikut kreativiti. Gunakan glue gun untuk melekatkan bunga pada polisterin supaya tidak mudah tercabut apabila ditiup angin.

 

14. Bila dah penuh, akan jadi begini.

 

15. Ikat riben pada polisterin tadi di bahagian tengah kain net.

 

16. Untuk kemasan, boleh letakkan riben gebu pada bahagian pangkal cermin sisi.

 

17. Gunakan riben yang sama untuk bahagian pintu.

 

18. Dah siap!

IKLAN