Bau badan seringkali menjadi kerisauan setiap orang. Masalah seperti ini boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang itu untuk bertemu orang lain. Malah, bau badan selalu dikaitkan dengan peluh yang banyak serta kurang penjagaan kebersihan diri pada ruang-ruang tertentu pada anggota badan. Bagi anda yang ingin melangsungkan perkahwinan pula, pasti tidak mahu masalah seperti ini berlaku di hari bahagia anda.

Jom ikuti beberapa tip untuk menghilangkan bau badan sekaligus anda tampil yakin melayan tetamu dan sahabat handai di hari bahagia.

1. Makan herba dan rempah-ratus

Amalan memakan herba dan rempah ratus seperti Medicago Satina, Petroselinum Crispum dan Rosmarinus Officianlis dapat membunuh bakteria di dalam tubuh yang menjadi penyebab utama bau badan akibat berpeluh. Anda juga boleh menggunakan air rebusan sireh yang dicampur garam sebagai air mandian untuk menghilangkan bau badan. Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

2. Diet seimbang

Masalah bau badan juga boleh berlaku sekiranya anda tidak menjaga pemakanan dengan baik dan teratur. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mengawal metabolisme badan sekaligus dapat mengawal berat badan anda. Amalan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari juga dapat membantu membuang toksin dalam badan yang mengakibatkan masalah bau badan.

3. Jaga kebersihan tubuh

Pastikan tubuh sentiasa bersih dan dijaga dengan baik. Sekiranya anda melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan badan mengeluarkan peluh dengan banyak, pastikan badan anda kering terlebih dahulu sebelum mandi.

4. Deodaran

Setiap individu mempunyai bau badan yang berbeza. Ini kerana kitaran hormon dan cara pemakanan serta aktiviti yang berbeza membuatkan segelintir individu mengeluarkan peluh yang banyak walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti luar. Gunakan deodoran yang sesuai supaya tidak berlaku sebarang iritasi kulit selepas penggunaannya. Carilah deodoran jenis anti peluh supaya baju di bawah lengan anda tidak basah yang boleh mencacatkan penampilan di hari persandingan.

5. Wangian

Ramai menggunakan wangian sebagai penyelamat kepada masalah bau badan. Namun, harus diingat penggunaan wangian semasa badan berpeluh boleh menimbulkan bau yang lebih busuk dan tengik. Pastikan anda menyembur minyak wangi selepas mandi kerana pada waktu itu, badan anda dalam keadaan bersih dan segar. Pikat pesona si dia dengan bau badan yang menyenangkan di hari bahagia anda berdua.

6. Pakaian bersih

Pastikan anda menyarungkan pakaian yang dibasuh bersih di majlis persandingan. Kebanyakan bakal pengantin hanya menggunakan pakaian yang disediakan pihak butik tanpa menyelidik terlebih dahulu sama ada pakaian tersebut sudah dibasuh kering (dry cleaning) ataupun tidak.

7. Timun muda

Caranya sangat mudah. Seminggu sebelum hari bahagia, anda boleh mempraktikkannya di rumah. Kupas sebiji timun muda kemudian gosokkan di bahagian badan yang berpeluh. Lakukan selepas mandi. Sekiranya anda mandi sebanyak 3 kali sehari, lakukannya sebanyak 3 kali juga untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI