Wanita adalah makhluk Allah paling lembut. Meskipun ada wanita masa kini yang kasarnya mengalahkan orang lelaki, tetapi jauh di sudut hatinya tetap lembut kerana dia dilahirkan sebagai wanita. Ramai lelaki yang cuba untuk mencairkan hati wanita ni hanya menumoukan satu perkara, menggunakan duit untuk membelikannya kemewahan.
Tetapi bukan itu sahaja yang wanita nampak. Nak cakap pasal duit, wanita sekarang pun semuanya berkerjaya. Ada duit sendiri. Yang hidup dengan gaji lagi besar dari suaminya pun ada. Cuma ada beberapa perkara yang mereka pentingkan dan harapkan dari seorang lelaki.
Wanita hanya perlukan EMPAT perkara yang boleh membuatkan dia berasa bahagia.
MENUNJUKKAN EFFORT
Untuk isteri, takkanlah kita nak berkira. Usaha andauntuk membahagiakan dia adalah perkara yang sering pasangan kita teliti. Walaupun dia tak puji, tak cakap apa-apa langsung tentang effort anda, satu hari annti tiba-tiba je dia akan datang pada anda dan ucapkan terima kasih.
Percayalah, akan ada suatu hari nanti si isteri akan meluahkan penghargaannya pada suami tentang segala kebaikan dan usaha yang ditunjukkan suami demi membuatkan dia bahagia. Kadang-kadang isteri ni suka simpan perasaan. Dia tunggu waktu yang sesuai untuk meluahkan.
Suami yang dapat isteri suka meluahkan perasaan tu baguslah. Tak payah tunggu lama nak kena puji, Betul tak?
2. BERKORBAN UNTUK DIA
Berkorban apa sahaja,
Harta atau pun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia…
Biasa dengar kan bait lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Berkorbanlah untuk isteri, walau seberat manapun pengorbanan itu.
3. BERI MASA
Berkorban masa adalah perkara yang sangat membahagiakan isteri. Zaman sekarang ni susah sangat nak bersua muka lebih-lebih lagi sebelum PKP dahulu. Masing-masing keluar kerja awal pagi dan balik lewat malam. Anak-anak pun boleh jumpa mak ayah beberapa jam sahaja sebelum tidur. Itu belum termasuk yang bawa balik kerja sehingga ke rumah.
Ketika PKP pun, walaupun masing-masing bekerja dari rumah tetapi laptop depan mata, handphone tak lekang dari tangan. Mesyuarat dari pagi sampai ke petang, belum termasuk kerja-kerja pejabat yang ‘beroperasi’ 24 jam sehari. Penatnya berkali ganda!
Masa adalah penghargaan paling best. Hanya itu yang boleh membuatkan pasangan suami isteri itu hidup dengan bahagia dan harmoni.
4. HARTA BENDA
Hadiah, duit dan harta adalah satu bonus. Wanita mana yang tidak suka diberikan hadiah. Namun itu bukanlah keutamaan yang dicari.
Wahai para suami, janganlah berkira sangat dengan isteri. Apa yang boleh diluangkan kepada pasangan anda untuk memperbaiki hubungan, buat sahaja dengan hati terbuka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI