Jarang mentua dan menantu rapat dan anggap macam anak sendiri. Tetapi jika ada, itu bertuah!
Realitinya tak semua dapat rezeki seperti ini. Bergantung pada seseorang itu juga nak rapat, baik dan anggap macam anak sendiri. Menantu ok, mentua pula terlebih cerewet dan sebagainya. Ada juga mentua ok, tapi menantu pula tak ok.
Nak Mentua Dan Menantu Rapat Macam Anak Sendiri, Jangan Duduk Serumah
Tak dinafikan, ada menantu dan mentua tinggal berpuluh tahun bersama serumah. Alhamdulillah semuanya tiada masalah, dah dianggap seperti anak sendiri. Tapi, ada juga yang tinggal bersama, menantu makan hati pula atau sebaliknya.
Ada satu rahsia nak tahu menantu dan mentua rapat macam anak sendiri. Pesanan daripada mentua ini adalah jangan tinggal sekali. Duduklah asing-asing.
Kawan aku (perempuan) ajak aku pergi ke rumah dia untuk beraya.
Ads
Aku nampak hubungan dia dengan mak mentua cukup rapat. Ibarat ibu dan anak kandung.
Jadi, aku pun tanyalah kawan aku,
“Rapat gila kau dengan mak mentua. Siap boleh bergurau macam mak sendiri.”
Dia respons, “Kalau nak tahu rahsia ini, hang pi direct tanya mak mentua aku.”
Ads
Jadi, aku pun pergi tanya mak mentua dia. Aku tanya dalam nada bergurau.
Jangan Tinggal Sekali
“Mak cik, rapat betul noh mak cik dengan menantu. Kongsi rahsia sikit. Haha”
“Mai, mak cik nak pesan sikit,” dia mula berkongsi.
“Lepas kahwin, mak cik memang akan suruh anak menantu dok jauh dari mak cik. Jangan tinggal sekali dalam serumah.”
Ads
“Pasal apa?”, aku tanya lagi.
Dia sambung bercerita,
“Kalau tinggal serumah, silap haribulan menantu dan mak mentua boleh banyak makan hati. Bahaya tuh.”
“Tapi kalau tinggal jauh, depa cuma makan jem (sesak) bila nak balik rumah masa raya. Itu takpa, tak bahaya.
Tular video pelakon Zain Saidin menyelar tindakan segelintir netizen yang memperlekeh wajah polos Liyana Jasmay baru-baru ini dengan menyifatkan perkara itu sebagai buli siber.
Menurutnya, dia perlu membuat teguran memandangkan kecaman dilemparkan juga menunjukkan pelaku tidak menghormati suami aktres berkenaan apabila mendakwa lelaki itu salah pilih isteri.
“Saya ada terbaca satu hantaran di Facebook. Hantaran tersebut mengatakan Liyana Jasmay telah menjadi mangsa buli fizikal kerana wajahnya.
“Ada juga yang mempertikaikan bagaimana suami Liyana boleh suka dekat dia dengan keadaan mukanya yang sebegitu.
“Saya kena tegur perkara ini kerana saya rasa benda itu salah. Apa benda nak cakap perkara macam tu? Awak sendiri tak kenal dia,” katanya menerusi hantaran dalam Tik Tok.
Dalam perkongsian sama, pelakon Oh My English itu turut menyatakan pernah berdepan situasi sama ketika mahu mendirikan rumah tangga dengan aktres, Rozita Che Wan.
Menurut pemilik nama lengkap Mohamad Zain Mohd. Saidin, 40, itu, ada yang tertanya-tanya sebab dia memilih wanita lebih berusia daripadanya.
“Satu ketika dahulu, saya juga sering ditanya kenapa berkahwin dengan wanita lebih tua. Tiada anak dara lagi ke? Sejujurnya, pada permulaan memang kita jatuh hati dengan rupa paras.
“Namun, rupa tak kekal selamanya. Yang buat saya jatuh cinta dengan Che Ta adalah kerana budi bahasa, cara hidup dan isi hatinya.
“Faktor itu yang buatkan kita nak keluar ‘dating’ dan memulakan perkenalan. Kita bertahan bukan kerana rupa tetapi isi hati orang tersebut yang buatkan kita selesa,” ujarnya.
Sekali gus, Zain yang juga bapa kepada seorang anak perempuan percaya Liyana memiliki kecantikan dan kelebihan tersendiri yang membuatkan suaminya jatuh hati.
Aktor terbabit turut mengingatkan kaki kecam bahawa masa tua mereka pasti hadir suatu hari nanti seiring peningkatan usia.
“Awak kutuk muka dia tapi tunggulah ketika anda tua sikit nanti. Baru anda tahu macam mana perasaannya.
“Saya pasti Liyana memiliki sesuatu yang membuatkan suaminya jatuh cinta. Dia jatuh cinta bukan kerana paras rupa tapi kerana hati Liyana.
“Kerana cinta, saya pasti dia akan pertahankan maruah isterinya. Kita tidak menilai seseorang itu kerana rupa sahaja,” ulasnya lagi.
Sebelum ini, Liyana, 36, berkongsi video dalam platform Tik Tok yang menunjukkannya menikmati burger di sebuah hotel.
Dalam paparan tersebut, Liyana berkongsi wajah tanpa secalit solekan selain mendedahkan dia belum tidur lebih daripada 16 jam berikutan memenuhi jadual penggambaran.
Walaupun ramai memuji tindakannya berani berkongsi wajah polos, ada netizen yang meninggalkan komen negatif termasuk menggelarkan wajahnya seperti pembantu rumah atau bibik.
Sesekali nak juga tukar pagar baharu kalau sudah bertahun-tahun lama diguna pakai, nak-nak jika rupanya pun dah makin ‘uzur’ dan berkarat!
Namun dengan kenaikan kadar harga barang masa kini, mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kewangan dan kekangan bajet untuk menukar pintu pagar rumah yang baharu.
Tetapi tahukah anda, sebenarnya kini ada alternatif lain yang lebih menjimatkan untuk membaiki pintu pagar rumah anda yang sudah lama dan rosak dengan hanya menggunakan kayu campuran dikenali sebagai ‘Shera Plank’.
Menggunakan kayu campuran ini ternyata bukan sahaja menjimatkan wang ringgit anda malah ia sangat mudah untuk dipasang dan dikendalikan.
Lihatlah hasilnya, memang menakjubkan betul tak? Dengan hanya menggunakan ‘Shera Plank’ sahaja pintu pagar rumah terus berubah tampak seperti baharu.
Bukan itu sahaja, struktur reka bentuk kayu campuran ini juga tampak sangat menarik dan unik apabila ia disiap pasang pada pintu pagar rumah anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan kayu campuran ‘Shera Plank’ seperti yang tertera pada gambar, anda boleh sahaja membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Kaki Deko
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pasangan suami isteri, sudah tentu terdapat batas-batas yang perlu diikuti agar ibadah puasa terpelihara. Dalam erti kata lain, adakah pasangan suami isteri dibenarkan bercumbuan dan bermesraan semasa berpuasa walaupun mereka tidak melakukan hubungan kelamin?
Menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan bukan sahaja bertujuan untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi juga mengelak daripada melakukan sebarang perkara-perkata yang boleh membatalkannya.
Antara perkara-perkara yang boleh membatalkannya termasuklah bersetubuh, muntah dengan sengaja dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga melalui ruang terbuka, bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Menurut laman sesawang www.muftiwp.gov.my, hukum bermesraan antara suami isteri secara seksual di waktu siang bulan Ramadan semasa berpuasa adalah dilarang di dalam Islam. Namun, kekuatan larangan itu mengikut darjah keingkaran yang berbeza. Berikut disenaraikan larangan-larangan yang berkaitan:
Hukum melakukan persetubuhan
Melakukan persetubuhan semasa berpuasa dalam bulan Ramadan adalah haram dan berdosa besar hukumnya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”(Surah al-Baqarah: 187)
Disebutkan oleh Syeikh Sulaiman al-Bujairimi: “melakukan persetubuhan ketika siang Ramadan adalah satu daripada dosa-dosa besar juga kerana diberatkan ke atas pelakunya dengan berpuasa dua bulan berturut”
Rujuk Tuhfah al-Habib (2/392)
Lelaki dan wanita yang membatalkan puasa Ramadan mereka dengan bersetubuh masing-masing wajib melakukan imsak dan menggantikan puasa tersebut selepas Ramadan. Wajib ke atas lelaki perkara-perkara berikut:
Ini berdasarkan Arab Badwi yang datang menemui Rasulullah ﷺ sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Abu Hurairah RA seperti berikut:
Maksudnya: “Ketika kami duduk di samping Rasulullah SAW, seorang lelaki menemui Baginda, dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku binasa.” Baginda bertanya: “Kenapa?” Jawabnya: “Aku telah menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa.” Dalam riwayat yang lain, dalam bulan Ramadhan. Sabda Baginda: “Adakah kamu boleh mendapatkan hamba untuk dimerdekakan?” Jawabnya: “Tidak.” Baginda bersabda: “Adakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Jawabnya: “Tidak.” Sabda Baginda: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?” Jawabnya: “Tidak.” Rasulullah SAW diam seketika. Semasa kami berkeadaan demikian, Nabi memberi sebakul tamar, lalu bersabda: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Lelaki itu menjawab: “Aku.” Sabda Baginda lagi: “Ambillah tamar ini dan sedekahkan.” Lelaki itu berkata: “Adakah ada orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang lebih fakir daripada keluargaku di antara Timur dan Barat Madinah ini!” Nabi SAW ketawa sehingga kelihatan giginya, lalu bersabda: “Berikan makan tamar itu kepada keluargamu.” Hadis Riwayat al-Bukhari (1936)
Hukum melakukan istimna’
Sekiranya suami melakukan istimna’ yakni sengaja mengeluarkan mani, termasuk juga meminta isterinya melakukan kepada dirinya, maka puasa lelaki itu batal, dan dia adalah berdosa. Perbuatan mengeluarkan air mani, dengan apa cara sekalipun, seperti aktiviti seksual yang melibatkan kelakuan melihat, berfikir, mendengar, menyentuh tanpa lapik atau berlapik, yang disengajakan, tanpa dipaksa dan diketahui merangsang pengeluaran air mani, adalah membatalkan puasa. Rujuk Busyra al-Karim (hlm. 548) oleh Syeikh Sa`id Ba`Isyn Rahimahullah. Ini berdasarkan qiyas aula dengan perbuatan jimak yang melibatkan Ilaj (terbenamnya kepala zakar ke dalam faraj) dengan tujuan mengeluarkan mani. Hal ini munasabah dengan larangan Baginda ﷺ yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Dia (orang yang berpuasa itu) meninggalkan makanannya, minumannya, serta syahwatnya kerana Aku.(Riwayat al-Bukhari (1894) Dalam pada masa yang sama, isteri itu juga berdosa kerana bersubahat melakukan maksiat. Firman Allah ﷻ:
وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَان
Maksudnya: Dan janganlah kamu saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan. (Surah Al-Maidah: 2)
Kata Imam al-Hafiz Ibn Katsir Rahimahullah dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini:
‘’Dia (Allah ﷻ) melarang kamu dari saling membantu atas perkara yang batil serta tolong menolong atas perkara-perkara dosa dan sesuatu yang diharamkan’’.
Kata Imam Ibn Jarir al-Tobari Rahimahullah:
“Dosa itu adalah meninggalkan sesuatu yang Allah perintahkan untuk ia dilakukan. Dan maksud Al-‘Udwan adalah melampaui batasan Allah di dalam agama kamu dan melampaui apa yang telah Allah fardhukan ke atas diri kamu dan selain kamu.”
Rujuk Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim (3/7)
Kefahaman tersebut dijadikan kaedah sadd al-dzari`ah dalam mazhab yang menyebut:
إِعَانَةُ عَلَى المَعْصِيَةِ مَعْصِيَةٌ
Maksudnya: “Membantu ke arah maksiat itu merupakan suatu maksiat.”
Rujuk Ma`lamah Zayed li al-Qawa`id al-Fiqhiyyah wa al-Usuliyyah (no.666)
Sekalipun istimna’ diqiyaskan sebagai pembatal puasa dengan persetubuhan, namun daripada sudut kaffarahnya, ia tidak diwajibkan menurut mazhab al-Syafie. Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah:
“Jika seseorang beristimna’ secara sengaja maka batallah puasanya dan tiada kaffarah ke atasnya. Berkata al-Mawardi: Jika dia menggaru zakarnya kerana suatu yang mengganggu dan tidak bermaksudkan istimna’ lalu dia keluar mani maka tiada kaffarah ke atasnya. Adapun berkenan kebatilan puasanya maka terdapa dua wajah (pendapat). Aku (al-Nawawi) berkata: Pendapat yang lebih sahih bahawa ia tidak batal, seperti hukum kumur-kumur yang tidak berlebihan.”
Rujuk al-Majmu` (6/242)
Hukum berasmara tanpa jima` atau istimna’
Berkata Syeikh Sa`id Ba`isyn dalam huraian beliau terhadap kitab Muqaddimah al-Hadhramiyyah oleh al-Allamah Imam Abdullah Bafadhal Rahimahullah:
“Diharamkan ke atas orang yang berpuasa fardhu untuk menyentuh, seumpama mencium, jika perkara itu menggerakkan syahwatnya sehingga ditakuti boleh menyebabkan keluar air mani atau berlaku persetubuhan, bukan semata-mata tegangnya zakar dan keluarnya mani tetapi itu dimakruhkan.” Rujuk Busyra al-Karim (hlm. 548)
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili: “Akan tetapi dimakruhkan secara tahrim ke atas orang yang berpuasa untuk mencium jika perbuatan itu menggerakkan syahwat lelaki dan wanita, kerana mendedahkan puasanya untuk binasa. Jika tidak menggerakkan syahwat, maka jadilah hukumnya makruh, sedangkan lebih utama untuk perkara itu ditinggalkan.” Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/185)
Maksudnya: “Pernah Rasulullah ﷺ menciumku sedangkan dia sedang berpuasa. Siapalah dalam kalangan kalian yang mampu menahan anggotanya, seperti mana kemampuan Rasulullah ﷺ menahan anggotanya?”
Riwayat Muslim (1106)
Daripada keterangan di atas, kita memahami bahawa::
Berdasarkan keterangan dan fakta di atas, telah dijelaskan satu persatu darjah larangan bermesraan antara suami isteri sewaktu siang bulan puasa mengikut konteks-konteks yang berbeza. Ia boleh menjadi haram yang melibatkan dosa besar dan dosa, makruh tahrim atau makruh. Dalam kes di atas, suami perlu melihat kepada tabiat aktiviti bermesraan itu.
Jika aktiviti itu pada kebiasaannya menyebabkan keluarnya air mani, maka batal puasanya dan wajib dia imsak (menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa) pada sepanjang siang yang berbaki, demi menghormati bulan Ramadan. Kemudian, selepas Ramadan dia menggantikan semula. Wajib dia dan isteri bertaubat atas dosa itu dan memperbanyakkan amalan soleh mengatasi amalan maksiat yang mereka lakukan.
Tiada kaffarah tertentu yang perlu dikeluarkan oleh kedua-duanya. Isteri tidak batal puasa, melainkan jika berlaku klimaks atau perbuatan yang menyebabkan batal puasa seperti menelan air liur suami atau memasukkan sesuatu melebihi had zahir faraj. Jika aktiviti itu pada kebiasaanya tidak menyebabkan keluar air mani, seperti ciuman dan sentuhan ringan, atau memandang, maka jika keluar air mani secara tidak sengaja, sama ada bagi lelaki atau perempuan, maka tidak batal puasa. Semoga penerangan ini memberikan manfaat dan penyelesaian kepada penanya. Wallahua’lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...