
Kebelakangan ini anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada pasangan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikannya? Daripada anda terus berteka-teki, cuba perhatikan jikalau ada tanda-tanda ini pada pasangan:
1. Mengelak dari bertentang mata tatkala berbicara
Ini adalah tindak tanduk paling ketara dalam menyembunyikan sesuatu. Kerana pembohongan biasanya dapat dikesan melalui pergerakan mata. Ada kajian mengatakan, jika anak mata bergerak ke arah atas di sebelah kanan, itu tandanya si dia tidak bercakap benar. Manakala jika matanya bergerak ke arah atas di sebelah kiri, itu bermakna dia bercakap benar. Dan sebaliknya untuk individu yang kidal.
2. Berhenti sejenak sebelum menjawab pertanyaan
Berhenti sejenak biasa digunakan untuk memikirkan jawapan yang relevan sebelum menjawab. Walaupun suami sudah punyai saksi, namun otaknya tetap memerlukan waktu untuk mengingat butiran jawapannya supaya ianya tidak bercanggah di antara satu sama lain.
3. Berpeluh-peluh
Berpeluh walaupun suhu persekitaran tidak panas adalah satu petanda bahawa si dia sedang gugup kerana berbohong atau menyembunyikan sesuatu.
4. Menggaru-garu Hidung
Mengikut fakta, beberapa perlakuan di wajah boleh menggambarkan perasaan gugup. Jadi jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung, atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang tampak dibuat-buat, anda patut merasa curiga!
5. Ceritanya tidak sepadan antara satu sama lain
Cerita suami bercanggah antara satu sama lain, boleh jadi si dia terlupa. Namun jika ianya kerap terjadi anda seharusnya berwaspada. Dalam hal ini anda harus menjadi lebih peka terhadap cerita-ceritanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Cairkan Hati Wanita, Cukup Ke Dengan Duit?

Wanita adalah makhluk Allah paling lembut. Meskipun ada wanita masa kini yang kasarnya mengalahkan orang lelaki, tetapi jauh di sudut hatinya tetap lembut kerana dia dilahirkan sebagai wanita. Ramai lelaki yang cuba untuk mencairkan hati wanita ni hanya menumoukan satu perkara, menggunakan duit untuk membelikannya kemewahan.
Tetapi bukan itu sahaja yang wanita nampak. Nak cakap pasal duit, wanita sekarang pun semuanya berkerjaya. Ada duit sendiri. Yang hidup dengan gaji lagi besar dari suaminya pun ada. Cuma ada beberapa perkara yang mereka pentingkan dan harapkan dari seorang lelaki.
Wanita hanya perlukan EMPAT perkara yang boleh membuatkan dia berasa bahagia.
MENUNJUKKAN EFFORT
Untuk isteri, takkanlah kita nak berkira. Usaha andauntuk membahagiakan dia adalah perkara yang sering pasangan kita teliti. Walaupun dia tak puji, tak cakap apa-apa langsung tentang effort anda, satu hari annti tiba-tiba je dia akan datang pada anda dan ucapkan terima kasih.
Percayalah, akan ada suatu hari nanti si isteri akan meluahkan penghargaannya pada suami tentang segala kebaikan dan usaha yang ditunjukkan suami demi membuatkan dia bahagia. Kadang-kadang isteri ni suka simpan perasaan. Dia tunggu waktu yang sesuai untuk meluahkan.
Suami yang dapat isteri suka meluahkan perasaan tu baguslah. Tak payah tunggu lama nak kena puji, Betul tak?
2. BERKORBAN UNTUK DIA
Berkorban apa sahaja,
Harta atau pun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia…
Biasa dengar kan bait lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Berkorbanlah untuk isteri, walau seberat manapun pengorbanan itu.
3. BERI MASA
Berkorban masa adalah perkara yang sangat membahagiakan isteri. Zaman sekarang ni susah sangat nak bersua muka lebih-lebih lagi sebelum PKP dahulu. Masing-masing keluar kerja awal pagi dan balik lewat malam. Anak-anak pun boleh jumpa mak ayah beberapa jam sahaja sebelum tidur. Itu belum termasuk yang bawa balik kerja sehingga ke rumah.
Ketika PKP pun, walaupun masing-masing bekerja dari rumah tetapi laptop depan mata, handphone tak lekang dari tangan. Mesyuarat dari pagi sampai ke petang, belum termasuk kerja-kerja pejabat yang ‘beroperasi’ 24 jam sehari. Penatnya berkali ganda!
Masa adalah penghargaan paling best. Hanya itu yang boleh membuatkan pasangan suami isteri itu hidup dengan bahagia dan harmoni.
4. HARTA BENDA
Hadiah, duit dan harta adalah satu bonus. Wanita mana yang tidak suka diberikan hadiah. Namun itu bukanlah keutamaan yang dicari.
Wahai para suami, janganlah berkira sangat dengan isteri. Apa yang boleh diluangkan kepada pasangan anda untuk memperbaiki hubungan, buat sahaja dengan hati terbuka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Jangan Pernah Berhenti Mencuba & Beri Peluang. Mana Tahu Dia Jodoh Kita

Menyusuri rentetan jodoh sesat Noor Yasmah binti Shamsudin bersama pasangannya Muhammad Khairul Anwar bin Ab. Halim jelas membuktikan kalau sudah jodoh tak ke mana kerana Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Segalanya tidak mustahil jika hubungan berpegang teguh kepada ketentuan Allah SWT dan pastinya ia berakhir dengan sebuah kemanisan.
Aku mula berkenalan dengan Khairul pada tahun 2008 ketika kami sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, Sitiawan, Perak.
JODOH INI TIDAK DIDUGA
Jodoh itu tidak diduga. Nak dijadikan cerita, dia merupakan rakan sekelas aku ketika zaman sekolah. Khairul merupakan seorang pengawas sekolah manakala aku hanyalah seorang pelajar biasa. Sifatnya yang suka menyakat rakan-rakan terutamanya perempuan di dalam kelas membuatkan aku kurang selesa dengannya. Tambahan pula aku seorang yang agak susah bergaul dengan rakan lelaki.
Bermula detik dia mengoyakkan kertas lukisan aku, tanpa disedari itulah detik pertama perbualan aku dengan Khairul. Walaupun bermula dengan perbualan yang agak kasar namun dia tahu itu saja cara aku akan mula bercakap dengannya. Dari situ kami mula berinteraksi. Khairul cuba mendapatkan nombor telefon aku daripada rakan lain dan kami mula berhubung.
Khairul cuba memujuk aku di atas insiden sebelum ini. Melihatkan kesungguhannya, di situlah aku mula lembut hati dengannya. Ya! Memang orang kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet tapi aku berjaya membuktikan dengan 10 tahun perkenalan, kami akhirnya berjaya ke mahligai cinta.
Siapa sangka jodoh sesat aku merupakan orang yang dikenali sejak zaman sekolah. Alhamdulillah kami tidak ragu-ragu atas hubungan yang dibina. Oleh itu kami mula serius dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sama-sama yakin yang kami sudah bersedia dari semua aspek. Selain itu, aku percaya Allah sudah menetapkan jodoh kami untuk bersama.
HANYA WHATSAPP PENGHUBUNG
Kami tidak berjumpa kerana masing-masing menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya bekerja di tempat yang berbeza dan agak jauh. Namun hanya WhatsApp yang menghubungkan kami berdua. Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, tanggal 19 September 2016 dia terus menghantar rombongan merisik ke rumah aku dan kami bertunang pada tarikh tersebut. Itulah merupakan detik perjumpaan kami semula.
Pada hari merisik dan pertunangan tersebut, sememangnya Khairul dan famili datang dengan hajat melamar selain ingin menetapkan tarikh ikatan perkahwinan yang dijangka satu tahun dua bulan dari hari tersebut. Alhamdulillah jodoh kami kuat. Siapa sangka kawan kelas yang pernah aku benci dan gaduh dahulu itulah yang bakal menjadi jodoh serta imam buat aku.
TIDAK SEMANIS SEPERTI PASANGAN LAIN
Bagi yang bernasib baik, barangkali mudah untuk ketemu jodoh manakala yang kurang bertuah, ada-ada sahaja halangan yang mendatang sehinggakan semangat untuk mencari jodoh yang didambakan seakan-akan terpadam. Bertuahnya mereka yang bertemu jodoh tanpa perlu bersusah-payah. Mungkin mereka inilah insan yang ‘terpilih’ kerana begitu mudah jodoh datang mendekat.
Aku yakin dengan jodoh kami. Walaupun detik pertemuan kami dahulu bermula dengan pergaduhan dan tidaklah semanis seperti pasangan lain namun kami yakin untuk terus mengenali dengan lebih rapat. Aku percaya dia jodoh yang dikirimkan Tuhan untukku.
Apa yang membuatkan aku tertarik dengan dirinya ialah sifat Khairul yang penyabar, setia dan ada wawasan dalam hidup membuatkan aku tekad menerimanya dan bersedia untuk susah senang bersamanya.
Pada aku, jodoh ini telah ditetapkan dan dirancang oleh Allah SWT kerana ia merupakan pertemuan yang tidak disangka-sangka namun ia merupakan saat manis dan indah jika dirasai. Kesungguhan haruslah datang daripada kedua-dua belah pihak. Jika keduanya ada niat yang sama, maka tidak mustahil ikatan yang halal akan terbina.
Nasihat aku kepada mereka yang bertemu jodoh sesat, cuba untuk terima dan beri peluang kepada pasangan anda untuk membuktikan cintanya. Siapa sangka mungkin dia merupakan jodoh yang terbaik untuk anda. Jangan pernah berhenti untuk mencuba dan memberi peluang. Itu merupakan senjata segala-galanya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tip Jimat Untuk Kahwin. Sayang Duit Tu Sebab Lepas Kahwin Komitmen Makin Tinggi.

Ramai yang mengeluh kesukaran hidup selepas pandemik ni. Pada golongan biasa-biasa, nak buat simpanan setiap bulan pun sangat susah. Sedangkan perbelanjaan pun tak cukup, inikan pula untuk menyimpan. Lebih menambah tekanan apabila ada yang dah merancang untuk melangsungkan perkahwinan.
Selagi ada idea untuk dikongsi, selagi itu berusahalah untuk mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Tip ini diharap dapat membantu bakal pengantin untuk lebih berjimat dan dapat melangsungkan perkahwinan tanpa rasa bimbang terbeban hutang.
- Rancang tarikh kahwin
Sudah tentulah ini poin paling penting. kerana apabila sudah ada tarikh, baharulah kita ada objektif yang ingin dikejar. Objektif ini yang akan menggerakkan dan mengingatkan kita tujuan penjimatan itu dilakukan. Macam alarm clock la. Dan kita akan rasa terkejar dengan dateline.
- Tetapkan jumlah tetamu
Pada waktu PKP atau PKPB dan sebagainya, kita terpaksa kurangkan tetamu untuk majlis. Walaupun majlis boleh diadakan seperti biasa, majlis kecil-kecilan dah cukup. Jadi, ambillah peluang ini untuk memilih tetamu kita. Utamakan keluarga yang terdekat dan kemudian teman paling rapat. Memang kita bimbang mereka berkecil hati tetapi ini adalah untuk kebaikan semua. Kita sendiri ingin kurangkan risiko jangkitan.
- Tempah makanan
Tetapkan harga makan untuk satu kepala. Selagi boleh berjimat, kita berjimat. Jika ada ahli keluarga yang sudi untuk memasak sendiri atau buat rewang, pun lebih baik. Anda hanya beli barang basah dan sedikit pemanis mulut sebagai pelengkap.
- Kiriman kad
Zaman sekarang ni e-card sudah mencukupi. Gunakan sahaja aplikasi Canva untuk membuat rekaan kad jemputan dan hantarkan kepada tetamu.
- Cenderahati
Disebabkan tetamu untuk majlis anda terhad, jadi cenderahati pun bolehlah dikurangkan bajetnya. Terlalu banyak barangan yang cantik dan memorable untuk anda pilih di kedai borong. Ataupun anda juga boleh membuat pesanan lebih awal dari laman web seperti Lazada dan Shopee sebelum tibanya majlis perkahwinan.
- Tidak terpengaruh
Jangan sesekali membandingkan majlis anda dengan orang lain. Duit kita bukan duit mereka dan begitu juga sebaliknya. Kalau boleh, janganlah berangan-angan untuk menggunakan waktu PKP ini untuk membazir di tempat lain pula. Ikut segala strategi penjimatan yang ada.
- Hantaran
Sekarang ini trend barang hantaran sorok dah kembali. Pilih sahaja barang hantaran dari jenama biasa untuk hantaran kepada pasangan. Orang takt ahu pun jenama apa yang anda gunakan sebagai hantaran. Bila ekonomi dah stabil, hadiahkanlah yang best sikit untuk mereka.
- Busana pengantin
Anda boleh pilih untuk membuat tempahan atau beli yang sudah siap. Awal-awal lagi anda perlu letakkan bajet yang anda mampu. Banyak juga pilihan busana pengantin untuk lelaki dan wanita dengan harga sangat berpatutan.
- Memori
Kahwin ni sekali seumur hidup. Pasti anda mahu abadikan foto perkahwinan menggunakan jurugambar professional. Sila tanya pada kawan-kawan atau orang yang pernah menggunakan khidmat jurugambar professional. Dapatkan info dari mereka. Bukan tak boleh pilih dari Instagram atau Facebook tetapi takut kalau-kalau anda terkena dengan jurugambar yang tak bertauliah. Rugi duit!
- Simpanan
Sentiasa ingat bahawa kehidupan selepas kahwin memerlukan wang yang banyak lebih dari sewaktu melangsungkan perkahwinan. Majlis kahwin ini sekali sahaja tetapi lepas kahwin yang kita perlukan lebih banyak duit. Elakkan dari berhutan, baik hutang dengan kad kredit atau berhutang dengan orang. Susah nak bayar balik nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI