
Sebagai seorang manusia kita mesti akan melakukan kesalahan, begitu juga bagi pasangan suami isteri. Adat berumah tangga perbalahan itu mesti akan terjadi. Sebab itu, kita sebagai pasangan jangan takut untuk memberikan teguran atau nasihat.
Jangan kerana anda takut untuk memberi teguran sehingga ianya sendiri boleh melukakan hati dan perasaan anda. Jangan simpan didalam hati. Sebaiknya luah apa yang terbuku, apa yang terbaik untuk anda berdua. Mudah sahaja kalau anda tahu caranya seperti berikut.
1. Lihat pada diri anda dahulu

Sebelum anda menegur pasangan lihat pada diri anda dulu. Adakah anda juga melakukan perkara yang betul? Jika tidak, anda boleh menasihatnya dengan cara yang baik dan tidak melukakan hatinya.
2. Pujian dan kritikan seimbang

Biarpun niat anda memang baik iaitu menegurnya kerana si dia melakukan kesalahan. Namun, anda tidak boleh fokus dan menghentam hanya kerana kesalahannya sahaja. Sebaiknya anda seimbangkan kritikan dan pujian dengan seimbang. Baru dia tidak melenting dengan anda.
3. Lihat pada suasana yang sesuai

Jangan menegurnya dengan marah secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi pada keadaan yang tidak sesuai contohnya seperti di kompleks membeli-belah. Orang akan melihat pertengkaran anda berdua. Ia tidak patut berlaku.
4. Jangan bercakap ikut suka hati anda

Nada suara itu sangat penting apabila ingin menegur supaya pasangan anda boleh terima dengan teguran yang anda berikan. Gunakan nada yang bersesuaian untuk menegur seseorang.
5. Jelaskan dengan maksud yang senang faham

Adalah lebih elok jika anda menggunakan bahasa yang mudah difahami. Anda dinasihatkan agar tidak menggunakan ayat seperti kiasan kerana ia akan merumitkan keadaan. Sebaiknya terus terang sahaja apa yang anda ingin sampaikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Naikkan Seri Pengantin, Elak Sakit Kepala, Bagus Kalau Amalkan Seminggu Sekali

Setiap orang punya amalan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri sendiri. Ada yang mengamalkan air suam setiap hari tak kurang juga yang mengamalkan mandi air rebusan herba sebulan sekali. Semuanya bergantung kepada keselesaan diri kita sendiri.

Perkongsian Fatin Lee di facebook peribadi miliknya ini boleh juga kita amalkan. Rahsia cantiknya adalah dengan mengamalkan air mandian ais yang dicampurkan dengan limau. Katanya amalan ini juga dilakukannya sekian lama untuk memulihkan sakit kepala yang sering dialaminya. Jom intai caranya.
Dah 3 tahun Fatin amalkan mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan. Memang ‘painkiller’ paling berkesan. Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikannya untuk kecantikan dan kesihatan.
Kalau perasan kat spa pun dah banyak yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat. Hanya guna 3 bahan dapur, je simple!
Bahan:
- Air 1 baldi
- Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
- Ais ketul
- Asam limau nipis
- Minyak Aromaterapi ( jika ada )
Caranya:
Air mandian redakan sakit kepala:
- Sediakan satu baldi air paip.
- Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.

- Baca Al Fatihah 7x, Bismillah5 7x (boleh cari kat google), Al Ikhlas 7x dan Selawat 3x.
- Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas dan lebihkan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam lagi elok.
- Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.

Selalu fatin buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni. Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah! In shaa Allah pasti lebih segar dan bertenaga lepas ni.
Ekstra Tip:
- Boleh kuruskan badan
- Menaikkan seri wajah
- Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
- Menghasilkan aura positif
- Kuatkan imunisasi & antibodi badan
- Kuatkan tulang
- Menghilangkan bisa & angin dalam badan
Sumber: Fatin Lee
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Malu Jika Suami Botak, Ini 10 Kelebihan Mereka Ada Tarikan Luar Biasa

Ada sesetengah isteri mungkin rasa malu bila suaminya botak kerana menganggap botak sebagai satu kekurangan. Malah mereka juga menganggap lelaki botak nampak lebih berusia dan matang.
Mengikut kajian oleh Business Insider yang dilakukan pada tahun 2012 mengatakan bahawa lelaki botak lebih berjaya dan dominan berbanding lelaki yang miliki rambut. Kajian itu juga merumuskan bahawa perempuan akan cenderung untuk melihat lelaki botak sebagai seorang lelaki yang ada tarikan luar biasa, berkuasa, bertubuh lebih kuat dan besar.
Setelah membaca kelebihan ini, pastikan anda buang rasa malu anda itu jika suami botak. Berbanggalah kerana mereka tergolong dalam lelaki yang ada tarikan luar biasa!
1. Daya Tarikan Wanita
Kenyataan bahawa wanita lebih tertarik dengan lelaki botak disokong oleh Albert E. Mannes dari University of Pennysylvania yang melakukan kaji selidik terhadap 25 wanita yang perlu memilih sama ada lelaki botak atau lelaki yang mempunyai rambut berdasarkan gambar yang diberi. Hasilnya menunjukkan 15 daripada mereka cenderung memilih lelaki botak kerana dikatakan lelaki botak lebih berkeyakinan tinggi, dominan dan menawan.
2. Nampak Seksi & Percaya Pada Diri
Jurnal Social Psychological and Personality Science pula mengatakan bahawa lelaki botak jauh lebih seksi, maskulin dan miliki tahap kepimpinan yang tinggi. Malah turut mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi pada dirinya. Ini kerana dia berani menampilkan gaya botak tanpa memikirkan tentang penampilannya malah tidak kisah dengan apa jua pandangan masyakarat sekelilingnya asalkan dia selesa dengan penampilannya sebegitu. Sebab itulah mereka dianggap seksi dan lebih terbuka!
3. Hubungan Intim Mereka Dikatakan Lebih Hebat
Tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini benar ataupun tidak. Namun kajian yang dibuat oleh Consumer Health Digest mengatakan bahawa lelaki botak lebih berkeyakinan dalam hubungan intim bersama pasangannya. Ini kerana 34% lelaki yang memiliki rambut ada ketikanya terlampau memikirkan soal rambut mereka apabila bangun pagi selepas melakukan hubungan intim sehingga akhirnya mereka tidak fokus kepada pasangan. Lelaki botak pula rasa tidak kisah, malah mereka dikatakan akan bangun pagi dengan wajah penuh kepuasan.
4. Nampak Lebih Jantan
Ramai personaliti terkenal terutamanya luar negara seperti Bruce Willis, Samuel L. Jackson dan ramai lagi selesa dengan penampilan gaya lelaki botak. Malah mereka juga sering diberi peranan hero kerana lelaki-lelaki sebegini tampak lebih sasa dan jantan. Ditambah lagi jika anda memiliki badan yang tegap pasti isteri rasa lebih selesa berada di sisi anda.
5. Penampilan Yang Mudah & Ringkas
Lelaki yang botak juga seorang lelaki yang ringkas kerana mereka tidak perlu pening kepala memikirkan produk penjagaan rambut seperti memakain gel rambut ataupun masalah-masalah rambut seperti keguguran rambut, kelemumur dan sebagainya. Dalam erti kata lain, masa untuk lelaki botak bersiap juga lebih ringkas berbanding lelaki yang miliki rambut.
6. Lebih Terurus & Kemas
Lelaki botak mudah menguruskan penampilannya. Ini kerana dalam apa jua keadaan pun misalnya bangun dari tidur, wajahnya tetap nampak begitu tanpa perlu menyikat rambut. Berlainan dengan lelaki yang memiliki rambut, pasti kusut masai rambut mereka apabila bangun tidur.
7. Prihatin Pada Hal Sekeliling
Disebabkan oleh lelaki berkepala botak sering dijadikan bahan usikan teman-teman di sekeliling, semestinya jiwa mereka seperti sudah lali dan kebal. Secara tidak langsung ini memberi kelebihan buat mereka untuk lebih sensitif dan prihatin terhadap keluhan orang lain.
8. Tidak Cerewet Dengan Penampilan
Berbanding lelaki yang memiliki rambut, mereka sering kali cenderung untuk menghabiskan waktu kerana ingin mempertahankan penampilannya. Sekejap-sekejap nak ke tandas untuk memastikan rambutnya dalam keadaan kemas dan terurus. Orang kata pantang nampak cermin. Kalau lelaki berkepala botak tidak perlu risau tentang semua itu malah mereka juga tidak cerewet dengan penampilan kepala botaknya.
9. Nampak Lebih Matang
Lelaki botak menampakkan mereka mempunyai fikiran yang lebih matang seiring dengan kedewasaannya. Malah lelaki botak juga jelas menampakkan identiti dalam dirinya. Mereka cenderung mengatasi masalah dengan bijak dan mungkin sebab itulah yang membuatkan mereka cepat botak.
10. Kelelakian Mereka Lebih Terserlah
Orang sekelilingnya lebih mudah melihat ekspresi pada diri lelaki berkepala botak ini kerana mereka tidak menjadikan rambut sebagai senjata untuk merapati orang sekeliling. Cukup sekadar bahasa tubuhnya seperti mata, senyuman dan raut wajah yang akan berbicara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kena Tidur Sebantal Dulu, Baru Kenal Pasangan Sepenuhnya

Setakat bercinta, belum tentu akan kenal seseorang. Kena tidur sebantal dulu baru dapat kenal si dia sepenuhnya!
Begitulah hakikat tentang sebuah perhubungan antara suami isteri, banyak benda yang akan buat kita lebih mengenali si dia. Gaduh baik itu, biasa. Memaafkan banyak kali pun satu perkara normal.
Nak lagi faham, jemput baca perkongsian Kedai Runcit Damian yang bercerita tent

ang hubungan suami isteri yang lebih jauh.
Kena Tidur Sebantal Dulu

Pesanan buat yang belum kahwin.
Kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang setelah kahwin dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah. Baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu.
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari, belum cukup untuk mengenali seseorang.
Kahwin Bukan Setakat Halal

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang manis-manis (sampai diabetes katanya), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang indah daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan, siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan amanah dan tanggung jawab yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat’ saja tidak cukup untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Sedia Dengan Keadaan Penat Berganda

Bersediakah kamu, pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi bersabar apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam. Bolehkah kamu tetap tersenyum, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak dan makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.
Apabila kamu membentak marahkan orang tua, kenapa susahkan orang nak kahwin padahal kamu tidak sedar. Ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu bukan mudah sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumah tangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumah tangganya runtuh disebabkan masalah kewangan, tidak faham dan tidak melaksanakan tangung jawab, tiada kepercayaan, persefahaman dan lain-lain, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin. Untuk menjayakan hidup berumah tangga. Cinta saja tak cukup rupanya, barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar, betul apa mak ayah kata “cinta saja tak cukup”.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!


