Bila sudah kahwin kena ingat, isteri bukan orang gaji anda. Zaman sekarang kalau suri rumah pun tetap ramai yang pandai duit tepi.
Berniaga macam-maca dalam online, sama-sama penat kaedahnya. Jaga anak lagi, kemudian siapkan hal rumah tangga bagai bibik. Ya, semua itu dapat pahala tetapi isteri pun ada tahap tenaganya. Kalau penat cepat marah!
Nah, untuk ketahui lebih jauh jemput baca perkongsian Shamsul Faizal ini. Baru anda faham keadaan sebenar tentang orang rumah yang dilihat cuma duduk di rumah.
Isteri Bukan Orang Gaji
Kalau dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tetapi bila balik rumah, si isteri tudung pun tak sempat buka, terus ke dapur. Ambil beras masukkan dalam rice cooker.
Ads
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju-baju masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya. Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone. Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea. Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun. Hari-hari macam ini.
Ads
Bantulah Mana Yang Patut
Hello guys! Isteri dan ibu itu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian pada orang ke?
Anda, lepas makan pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dalam sinki macam itu saja. Boleh patah tulang gamaknya.
Sampah di dapur pun anda tak bleh nak tolong buang. Bila bising, kata kuat berleter.
Ads
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah.
Seorang isteri dan ibu ini, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan, jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa itu kita akan menyesal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas berkahwin kebiasaannya anda akan menjalani aktiviti anda bersama dengan pasangan. Lebih-lebih pada waktu hujung minggu kerana itu lah waktu lapang untuk anda bersama si dia.
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan anda termasuklah dalam hal pemakanan. Ya, ramai orang berpendapat selepas anda berkahwin berat badan anda akan semakin bertambah. Tapi kenapa? Ini sebabnya!
1. Pasangan berkahwin banyak luang waktu bersama
Melakukan aktiviti bersama bukanlah bermaksud melakukan perkara yang buruk, ia termasuk seperti menonton wayang bersama, bersukan, dan shopping bersama. Mesti kalau anda berjalan di kompleks beli-belah dan ada sahaja yang teringin nak makan sesuatu. Jadi, pasangan anda mesti akan join sekali bukan?
2. Tidak mahu membazir
Wanita kebiasaannya selalu tidak menghabiskan makanan dengan baik. Jadi, apabila tidak habis siapa yang akan makan? Tentu sahaja si suami yang terpaksa menghabiskannya kerana tidak mahu membazir.
3. Isteri sentiasa hendak puaskan suami
Pasti anda pernah mendengar pepatah ini “nak bahagiakan suami, mula dari perutnya”. Ramai wanita apabila berkahwin, jadi mereka mula masak macam-macam makanan sedap untuk suami. Sehingga tidak sedar yang berat badan naik secara mendadak kerana menikmati hidangan orang isteri tercinta.
4. Kadang kala makan kerana kecewa
Kebiasaan orang lagi-lagi wanita apabila mereka rasa tertekan atau sedih, salah satu cara yang boleh hilangkannya adalah dengan makanan. Mereka lebih rela melepaskan tekanan mereka dengan makanan dari terus dibelenggu oleh masalah.
5. Mengandung
Tentu sahaja! apabila anda sudah berkahwin mengandung adalah salah satu berita gembira buat anda berdua. Jadi, bila mengandung macam-macam pula makanan yang diidamkan. Sehinggakan mereka sendiri tidak mampu untuk melawan nafsu makan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut sahaja hantaran pasti pihak lelaki lah yang akan pening kepala dan berdebar-debar. Bukan apa, risau juga jika pihak keluarga perempuan minta lebih dari kemampuan si lelaki.
Adakalanya, pihak keluarga perempuan sengaja meletakkan nilai yang tinggi sekadar untuk menguji sejauh mana usaha dari bakal pengantin lelaki. Namun, ianya masih boleh dibawa berbincang. Perlulah ada toleransi dan sepakat antara kedua belah pihak.
Bagi pihak keluarga perempuan pula, tidak perlulah meletakkan nilai yang tinggi. Berpada-padalah dengan kemampuan pihak lelaki. Yang penting, jalankan yang wajib demi memenuhi tuntutan agama.
Pernahkah anda dengar terma hantaran serba berdiri ataupun serba satu?
Disini, kami jelaskan maksud hantaran serba berdiri dan serba satu. Supaya nanti anda tidaklah konpius dengan terma-terma ni.
1) Hantaran serba berdiri
Bermaksud hantaran yang disertai dengan set barangan kemas (emas) dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Antara barang kemas yang perlu ada ialah Anting-anting, rantai, gelang tangan, cincin dan juga gelang kaki.
Jika pihak perempuan meminta hantaran serba berdiri ni, memang semput juga pihak lelaki nak sediakan. Maklumlah, harga satu gram emas sekarang pun sudah mencecah RM198. Kalau serba berdiri, alamatnya perlu ada lebih kurang RM 30, 000 untuk memenuhi permintaan perempuan.
Tapi jika anda mampu, apa salahnya sebagai tanda penghargaan kepada isteri yang dinikahi.
2) Hantaran serba satu
Bermaksud hantaran yang ringkas bagi kelengkapan diri sahaja. Antaranya ialah telekung, wangian, pakaian, selendang dan sebagainya.
Namun, ramai pasangan yang memilih hantaran serba satu kerana ianya sesuai dengan kemampuan kedua belah pihak dan lengkap untuk kegunaan diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah bertunang, maknanya anda dah buat satu ikatan perjanjian dengan seseorang, tak kisahlah sama ada sama ada dulu, dia yang datang melamar awak , atau awak yang datang melamar dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain.
Dugaan bertunang memang banyak. Seperti anda diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik, Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal.
Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan dihias oleh syaitan , lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya, Maka tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan maka terdedahlah satu persatu aib iaitu penceraian dan sebagainya.
#1 Dugaan
Percayalah kebanyakan alasan putus tunang adalah dari perkara yang kecil seperti orang ketiga, cepat terasa dan tidak mahu bertolak-ansur. Iman dan nafsu tonggak utama untuk anda memastikan pertunangan selamat sampai ke hari besar. Bila berdua pasti akan ada perkara ketiga iaitu syaitan, ia akan lakukan apa sahaja untuk meruntuhkan jambatan untuk membina masjid baru. Beringatlah dugaan yang datang ialah kesan dari iman yang nipis dan lemah.
#2 Refleksi diri
Jangan terlalu cepat untuk membuat tohmahan. Kenapa ingin bersama dengan si dia buat selamanya jika anda tidak tahan untuk tempoh pertunangan? Anda punya masa yang panjang untuk berfikir dan perkara yang paling terbaik ialah berbincang dengan pasangan. Biar sama-sama mengenali kelemahan diri supaya dapat diperbaiki sebagai persediaan rumah tangga.
#3 Redha
Sekalipun hubungan pertunangan tidak dapat diselamatkan langsung cukup dengan mengenang jangan menjaja.Perkara ini bukan anda sahaja yang menanggung jadi bukan hati anda sahaja yang sakit kecewa. Jika anda percaya pada qada dan qadar pasti segala kesulitan hati dapat diserahkan dengan tenang. Lepaskanlah perkara yang pahit itu tak perlu lagi dipendam menjadi dendam.
#4 Move On
Bertunang adalah fasa yang paling rapuh sekali sebab itulah anda akan kerap kali mendengar ucapan ‘hati-hati bila berdarah manis’ kerana ia benar. Ringkasan tentang dugaan bertunang adalah datang dari sikap, tindakan, kelakuan anda sendiri. Tiada siapa yang paksa anda untuk mengeruhkan hubungan melainkan anda dengar nafsu godaan syaitan. Kalau anda tidak sanggup meredah dugaan dan menebalkan iman ketika bertunang jadi bersediakah anda untuk ke alam perkahwinan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!