Untuk bakal pengantin yang baru first time nak pakai kanta lekap di hari bahagia anda, tips ini mungkin dapat membantu.
Jangan pakai kanta lekap lebih lama daripada yang sepatutnya. Jika kanta lekap anda jenis bulanan, jangan guna lebih daripada tempoh yang ditetapkan. Jika anda menggunakan kanta lekap jenis harian, jangan guna semula kanta lekap yang sama setelah anda menanggalkannya walaupun kanta lekap anda masih baru lagi.
Basuh tangan. Pastikan anda basuh tangan dengan bersih sebelum memegang kanta lekap anda. Jangan pegang bahan yang berminyak atau sarat dengan wangian sebelum menyentuh kanta lekap anda.
Ads
Tercampur. Pastikan anda tidak tercampur antara kanta sebelah kanan dan kiri.
Cabut kanta. Basuh tangan dulu, jangan lupa.
Ads
Bersihkan kanta. Gunakan solusi yang dikhaskan. Jangan guna solusi lain. Gosok-gosok sikit. jangan guna air paip! Guna air liur pun tak boleh tau.
Bekas kanta lekap. Seperti kanta lekap anda, bekasnya pun perlu selalu dicuci.
Ads
Mata rasa tidak selesa. Jika mata anda berasa tidak selesa selepas memakai kanta lekap, buka dan cuci sedikit menggunakan solusi khas.Jika masih berasa tidak selesa, cabut dan guna kanta baru. Jika mata anda merah dan masih sakit walaupun tanpa menggunakan kanta lekap, jumpa doktor mata.
Mekap. Pakai kanta lekap anda sebelum menggunakan mekap di bahagaian mata.
Kadangakala sifat seseorang lelaki sukar untuk diduga. Mereka sering merahsiakan isi hati daripada meluahkannya kepada wanita. Namun, sekiranya seorang wanita dapat memahami lelaki itu dengan baik, pasti hubungan anda berdua akan bertambah erat dan perasaan kasih sayang semakin berbunga.
Agar mudah untuk wanita tahu apa yang seorang lelaki inginkan daripada anda, ayuh tengok 10 perkara ini.
1. CUBA MEMAHAMI
Cuba faham sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian sesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik anda cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda asalkan ia tidak bertentangan dengan agama dan budaya.
2. TERIMA SEADANYA
Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki bukan mengubah lelaki menjadi orang lain. Jika seseorang wanita itu mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai wanita tersebut. Terima lelaki seadanya seperti mana dia sudi menerima anda.
3. SALING MEMPERCAYAI
Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya sukar dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.
4. CUBA MEMUJUK
Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain. Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri.
5. JANGAN MERENDAHKAN MARTABAT LELAKI
Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Ini akan membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.
6. BERILAH RUANG
Seorang lelaki juga memerlukan ruang tersendiri. Mereka kadangkala memerlukan masa bersama teman-teman dan menghabiskan masa bersama. Jangan terlalu mengongkong hidup mereka kerana perkara ini cukup tidak disukai oleh lelaki. Berikan ruang dan masa untuknya bersendiri dan bersama rakan-rakan melepak serta membuat aktiviti kegemaran mereka.
7. BERIKAN PENGHARGAAN
Lelaki juga ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai dengan senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk membuatkan hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas di pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucapkanlah terima kasih. Penghargaan sedemikian dapat menimbulkan rasa cinta anda terhadapnya. Lihatlah! Pasti dia tidak jemu-jemu untuk membantu anda lagi di lain kali setelah melihat sifat anda yang sering menghargainya.
8. RASA HORMAT
Lelaki perlukan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar-benar memahami dia. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada wanita. Bertolak-ansurlah. Hormat yang dimaksudkan di sini ialah anda hormat dengan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan anda terhadapnya. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda itu.
9. BERIKAN GALAKAN
Lelaki juga suka mendapat galakan daripada seorang wanita, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situasi yang genting atau sedang bersedih, cubalah berikan mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak!
10. BERSOPAN-SANTUN
Bercakaplah dalam nada yang lemah-lembut dan penuh sopan-santun. Lelaki cukup suka pada wanita yang mempunyai ciri-ciri ini. Wanita yang mempunyai sifat ini akan membuatkan lelaki mudah jatuh hati dan tertawan dengannya. Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawan jantinanya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada orang sanggup menjatuhkan orang lain semata2 nakkan manfaat dan kepentingan diri sendiri. Memang kalau diikutkan kata hati, nak saja menyumpah seranah individu yang sebegini. Tapi sebagai umat Islam, tidak baik kita mendoakan keburukan walau dalam apa jua situasinya.
Nabi S.A.W bersabda; ” Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkut di atas awan Allah berfirman: Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama).”
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih.
Jika menghadapi situasi begini, apa agak2nya yang boleh kita lakukan. Memang la senang bagi sesetengah orang menasihati kita supaya bersabar, tapi sejauh manakah kesabaran kita ini mampu bertahan dengan kerenah manusia yang suka menganiaya orang lain.
Selalu dalam drama yang kita tonton, doa orang yang teraniaya ini pasti akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T samaada cepat atau lambat. Namun apa yang ditonjolkan harus kita sedari bahawa doa2 itu tidak menjurus kepada doa2 yang tidak baik. Contohnya “semoga dia mati dilanggar lori” atau “semoga keturunannya terseksa” dan macam2 lagi.
Kita boleh berdoa agar ia menjadi sesuatu pembalasan atau berdoa agar individu ini kembali ke jalan yang benar…
Pertama, kita boleh memohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan penganiayaan dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah buat diri kita.
” Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ”
Kedua, kita juga boleh berdoa untuk pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan pada kita.
” Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. ”
Dan yang ketiga, Biarkan Allah membalas perbuatan mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.
Pernah menonton ceramah dato’ siti nurbayah bersama suaminya dalam rancangan semanis kurma:
“jika kita ada berdosa sesama manusia dan tidak sempat memohon maaf, maka segala kebaikan dan pahala kita akan diberikan kepada insan yang kita zalimi, dan jika masih tidak cukup untuk menebus kesalahan kita, maka kita harus menanggung segala dosa insan yang kita zalimi itu.”
Jadi dalam apa jua yang kita lakukan atau apa jua yang ingin kita kecapi, janganlah sampai kita menganiaya orang lain secara langsung atau tidak langsung dan sentiasa saling bermaaf-maafan agar kita terhindar dari azab di akhirat kelak.
Memiliki rumah tangga yang sakinah mawadah warahmah merupakan dambaan bagi siapa saja yang telah berkahwin, tetapi kita selalu mengalami kesukaran bagaimana untuk menterjemahkannya dalam kehidupan seharian kita.
Ketika berinteraksi dengan pasangan kita, biasakanlah menggunakan 3 ayat ini, yakni Minta Tolong, Minta Maaf dan Terima kasih.
Biasakan diri untuk menggunakan ayat “minta tolong” ketika suami menyuruh isteri atau sebaliknya seorang isteri menyuruh suami untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Nampak macam biasa sahaja tetapi ayat “minta tolong” akan memberikan pengaruh yang besar terhadap komunikasi antara suami isteri.
Ayat “minta tolong” menunjukkan bahawa ada penghargaan yang sangat tinggi terhadap pasangan kita, sehingga rasa direndahkan tidak akan timbul pada pemikiran pasangan kita. Yang muncul adalah rasa saling melengkapi, kerana suami isteri adalah teman hidup sepanjangan kehidupan kita.
Biasakan memberikan ucapan “terima kasih” kepada pasangan kita apabila pasangan kita telah melakukan sesuatu yang kita anggap sangat bermanfaat bagi kita. Ucapan “terima kasih” juga digunakan sebagai satu pelengkap kepada ayat “minta tolong” kepada pasangan kita.
Jangan pernah jemu atau bosan ucapkan kata “terima kasih” untuk pelbagai urusan antara kita dan pasangan.
Contohnya : “Terima kasih Sayang sudi membukakan pintu” ucap suami, kemudian dibalas oleh Isteri “Terima kasih sayang kerana membelikan barang yang diminta”.
Biasakan untuk menggunakan ayat “minta maaf” apabila terjadi perselisihan dengan pasangan kita yang mengakibatkan terjadinya pertengkaran.
Kata “minta maaf” tidak sesekali pernah merendahkan si pengucapnya, sebaliknya akan menjadi penyejuk ketika hubungan dengan pasangan kita sedang tegang.
Jangan biarkan apabila ada masalah dalam keluarga dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian sehingga mengakibatkan pertengkaran dan tidak bertegur sapa.
Apabila ketiga-tiga ayat tersebut menghiasi kehidupan seharian kita berumah tangga, maka yakinlah akan terlahir sebuah rumah tangga yang sakinah, mawadah dan warahmah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...