Menurunkan berat badan memerlukan banyak pengorbanan, dari segi pemakanan, masa juga senaman menjadi tunjang utama kejayaan diet anda. Demi mendapatkan bentuk badan dan berat idaman, di sini kami kongsikan perkongsian mudah untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan senaman dan diet. Ikuti perkongsian langkah mudah bersenam dari Zul Syafiq Jasni dan menu diet Aina Yazit agar menjadi panduan anda untuk menurunkan berat badan. Selamat mencuba!
Dalam perjalanan nak turunkan berat badan ni, bukan seperti pertandingan lumba lari, bukan lihat pada betapa kuatnya kita berMarathon.
Kawan-kawan, Let be realistik gais, ia perlukan proses yang panjang untuk menjadi gaya hidup yang sihat.
Disini saya kongsikan 7 tip ringkas bagi yang nak mulakan senaman.
1. Mula dengan perlahan. Jika sukakan Aerobic workout seperti zumba, cari level untuk beginner yang boleh buat kita bernafas dengan baik sepanjang sesi senaman.
2. Pilih waktu yang sesuai untuk bersenam. Ada orang suka waktu pagi dan ada yang suka waktu petang. Tak kisah pun pagi ke petang. Yang penting set masa bersenam untuk jadikan habit. Once dah jadi habit lama kelamaan akan jadi gaya hidup kita gais.
3. Bawa air masak bersama. Bila mula bersenam ni kan, banyak sangat peluh yang akan keluar jadi kita perlukan air untuk kurangkan dehidrasi.
4. Santai tetapi konsisten. Tak perlu dalam sehari tu buat 1 atau 2 jam secara berterusan. Akhirnya tercedok juga kerana masalah DOMS (sakit otot selepas bersenam), lebih baik bersenam selama 15 minit setiap sesi tetapi konsisten.
Ads
5. Gunakan pakaian yang ringan (Dry-Fit) untuk pengudaraan yang baik. Pilih kasut yang sesuai tak terlalu berat dan mempunyai tapak yang fleksible (tidak keras) untuk beri keselesaan pada kaki.
6. Tak perlu fokus dengan satu rutin sahaja. Selang-selikan kardio dan senaman bebanan.
7. Pastikan perut kita selesa sebelum memulakan senaman. Boleh ambil susu, pisang, oat, telur rebus,roti atau yogurt elakkan makan berat sebelum senaman gais.
Begitulah,
Semoga permulaan ini membawa perubahan yang besar buat diri kita
Zul Syafiq Jasni
Ayuh mulakan gais!
Ads
Ini pula menu diet cadangan yang boleh anda tiru sekiranya bosan dengan menu sedia ada. Selamat mencuba.
.
Assalammualaikum from previous post ada yang minta saya sharekn breakfast meal saya yang selalu saya buat… so harini saya nak sharekn antara jenis oat, peanut butter and jam yang saya guna sepanjang 5 tahun ni dari saya mula berdiet sampai lh sekarang dan antara oatmeal yg saya buat… saya jenis suka breakfast makanan2 manis sbb tu breakfast saya kalau you guys tgk kebanyakknnya jenis manisan.Saya suka guna oat jenis quick cook sbb bila masak kita punya oat akan jadi creamy and saya sarankn you guys masak oat dgn susu dan air nanti you guys punya oat akan jadi more creamy.
.
.
Ads
.
Pada pendapat saya, saya lebih suka peanut butter brand Jiff sbb dia ada rasa lemak2 manis sedikit. Kalau brand Yogood saya kurang sikit sbb rasanya agak blend begitu juga dgn steffi.. so bagi saya 1st Jiff, 2nd steffi and last Yogood… hehehe tapi kalau you guys suka takde masalah ikut cita rasa masing-masing.Toast pon antara favourite breakfast saya juga… cara saya buat toast, saya bakar dulu 2 keping Roti wholemeal, then saya sapukn dgn peanut butter and strawberry jam, tutup roti then drizzle kn dgn sedikit madu… jadi lh dia PB&J Toast!ataupon sapukn dgn peanut butter then taruk pisang slice kemudian katupkn dgn roti, sedapppp
.
.
.
.
Ini lh antara breakfast saya.. tak prnh jemu sebab sedap asal bila malam je x sabar nk tunggu esk pagi nk buat breakfast hahaha.Hope this posting can help you guys variety kn you guys punya breakfast meal. Rich, healthy, and delicious breakfast.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung siapa yang pandai ‘sayang’ duit. Betul kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpanan yang dibuat sejak awal sangat membantu di kala ekonomi sedang ‘sakit’ kini. Mujur pihak kerajaan memperkenalkan moratorium. Walaupun hanya penangguhan bayaran balik pinjaman tetapi sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat.
Tapi pelik juga bila sejak PKP Mac lalu ramai yang tukar kereta baru, ubahsuai rumah, beli barang-barang berjenama. Andai mereka memilih untuk membelanjakan wang moratorium itu dengan pembelian yang membazirkan, lebih baik cepat-cepat sedar kerana ini bukan masanya untuk tayang kehebatan harta benda.
Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management di CIMB, Puan Munirah Khairuddin berkongsi ilmu kewangan yang patut kita semua ambil berat.
“Saya amat bersimpati dengan situasi yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. Pada saya, menyimpan dan melabur sama penting lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang dimana kita dilanda pandemik.”
SIMPANAN:
mengenepikan wang yang dimiliki untuk perbelanjaan seharian kecemasan atau bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Maksudnya, wang ini boleh kita pakai atau guna serta merta. Simpanan ini tidak ada sebarang risiko kerana nilainya tidak bertambah.
PELABURAN:
Memperuntukkan wang di mana nilainya akan meningkat dalam satu jangka masa ditetapkan; khususnya untuk MASA HADAPAN. Contohnya, pembelian aset seperti saham, bon, dana unit amanah atau mutual fund, dan hartanah atau property.
“Sekiranya seseorang itu masih mempunyai pendapatan tetap dan stabil, mempunyai simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kecemasan, serta mempunyai lebihan wang, maka saya syorkan agar mereka melabur dalam dana unit amanah.
Ini kerana melabur dalam situasi kita dilanda pandemik ini tidak akan memberikan kesan negatif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai potensi pulangan atau penambahan nilai kepada wang kita pada masa hadapan.
Menurut Puan Munirah lagi, sebaik-baiknya duit moratorium digunakan untuk menambahkan lagi simpanan dan menggunakan peluang ini untuk pelaburan. Ini kerana apabila berakhirnya moratorium, pulangan dari simpanan atau pelaburan jangka masa panjang dapat digunakan untuk tujuan menampung segala kekurangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah tangga yang dibina dengan tolenrasi dan saling memahami antara satu sama lain boleh menjadi magnet pelekat bahagia. Ia penting bagi merapatkan hubungan suami isteri sekali gus mengukuhkan institusi kekeluargaan.
Kemesraan perlu dikekalkan agar hubungan yang dibina tidak hambar sehingga membawa kepada perselisihan faham ataupun kasih menjadi semakin pudar yang akhirnya menjurus kepada penceraian. Tidak kira pasangan lama ataupun baharu, setiap pasangan berhak untuk mendapatkan kasih sayang dan bajai rumah tangga dengan kebahagiaan.
Jika anda sayangkan pasangan, lakukan 15 tip mudah ini untuknya. Pasti rumah tangga anda berdua kekal romantis dan bahagia seperti baharu berumah tangga
1. Walau apa yang terjadi, jangan pernah berhenti untuk berdoa kepada Tuhan agar diberi rumah tangga yang diberkati dan sentiasa disayangi pasangan.
2. Tingkatkan romantis dengan sama-sama menyediakan juadah makanan dan saling makan bersuapan dengan pasangan.
3. Usah lokek untuk memuji pasangan agar dia tahu anda prihatin terhadapnya sekali gus meningkatkan rasa perhargaan anda buat pasangan.
4. Beralah dan segera memujuk pasangan jika berlaku perselisihan faham serta jangan biarkan anda berdua tak bertegur sapa dalam tempoh yang lama.
5. Ucapan terima kasih walaupun nampak simple tapi buat pasangan rasa dihargai dan berbesar hati.
6. Simbahi kasih sayang dengan sentiasa mengungkapkan kata-kata romantik kerana ‘ yang sentiasa ada taman mampu menyemarakkan lagi rumah tangga.
7. Peluklah pasangan tujuh kali sehari kerana ia mampu memupuk kemesraan dan mengukuhkan anda berdua dalam satu ikatan yang erat.
8. Jangan halang atau ganggu pasangan melakukan hobi yang digemarinya dan beri sokongan buatnya walaupun anda sekadar menemani.
9. Duduk berdua dalam rumah bukan alasan untuk anda tidak mahu bersiap dan berpenampilan kemas dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Ia penting agar pasangan tak jemu memandang anda.
10. Jagalah maruah pasangan dan jangan aibkan pasangan ketika di hadapan keluarga atau rakan-rakannya.
11. Belikan hadiah yang pasangan boleh guna setiap hari seperti beg tangan, kasut, pakaian atau dompet agar anda tahu yang pasangan menghargai pemberian tersebut.
12. Jadilah seorang pendengar yang baik dan jangan jemu untuk menadah telinga anda mendengar segala keluhan atau ceritanya walaupun ia agak membosankan.
13. Bijaklah mengambil hati pasangan dengan sentiasa mempamerkan keprihatinan anda kepadanya seperti menegur pasangan, “Kenapa nampak letih hari ni? atau “Sudah makan?”.
14. Usah membebel jika pasangan sesat ketika memandu dan jangan ganggu pemanduannya untuk dia ikut jalan pintas yang anda tahu.
15. Fahami jika pasangan ingin bersendirian jika berdepan dengan masalah, janji dia maklumkan kepada anda tempoh yang dia perlukan untuk bersendirian.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pesan Dato’ Azizulhasni Awang, bila sudah berumah tangga, suami kena guna romantik pada tempat dan waktu yang betul. Bukan buat setiap masa dan tayang sana sini.
Maklumlah, zaman sekarang semua orang post di medsos. Nak buat kenangan katanya, namun betul ke tindakan ini?
Okay jemput baca perkongsian dan padangan “The Pocket Rocketman” ini berkenaan hubungan suami isteri yang sebaiknya.
Pesan Dato’ Azizulhasni Awang
Sejujurnya saya ini bukanlah romantik mana pun. Kalau nak ikutkan, saya ini komando punya style. Tegas, keras dan hati kering. Pada kebanyakan masa saya cuba juga untuk imbangkan dengan kelembutan dan tolak ansur terutamanya bila dengan anak-anak. Akan tetapi ada juga waktunya bila mana komando tu terlebih-lebih isipadunya.
Isteri saya ni selalu juga cakap nak itu nak ini, bagi macam-macam hint sampaikan dia selalu juga cakap saya ni tak romantik. Saya pekakkan telinga je lah bila kena sound macam tu. Sebab orang lelaki kan penyabar dan lebih bijak.
Seperti acara Keirin, kita kena ada perancangan yang teliti dan penuh dengan taktik untuk menewaskan pihak lawan. Jadi, dalam soal ini, pada percaturan saya, kalau kita selalu sangat over romantik, effect dia akan berkurangan. Tak payah pergi jauhlah, dalam penulisan pun tanda seru (!) hanya digunakan pada waktu yang tertentu sahaja. Kalau! Kita! Guna! Terlalu! Kerap! Dia! Akan! Jadi! Sakit! Kepala! Pulak! Kan?!
Walaubagaimanapun, we have to give credit when it’s due. Bila sampai waktu dan ketikanya, baru lah saya melakukan henjutan. Bagi saya, it’s all about timing. Bila henjutan dilakukan tepat pada waktunya, pihak lawan tidak dapat mengejar dan tidak sempat untuk memotong kita di garisan penamat, terus kita menjadi pemenang. Faham? Tak faham juga ke?
Guna dan Keluarkan Pada Waktu yang Tepat
Baik, bila sampai waktu dan ketikanya, saya akan keluarkan sifat romantis tu. Bukan tak ada, tetapi orang lelaki ni lebih gemar simpan romantik dia dekat hempedu. Bila romantik itu digunakan pada tempat dan waktu yang betul, maka effect dia akan jadi berganda-berganda. Barulah hati si isteri berbunga-bunga. Senyum pun sampai ke telinga. Percayalah nanti si isteri mesti akan bagi ungkapan “romantik juga you ni erk”. Tips saya, bagi jelingan maut, sengetkan sebelah je mulut dan jawab “I malas nak tunjuk je” sambil angkat kening dua kali.
Akan tetapi ada beda antara romantik dan kewajipan. Romantik tu benda yang si suami boleh play around ikut citarasa. Tetapi kewajipan adalah benda yang telah termaktub dalam hukum. Satu lagi perkara yang penting saya nak kongsi berdasarkan pengalaman peribadi sendiri. Kita ni janganlah nak berkira sangat dengan isteri. Insan yang jaga makan minum kita, mendidik dan besarkan anak-anak kita dan sebagainya. Kalau kita buat semua ini kerana mencari keredhaan Allah swt, nescaya Allah akan melimpahkan dengan pelbagai kebaikan di dunia dan akhirat.
Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah 261).