Selepas majlis bertunang, bukanlah bermakna pasangan telah menjadi hak milik anda. Jangan anggap selepas bertunang terus dapat ‘pasport’ untuk berkepit ke sana sini. Jaga batas susila kita sebagai orang Islam. Dalam tempoh bertunang jagalah kemanisan itu hingga sampai waktu anda diijabkabulkan.
Berikut antara pantang larang yang logik anda ikut untuk kebaikan diri.
1.Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. Ia untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Selain itu ia menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah bakal pengantin lebih berseri .
2. Jangan bebas keluar ke mana-mana – ia untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. Selain itu menghalang dari melakukan perkara tidak baik semasa dalam tempoh pertunangan.
3.Elakkan minum air bergas kerana tidak baik untuk kesihatan. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
4.Elak mandi di waktu malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Ads
5.Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
6.Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap. Ia tidak baik untuk organ seks kerana darah tidak mengalir( lelaki).
7.Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin untuk mengelakkan perut buncit.
8.Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana mengandungi banyak toksid.
Ads
9. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
10.Elakkan terkena cahaya matahari dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
11. Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan.
Ads
12. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
13.Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
14.Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
15. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana dikhuatiri perkara tidak diingini berlaku kepada bakal pengantin yang berdarah manis.
Bagaimanakah kedudukan saf yang betul apabila seorang isteri solat berdua bersama dengan suaminya?
Jawapan :
Isu ini disebutkan oleh para fuqaha apabila mereka membincangkan berkenaan susunan saf di dalam solat yang melibatkan orang lelaki, perempuan, khunsa, serta kanak-kanak. Di antara dalil yang menjadi madar (ruang lingkup) perbahasan berkaitan isu ini adalah sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A yang menyatakan :
Maksudnya : Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah menjemput Rasulullah S.A.W memakan makanan yang telah dimasaknya. Maka baginda pun menjamu makanan tersebut lalu bersabda : Bangunlah untuk aku bersolat bersama kamu semua. Kemudian Rasulullah S.A.W berdiri untuk solat, lalu baginda meletakkan aku dan seorang anak yatim di belakangnya, dan perempuan tua (nenek) di belakang kami. Kemudian baginda solat dua rakaat bersama kami dan seterusnya beredar.
Riwayat Al-Bukhari (380)
Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa faedah yang boleh dikeluarkan seperti berikut:
Hadis di atas menunjukkan kepada keharusan solat sunat secara berjamaah.
Galakan kepada penghuni rumah untuk mengambil berkat dengan kehadiran orang soleh dan ahli ilmu dengan menunaikan solat di dalam rumah mereka.
Baginda S.A.W mahu mengajarkan kepada mereka pergerakan-pergerakan solat.
Begitu juga diajarkan pergerakan solat kepada orang perempuan. Ini kerana, sangat sedikit dan terbatas pergerakan solat yang dapat mereka pelajari daripada Rasulullah ketika di masjid. Maka apabila baginda solat di rumah Mulaikah ini, beliau dapat melihat pergerakan solat, mempelajarinya, dan seterusnya mengajarkan kepada orang lain.
Hadis ini juga menunjukkan sahnya solat kanak-kanak yang mumayyiz.
Hadis di atas turut menjelaskan bahawa kanak-kanak juga turut mempunyai tempat di dalam saf.
Begitu juga orang perempuan berdiri di belakang orang lelaki semasa solat.
Demikianlah beberapa faedah daripada hadis yang diistinbatkan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis di atas. Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (5/293).
Justeru, dapatlah difahami bahawa jika seorang perempuan itu menjadi makmum kepada orang lelaki, sama ada lelaki tersebut adalah ayahnya, abang, adik, atau suaminya, maka kedudukan saf bagi wanita itu adalah di belakang imam. Ini juga bertepatan dengan nas yang turut diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A yang mengatakan :
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W solat dengannya (Anas) bersama dengan ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami.
Riwayat Muslim (1056)
Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya yang hadir mengerjakan solat itu terdiri daripada orang lelaki, kanak-kanak, golongan khunsa, serta orang perempuan, maka didahulukan orang lelaki, kemudian kanak-kanak, kemudian golongan khunsa, kemudian orang perempuan. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al Nawawi (3/132).
Di dalam kenyataannya yang lain Imam Al-Nawawi mengatakan: Para ashab kami mengatakan: Kesemuanya ini (susunan solat) hukumnya adalah mustahab (sunat) dan menyelisihinya adalah makruh namun tidak membatalkan solat.
Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya Al-Hawi Al-Kabir (2/340) menukilkan kenyataan Imam Al-Syafie yang berkata: Apabila seorang lelaki menjadi imam, maka makmum (lelaki) berdiri di bahagian kanannya. Sekiranya makmum tersebut merupakan khunsa musykil atau perempuan maka setiap seorang dari mereka berdiri di belakangnya (imam) secara bersendirian.
Sekiranya seorang lelaki menjadi imam kepada seorang sahaja wanita, maka perempuan tersebut berdiri di belakangnya dan bukannya di sebelahnya. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W :
Maksudnya : Sebaik-baik saf orang lelaki adalah yang paling depan dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling akhir. Manakala sebaik- baik saf orang perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk-buruk saf bagi mereka adalah yang paling hadapan.
Riwayat Muslim (440)
Kesimpulan
Setelah kami mengemukakan beberapa pendapat para fuqaha berserta dengan nas-nas syarak di atas, maka kami menyatakan bahawa sekiranya seorang wanita solat bersama suaminya secara berjamaah, maka kedudukannya adalah di belakang suaminya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama. Ameen.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resdung adalah radang pada lapisan membran meliputi dinding ruang sinus.
Ia berpunca daripada jangkitan kuman atau virus, alergi atau kelemahan sistem imun badan seseorang.
“Keadaan ini menyebabkan pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada persekitaran seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.
“Apabila ini berlaku penghidap resdung akan mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini banyak berlaku terutama waktu pagi,” katanya.
Walaupun gejala ini tidak mendatangkan masalah serius tetapi ia memberi kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri seseorang.
Bayangkan apabila selesema berlanjutan tanpa mengira waktu. Sudah tentu ia mengganggu rutin harian di pejabat. Cecair kerap mengalir menerusi hidung, mata menjadi merah dan telinga berasa gatal.
Rawatan
Resdung boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan seperti antibiotik, antihistamin atau ubat analgesik bagi mengurangkan radangan. Selain meminimumkan alahan, ubat-ubatan ini berfungsi untuk membuka ostia (ruang) tersumbat.
Kebanyakan sinus dapat diredakan dengan rawatan menerusi antibiotik yang berfungsi untuk membunuh kuman yang sedang membiak.
Sebaliknya, jika tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan, pesakit perlulah dirujuk kepada pakar.
Menurutnya, pakar ENT akan menggunakan endoskop dan meletakkan ubat-ubatan di pintu ostia terus masuk ke rongga hidung untuk membuka ostia ini.
Bagaimanapun, sekiranya prosedur ini tidak berjaya, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil iaitu dengan menusuk jarum masuk ke dalam rongga sinus maksila dan menyembur air untuk mengeluar dan membasuh rongga sinus. Melalui kaedah ini, ia dapat melegakan sakit yang dialami serta-merta dalam tempoh 24 jam.
Selain itu kaedah terbaru dalam rawatan sinus menerusi pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan endoskopi sinus untuk membesarkan pintu ostia.
Menerusi kaedah ini, doktor dapat melihat lebih dekat pintu ostia dan faktor penyebab resdung. Ini kerana punca-punca inilah yang menyebabkan ostia tersumbat. Kaedah pembedahan ini bukan saja dapat membuka ostia menjadi lebih besar, malah ia dapat membesarkan pintu ini supaya ia tidak tersumbat lagi.
Jika tidak dirawat resdung akan memberi kesan serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau dewasa.
Antaranya boleh merebak ke dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan rumahtangga bukan hanya aku aku dan kau kau tapi kita iaitu bersama-sama dalam melakukan setiap perkara. Namun sering si isteri rasa bersalah, apakah hukumnya si isteri menyuruh suami untuk buat kerja rumah?
Soalan :
Berdosakah saya menyuruh suami membuat kerja-kerja rumah kerana saya dalam keadaan tidak sihat?
Jawapan :
Kehidupan rumah tangga adalah satu perkongsian hidup antara suami isteri. Oleh itu tidak salah dan tidak berdosa sekiranya isteri meminta bantuan suami untuk membuat kerja-kerja rumah dengan jujur tanpa niat hendak memperhambakan suami.
Sementara suami pula sekiranya isteri dalam keadaan tidak sihat wajiblah dia membantu isterinya itu. Sekiranya dia membiarkan isterinya melakukan kerja-kerja berat sehingga memudaratkan isteri, maka dia dianggap telah menganiya isteri.
Contohilah Rasulullah kerana baginda merupakan manusia yang paling baik melayani isteri.
Dalam masa yang sama, isteri hendaklah meminta bantuan suami dengan menggunakan kata-kata yang lembut supaya suami tidak merasakan ia suatu arahan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!