Menjelang majlis perkahwinan yang bakal tiba, sebaiknya bakal pengantin jagalah kesihatan agar tampil segar nanti. Makanan dan minuman yang anda ambil sebelum tidur mempengaruhi kualiti tidur anda di malam hari. Maka, penting bagi anda untuk memerhatikan pengambilan makanan dan minuman yang tepat agar anda mampu tidur nyenyak setiap malam.
Hindari kopi, soda dan minuman bertenaga
Kesan kafien pada setiap orang berbeza-beza bergantung pada tingkat sensitiviti seseorang terhadap kafein. Meski begitu, secara umum kafein ialah hal paling utama yang perlu anda hindari jika ingin tidur nyenyak. Ini kerana, kafein merupakan memberi rangsangan yang boleh membuat anda terus terjaga.
Kafein boleh didapati pada kopi, teh dan coklat. Minuman soda dan berenergi juga sering kali mengandung kafein.
Jadi, jika anda ingin mendapatkan tidur nyenyak setiap malam, hindari mengambil segala jenis kafein setidaknya enam jam sebelum waktu tidur anda. Namun, apabila anda tergoda untuk menyedut secangkir kopi, cari cara lain untuk mengatasi rasa ngantuk tersebut seperti jalan-jalan, melakukan regangan atau minum segelas air putih.
Ads
Batasi alkohol
Meski sedikit alkohol boleh membuat anda merasa rileks dan mengantuk, terlalu banyak minuman ini bukan idea baik supaya anda boleh cepat tidur. Ini kerana, proses metabolisme dalam tubuh akan berjalan cepat ketika anda minum alkohol. Akibatnya, proses tidur anda jadi terganggu kerana anda akan terbangun tiap beberapa saat. Tidak hanya itu, alkohol juga dapat menyebabkan anda berdengkur teruk ketika tidur yang tentu saja boleh mengganggu kualiti tidur anda.
Pengambilan makanan tinggi karbohidrat
Berdasarkan hasil kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, menemui bahawa makan malam kaya karbohidrat akan membuat seseorang tertidur lebih cepat. Ini kerana, makanan tinggi karbohidrat boleh meningkatkan kadar serotonin dalam tubuh yang membuat anda jadi lebih rileks.
Ads
Sereal dengan susu atau roti gandum merupakan pilihan makanan terbaik yang boleh anda ambil sebelum tidur. Namun ingat, pilihlah makanan tersebut dengan bijak. Misalnya, makanlah serial dan susu yang rendah lemak atau tanpa lemak.
Ads
Minum jus ceri
Pilihan lain bagi anda yang mungkin tidak menyukai susu panas ialah minum jus ceri atau buah ceri segar sebelum tidur. Penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Medicinal Food menemui bahawa minum jus ceri atau buah ceri boleh membantu seseorang mendapatkan tidur nyenyak.
Hal ini kerana buah ceri mengandungi melatonin yang tinggi, iaitu zat yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh untuk membantu mengatur berbagai fungsi tubuh, termasuk tidur.
Atur bahagian makanan dan jam makan
Supaya anda mendapatkan tidur yang lebih nyenyak di malam hari, penting untuk memerhatikan jam dan bahagian makan yang tepat. Makan terlalu sedikit di siang hari akan menyebabkan anda kelaparan teruk di malam harinya, yang akan membuat anda jadi makan terlalu banyak dan berisiko mengalami gangguan pencernaan ketika tidur. Sedangkan apabila anda makan terlalu sedikit di malam hari akan membuat anda sering terbangun kerana kelaparan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sudah mendirikan rumahtangga, kenapa masih tak setia? Kau ingat perkahwinan ni satu permainan ke? Setia bergantung kepada hati masing-masing. Kita sendiri kena cuba belajar utk menjadi seorang yang setia.
Berikut merupakan 6 langkah utk terus setia dgn pasangan :
1. Bawa Beringat
Ingatlah bahawa pasangan kita adalah kurniaan daripada Allah yang tak mudah untuk dimiliki.
2. Sentiasa Memaafkan
Ingat kebaikan pasangan, sentiasa memaafkan keburukan dan kekurangan pasangan.
3. Sentiasa Yakin
Yakin bahawa kesetiaan adalah salah satu bentuk harga diri kita yang berharga.
4. Jangan Pendam
Jika ada masalah, suarakanlah pada dia dan jangan simpan
di dalam hati.
5. Jaga Komunikasi
Sentiasa menjaga komunikasi dengan pasangan. Jika tidak mempelajari komunikasi dengan baik, yang terjadi adalah kerenggangan dalam perhubungan
6. Sentiasa Berdoa
Berdoa pada sang pemilik hati: “Ya Allah, jadikanlah hamba orang yang selalu menjaga kesetiaan dengan pasangan hamba.”
Sumber : awantona
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara tanggungjawab penting yang suami perlu jaga adalah bab pemberian nafkah. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri meskipun isteri bekerja. Jadi jumlah nafkah tersebut terpulang kepada hasil perbincangan suami isteri. Isteri perlulah juga bertimbang rasa seandainya nafkah yang diberi tidak mencukupi.
Perkongsian menarik ini sangat memberi inspirasi. Idea dari Maryam Elyas boleh anda praktikkan bersama suami.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Sebak rasa bila benda ni sampai kat tangan. Sebak sebab inilah hasil menabung nafkah duit selit yang suami bagi.
Sikit, sikit, CikYam simpan. Nafkah CikYam bukan dapat selepuk. CikYam kumpul dengan penuh kesabaran. Bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi makan tahun weh!
Orang lain mungkin boleh tergerak hati nak beli, terus beli. CikYam tak macam tu. Bukan orang senang. Rezeki masing-masing, kan? CikYam menabung hasil Mr Mama niaga burger dan buat servis angkut sampah.
Serius, bukan nak menunjuk. Just nak share inspirasi menabung nafkah duit selit. Kalau kira mampu ke tak, memang CikYam sikit pun tak mampu beli emas. Mr Mama pun takkan mampu belikan CikYam rantai impian.
Last CikYam gi kedai emas masa nak kahwin. Lepas tu, emas takde dalam kamus hidup sebab mahal. Tapi hari ni dapat emas. Macam mana orang miskin macam CikYam ni boleh beli emas? Kuncinya kat sini, simpan duit. Paksa diri simpan duit. Kalau tak simpan, duit nafkah tu pun tak nampak ke mana perginya.
Lepas dah sampai satu amaun duit yang disimpan, CikYam survey harga emas kat kedai, masih mahal. Tengok harga segram, macam nak pitam. Ada upah pulak.
Dengan duit nafkah selit ni, CikYam peratikan purata sebulan CikYam boleh dapat 1 gram emas. So CikYam target, sampai je simpanan ni kat berat emas yang CikYam nak, CikYam akan beli.
Tapi CikYam masih nak berjimat. Belek fb, jumpa dengan cara penjimatan beli emas harga kilang.
Inilah hasilnya selepas lebih setahun menabung nafkah duit selit yang Mr Mama bagi setiap hari. Sikit, sikit, lelama dapat emas. Mujur la ada emas harga kilang. CikYam dapat emas lebih murah berbanding kat kedai.
TQ abang. Alhamdulillah dapat rantai hari ni.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah wanita sering menghadapi masalah wajahnya kelihatan tua daripada usia sebenar. Keadaan sebegini memberi tekanan kepada dirinya bukan sahaja dalam mencari teman hidup, malah menjadi ejekan teman-teman kerana dianggap sudah beranak tiga.
Mari kita selidiki apakah punca masalah yang membelenggu diri ini dan cara penyelesaiannya.
Hormon
Perubahan hormon yang berlaku dalam badan boleh menyebabkan kulit dan muka anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Ini kerana hormon estrogen dalam tubuh saling mempengaruhi tahap produktiviti kolagen yang menjaga keanjalan kulit. Jika kadar estrogen terganggu, kulit pun akan terkena impaknya.
Genetik
Faktor sebegini tidak boleh dielakkan. Jika keluarga anda mempunyai genetik cepat tua dari usia sebenar. Usah mengeluh. Perbanyakan makan ulam ulaman serta air suam untuk melambatkan proses penuaan tersebut.
Stres
Stres yang berlebihan boleh menyebabkan anda kelihatan cepat tua. Untuk mengatasinya, lakukan aktiviti seperti berenang, membeli-belah atau bersenam jika anda di dalam keadaan stres.
Alkohol & Rokok
Kandungan racun yang terdapat pada rokok dan alkohol mempunyai radikal bebas yang dapat menyerang sel kulit dan melambatkan penggantian sel kulit mati. Oleh sebab itu kulit akan menjadi cepat kering tua berbanding usia sebenar.
Pola makanan tidak sihat
Jangan makan sembarangan jika anda mempunyai masalah kulit cepat kering atau cepat tua. Sebaiknya perbanyakan makan buah-buahan atau sayuran dan juga omega 3 dalam memberikan kulit yang sihat dan awet muda.
Sinaran matahari/UV
Kerepot juga muncul akibat terkena cahaya panas matahari atau dengan menggunakan metod pewarnaan kulit seperti tanning bed. Sinar UVA dan UVB yang menembusi kulit akan menyebabkan kelembapan pada pembentukan kolagen dan keanjalan kulit.
Tip:
Elakkan minum ais supaya wajah kelihatan muda dan cantik.
Amalkan membaca selawat pada segelas air kosong dan meminumnya setiap kali bangun tidur.
Pengambilan kolagen yang bersesuaian mampu menambahkan kolagen pada kulit.
Amalkan tidur secukupnya dan jangan sering tidur lewat. Ini boleh menyebabkan eyebag di bahagian berkenaan.
Sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum walaupun mempunyai masalah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!