Kabisyah Binti Mu`an menikah dengan Asim bin Aslah, seorang lelaki yang telah memiliki seorang isteri dan seorang anak lelaki. Dia hidup bahagia bersama suaminya. Akan tetapi hingga cukup lama Kabisyah Binti Mu`an ternyata tidak dapat memberikan anak kepada suaminya itu.
Suatu hari, isteri pertama Asim meninggal dunia dan dia lantas menjemput anak lelakinya itu untuk tinggal bersamanya dan Kabisyah. Selama tinggal di rumah tersebut, anak itu melihat bahawa isteri ayahnya merupakan seorang perempuan yang baik dan penyayang. Asim juga semakin menyayangi kabisyah kerana isterinya itu menjaga anaknya dengan baik.
Beberapa tahun kemudian Asim jatuh sakit. Dia menoleh kearah isterinya dan dalam keadaan sudah tenat dia berkata, “Kerana pengetahuan aku tentang kelembutanmu dan kasih sayang sayangmu yang besar kepada anak lelaki ku maka aku merasa tidak perlu berwasiat kepadamu tentangnya.” Tidak lama kemudian, Asim menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sebaik saja upacara pengebumian Asim selesai, tiba-tiba Kabisyah dikejutkan oleh tindakan Abul Qais, anak suaminya itu yang melemparkan pakaian kepadanya.
Ads
Dalam tradisi Arab jahiliah, apabila suami seorang perempuan meninggal, lalu anak lelakinya atau salah seorang kerabatnya melemparkan pakaian kepada bekas isteri lelaki yang meninggal itu. Hal itu bererti perempuan tidak mendapat warisan apa-apa daripada suaminya. Selain itu, dia juga tidak dapat menikah dengan lelaki lain dan nasibnya bergantung sepenuhnya kepada anak atau kerabat lelaki suaminya. Jika ahli waris lelaki itu mahu, dia boleh menikah perempuan itu atau jika tidak menikahnya dengan orang lain yang dia inginkan atau tidak diizinkan keluar sedikit pun hingga ajal perempuan itu datang.
Kabisyah menyelinap keluar rumah secara diam-diam dan pergi mencari Rasulullah. Dia mengetahui bahawa Islam telah memuliakan kaum perempuan dan menjanjikan syurga bagi yang beriman lagi beramal soleh. Selain itu, Islam juga menggariskan bagi kaum perempuan hak dan kewajipan yang sama seperti lelaki.
Ads
Firman Allah, “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (al-Tawbah: 71)
Terdetik dalam hati Kabisyah, bahawa satu-satunya orang yang dapat menyelamatkannya daripada pengurungan dan tindakan sewenang-wenangnya anak suaminya itu ialah Rasulullah.
Ads
Setelah berjalan beberapa lama, dia lantas menemui Rasulullah sedang duduk di masjid. Dia lalu berkata, “Wahai Rasulullah, suami saya Asim, baru sahaja meninggal. Anaknya kemudian melemparkan pakaiannya kepada saya. Dengan demikian saya tidak mendapat sedikit pun waris daripada suami saya, saya tidak boleh menikah dengan lelaki lain, bahkan sekarang saya menjadi seorang tawanan di rumah kerabatnya sehingga menanti ajal. Jika demikian, di mana letak kemuliaan Islam terhadap perempuan?”
Ternyata Allah mendengar pengaduannya sehingga tidak lama kemudian turunlah ayat yang mengharamkan kaum muslimin mewarisi perempuan dengan cara seperti itu.
Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman! tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka menuntut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.” (Surah al-Nisa’:19)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lama lagi status ‘bujang’ akan bertukar menadi ‘berkahwin’. Ramai bakal pengantin teruja bila orang yang disayangi dan dicintai bakal menjadi teman seumur hidup. Tapi ada perkara yang perlu bakal pengantin lakukan. Kalau boleh, ubahlah perkara ini. Baik lelaki mahupun wanita, persediaan ini penting untuk kehidupan akan datang.
Perhubungan
Anda sudah melalui perhubungan ‘tanpa ikatan’. Ketika itu semua nampak sangat indah namun kehidupan berdua ada plot ‘twist’ tersendiri. Semestinya anda perlu bersedia untuk perhubungan dan komitmen yang lebih jitu. Mana yang suka bergaduh dan ‘minta putus’ tu, kenalah beringat perkara ini ya!
Pendapatan sendiri
Sangat penting untuk mempunyai pendapatan sendiri. Tak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. buat wanita khusunya, ini sangat penting kerana ia mengambil kira masa depan anda. Kedudukan kewangan yang kukuh membantu ekonomi keluarga yang lebih baik.
Tinggal Serumah
Jangan cepat melatah! Tinggal serumah bersama teman serumah atau tinggallah secara bersendirian. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai teman serumah, berboraklah semahunya kerana selepas bergelas isteri atau suami, tanggungjawab anda adalah kepada keluarga.
Mengembara
Jika anda tidak pernah mengembara, gunakan kesempatan ini untuk ‘melihat’ dunia. Sekalipun tidak boleh ke luar negara, travel di dalam Malaysia pun dah cukup menyeronokkan. Bawa bersama rakan-rakan lain untuk menikmati saat ini bersama.
Hobi
Ciptalah hobi ikut kesukaan anda. Dekorasi rumah, membuat kek atau mungkin belajar menari! Bukan apa, ini adalah waktu terbaik untuk anda mempunyai masa dan ruang tersendiri. Bila kita buat apa yang kita suka, tentulah kita akan lebih gembira. Betul tak?
Berhenti berkongsi
Jangan terlalu terbuka berkongsi kisah cinta anda. Tak perlu hebahkan kepada seluruh dunia apa yang anda miliki sekarang; seorang lelaki atau wanita yang bakal menjadi pasangan hidupmu. Elak menggunakan media sosial untuk hebahkan pada semua.
Cukuplah sekadar berkongsi berita gembira bersama keluarga dan teman rapat. Nanti bila dah ada tarikh unutk pernikahan, silalah beritahu dunia ok!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini tular kisah rumah tangga pelakon, Nora Danish berkongsi tentang perkahwinannya dengan suami, Nedim Nazri masih belum selesai selepas dilaporkan sedang bergolak pada April lalu.
Rumah Tangga Nora Danish Rumit
Memetik Harian Metro, Nora berkata buat masa ini tiada kenyataan baru akan dibuat dan akan berkongsikan perkembangan lanjut apabila tiba masanya nanti.
“Kes rumah tangga saya masih belum selesai, tetapi ‘slowly but surely’. Baru-baru ini saya sudah memberikan kenyataan saya dan tunggu saja kata putus yang akan dibuat.
“Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa yang sesuai dan mendapat keputusan yang muktamad,” katanya.
Bukan Sebab Orang Ketiga
Sementara itu, Nora berkata hal rumah tangganya agak peribadi untuk dikongsikan serta menegaskan pergolakan yang berlaku tiada campur tangan orang ketiga sebaliknya berpunca daripada tiada persefahaman.
“Terus terang hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Saya nak beri kenyataan ini sekarang pun sangat tertekan dan hiba. Tunggu sampai tiba waktu itu, sama ada ia atau tidak (berlaku perceraian) semuanya masih dalam proses.
“Saya dan Nedim sentiasa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan. Jadi tiada anasir luar dan tiada siapa yang menghasut kami.
“Cuma dalam hal ini keadaan yang berlaku memaksa kami untuk tidak sebumbung. Semuanya berlaku orang kata dalam jalan cerita yang luar biasa,” katanya.
Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dilihat dalam adat perkahwinan bangsa lain, kebanyakan mereka percaya jika wanita bujang ‘menangkap’ bunga tangan yang dibaling oleh pengantin perempuan, itu bermakna mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu.
Namun bagi kita masyarakat Melayu, bunga tangan yang digenggam oleh si ratu sehari hanyalah sekadar melengkapkan penampilan raja sehari untuk tampak sempurna.
Selain berfungsi sebagai elemen menambah keceriaan di majlis bahagia, gubahan bunga tangan turut menyuntik mood istimewa buat si mempelai agar tampak luar biasa serta mampu memukau pandangan tetamu yang memandang.
Panduan Dalam Memilih Bunga Tangan (bunga segar)
* Elakkan memilih bunga dengan haruman yang kuat. Ini akan mengganggu tumpuan anda ketika bersanding di pentas pelaminan bersama pasangan.
* Elakkan menggunakan warna bunga yang sama dengan warna tema majlis.
* Senaraikan jenis bunga yang anda inginkan. Jadi mudah untuk anda membuat kiraan bajet.
* Kombinasi warna bunga yang lembut seperti krim, kuning susu, jingga cair, violet, dan putih mampu menambah keanggunan.
Bunga Segar VS Bunga Artifisial
Bunga Segar
* Lebih menarik
* Harga bunga mahal
* Mempunyai aroma yang harum
* Tidak tahan lama
* Warna bunga bervariasi
Bunga Artifisial
* Kurang menarik
* Harga bunga murah
* Tiada beraroma
* Tahan lama
* Warna bunga terhad
Elemen Penambah Gaya Bunga Tangan
* Penggayaan kerongsang mampu menambah gaya elegan pada bunga tangan.
* Injeksi mutiara dan kristal pula mampu menyuntik elemen keserian.
* Jika inginkan sesuatu yang bersifat romantik dan penuh kelembutan, elemen bulu menambah nilai gaya pada bunga tangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!