Hukum Membawa Rakan Menghadiri Kenduri Tanpa Dijemput. Sejak dua menjak ini, ada satu kemuskilan melanda kita dan juga kawan-kawan. Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus. Semoga ia bermanfaat buat kita semua.
gambar sekadar hiasan
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan(kwn kita tak dijemput), kawan kita tu *TIDAK BOLEH* makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput.
jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, *WAJIB BERTAUBAT* dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan.
2) *WAJIB* ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan… bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama… SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..
Soalan yang ditanya oleh hadirin : Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus = Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput,
*haram* dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita *wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya*. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri.
Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.
gambar sekadar hiasan
Soalan :
Ads
1) Betulkah haram jika kawan yang di ajak pergi bersama makan makanan di kenduri tersebut?
2) Jika bawa anak-anak, adakah haram juga makanan2 kenduri itu untuk dimakan?
Bantuan ustaz amat dihargai.
Jawapan : Assalamualaikum. Apa yang disebutkan oleh Ustaz Azhar Idrus itu benar.
Ini berdasarkan hadis berikut :
عن أَبي مسعود البَدْريِّ – رضي الله عنه – ، قَالَ : دعا رَجُلٌ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – لِطَعَامٍ صَنعَهُ لَهُ خَامِسَ خَمْسَةٍ ، فَتَبِعَهُمْ رَجُلٌ ، فَلَمَّا بَلَغَ البَابَ ، قَالَ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – : (( إنَّ هَذَا تَبِعَنَا ، فَإنْ شِئْتَ أنْ تَأْذَنَ لَهُ ، وَإنْ شِئْتَ رَجَعَ )) قَالَ : بل آذَنُ لَهُ يَا رَسُولَ الله . متفقٌ عَلَيْهِ .
Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a, seorang lelaki menjemput Nabi s.a.w untuk makanan yang telah dia sediakan untuk lima orang. Seorang lelaki turut mengikut mereka. Apabila sampai di pintu rumah, Nabi s.a.w berkata:
Sesungguhnya lelaki ini mengikut kami, seandainya engkau mahu, engkau boleh izinkan dia. Jika engkau mahu, dia boleh pulang. Tuan rumah pun berkata: Aku izinkannya ya Rasulullah. [Muttafaq ‘Alaih].
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kita perlu meminta izin kepada tuan rumah. Sewajarnya permohonan keizinan itu dipohon sebelum membawa teman yang tidak dijemput.
Ads
Jika sudah dibawa bersama, pasti tuan rumah berat hati untuk berkata tidak sedangkan teman tidak dijemput sudah ada di situ.
Kita kena menghormati tuan rumah, boleh jadi dia menyediakan makanan sekadar cukup untuk jemputan.
Begitu juga, kita tidak tahu adakah tuan rumah suka atau tidak individu yang kita bawa tersebut. Hormatilah hak tuan rumah.
Dalam kes membawa anak-anak, kebiasaannya jemputan itu memang untuk sekeluarga, jadi tiada masalah. (kalau perasan kat dalam kad jemputan memang akan tulis dijemput seisi keluarga)
Dr. Rozaimi berkata : Waalaikumussalam Ada hadis dalam sahih Bukhari yang nabi pergi kenduri bersama dgn orang yang tak dijemput dan baginda minta izin dahulu untuk benarkan yang tak dijemput itu makan. Ia harta orang maka nak makan kena dapat keizinan.
Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita. Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 20 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.
Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Tidaklah susah mana, ia hanya bergantung pada diri sendiri sama ada ingin menjadi orang yang lebih matang atau tidak.
1.Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
Kita tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan kita sahaja. tidak salah jika kita berada di dalam kelompok persekitaran rakan yang
berlainan level dengan kita. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
2.Merubah gaya ber SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?,makan apa?”,“awak betul-betul sayang saya?”atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak
sulung perempuan kita nanti?”,dan sebagainya.Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak
memahami maksud dan nilai CINTA…
3.Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”.Ya,betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza.Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat
kembali apa kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan dengan cinta kita dahulu.Cuba perbaiki diri kita untuk menjadi sang pencinta yang baik.
4.Elakkan daripada bercinta 24 jam
Bukan kita seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab kita sendiri diabaikan. Kita bukan lagi di peringkat sekolah rendah.Tanggungjawab
meningkat selaras dengan peningkatan usia. Sesekali ambil masa untuk Whatapps si dia di waktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berWHATAPPS ye. INGAT!
5.Ubah penampilan diri
Kalau dahulu,kita mungkin tidak mengendahkan penampilan kita setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki, dengan memakai t-shirt round-neck yang bercorak ditambah
dengan jeans koyak di bahagian lutut, memang selesa tetapi apa salahnya jika bergaya sesekali. Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah
nampak manis dan anggun.
6.Tahu yang mana serius,yang mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira dalam bercinta.Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang
diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam
bercinta.
7. Tambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Di sini anda lebih kelihatan cerdik dalam
percakapan, idea yang menarik dalam perbincangan bersama. Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pembelajaran dan juga pengalaman hidup.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rata-rata kini rakyat Malaysia sudahpun bekerja. Sama ada makan gaji atau makan gai, masung-masing ada pendapatannya. Buat anda yang berhajat utuk berumahtangga, silalah pastikan ekonomi anda kukuh lebih-lebih lagi lelaki. Anda adalah ketua keluarga yang akan menangggung ekonomi keluarga.
Takkan sudah berkahwin pun nak duduk bersama mak ayah lagi? Sudahlah perbelanjaan rumah pun mak ayah tanggung, inikan pula jika sudah mempunyai anak. Lampin, susu dan duit perbelanjaan untuk anak-anak takkan nak minta mak ayah juga? Sebab itu simpanan masa depan sangat penting. Dari perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad.
Penceraian bukanlah suatu masalah dalam masyarakat, sebaliknya ia merupakan satu jalan penyelesaian yang diberikan agama. Walaupun perkara tersebut bukanlah sesuatu yang disukai kebanyakan masyarakat, tetapi ia wajar dilaksanakan bagi melindungi sebelah pihak daripada terus dizalimi atau ditindas.
Pun begitu, masih terdapat beberapa lagi hak selepas perceraian yang perlu ditunaikan walaupun terputus sudah ikatan suami isteri.
Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah SWT telah menyatakan: “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya,” (Surah at-Talak:6).
Tanggungjawab
Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai.
Hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak yang tidak boleh diganggu dan disekat.
Bagaimanapun, menurut pendakwah bebas, Ustaz Muhamad Aizuddin Kamarul Zaman, keculasan dalam pemberian nafkah merupakan perkara yang lazim berlaku.
Katanya, punca utama perkara tersebut berlaku disebabkan kurangnya pemahaman berkaitan hukum dalam munakahat.
“Kebanyakan lelaki berpendapat, sesudah bercerai mereka tidak perlu lagi menanggung keluarga itu. Hakikatnya, yang terputus hubungan itu ialah ibu dan bapa tetapi hubungan antara anak itu tidak akan pernah terputus,” katanya ketika dihubungi K2 baru-baru ini.
Tambah Muhamad Aizuddin, golongan wanita perlu celik mengenai perundangan Islam bagi mengelakkan mereka daripada terus ditindas.
Hal ini kerana ia merupakan hak yang telah ditetapkan oleh perundangan bagi melindungi golongan tersebut.
Membela
Kajian mengenai perkara itu kini dalam peringkat akhir setelah pihaknya mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kewangan, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum ia dijangka dilaksanakan serta-merta tahun ini.
Langkah itu bertujuan membela kaum wanita yang selama ini ditindas oleh sesetengah suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab membayar nafkah kepada isteri yang mereka ceraikan. Mekanisme itu juga bagi membolehkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah menggunakan kaedah seperti menuntut nafkah daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan akaun bank suami untuk membayar nafkah kepada isteri yang diceraikan. Ini juga sebagai satu bentuk perlindungan terhadap golongan wanita.
Menerusi mekanisme sekatan bank ini, golongan suami tidak boleh lagi melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Ia merupakan tindakan tepat lebih-lebih lagi apabila masih ramai lagi golongan wanita bercerai yang selama ini ditindas oleh bekas suami. Secara tidak langsung, ia dapat meringankan beban golongan wanita.
SUMBER : KOSMO
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!