Orang zaman dahulu memang terkenal dengan pelbagai petua cantik. Tidak perlu berbelanja besar, kesemua petua cantik yang mereka amalkan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati dan menjimatkan. Namun jika diamalkan secara konsisten, hasilnya cukup mengagumkan dan puas hati.

Bagi wanita yang sering mengabaikan penampilan diri atas alasan sibuk ataupun risau ia memerlukan perbelanjaan yang mahal, jangan bimbang kerana petua cantik yang disenaraikan ini memang mudah dibuat malah menjimatkan kerana sesetengah daripada bahannya boleh anda peroleh di dapur.

Jadi kalau anda bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat, apa kata cuba petua cantik ini agar anda tampil berseri, memukau dan mampu membuatkan tetamu tak jemu memandang. Jom cuba!

1. Menghitamkan rambut

Untuk menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala, ambil dua biji limau purut dan belah dua. Picit dan gosok limau tadi pada kulit kepala secara rata dan biarkan seketika sebelum membilasnya.

2. Menghilangkan kelemumur

Petua Cantik Mudah & Jimat Yang Sering Dilupakan, Jika Rajin Amalkan Hasilnya Memang Puas Hati!

Selain itu, anda juga boleh menggunakan santan kelapa untuk memiliki rambut yang hitam berkilat. Santan kepala bersifat antibakteria dan berfungsi untuk membebaskan jangkitan di kulit kepala.

IKLAN

3. Serikan wajah

Anda boleh menggunakan air kelapa yang disapu ke wajah untuk melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak dan memutihkan wajah. Kemudian, bilas dengan air sejuk.

4. Segarkan mata

Petua Cantik Mudah & Jimat Yang Sering Dilupakan, Jika Rajin Amalkan Hasilnya Memang Puas Hati!

Lumurkan ketulan ais pada bahagian mata selama lima minit untuk melancarkan peredaran darah di sekeliling mata sekali gus mengatasi kelesuan pada mata dan menyegarkan mata.

5. Melentikkan bulu mata

Setiap bakal pengantin tentu sahaja ingin bulu mata mereka panjang dan melentik. Lentikkan bulu mata dengan mengoleskan lendir daun lidah buaya pada bulu mata sebelum tidur dan lakukannya secara berterusan.

IKLAN

6. Hilangkan mata lebam dan hitam

Petua Cantik Mudah & Jimat Yang Sering Dilupakan, Jika Rajin Amalkan Hasilnya Memang Puas Hati!

Tekap hirisan timun pada mata selama setengah jam. Cara lain, anda juga boleh gunakan uncang teh yang telah dipakai dan tekap pada mata. Biarkan semalaman dan lakukan sebanyak tiga kali seminggu.

7. Memutihkan gigi

Amalkan menggosok gigi dengan abu daun kelapa. Lakukan seminggu dua kali agar gigi yang kuning beransur putih. Petua lain, taburkan garam pada berus gigi, kemudian gosok gigi seperti biasa. Cara ini juga membantu mengurangkan masalah gigi kuning.

8. Mencantikkan kuku

Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah sehingga anda benar-benar berpuas hati.

IKLAN

9. Membuang toksin dan kempiskan perut

Petua Cantik Mudah & Jimat Yang Sering Dilupakan, Jika Rajin Amalkan Hasilnya Memang Puas Hati!

Wajah akan kelihatan tidak berseri apabila pengaliran darah terganggu. Oleh itu, lakukan detoks setiap pagi sebelum sarapan dengan minum air suam yang dimasukkan jus lemon bersama setengah inci hirisan halia. Selain membantu membuang toksin dan angin, ia juga bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien terutamanya di bahagian perut.

10. Menghilangkan daki

Ambil beras dan panggang hingga garing. Kemudian tumbuk beras hingga halus. Campurkan beras tadi dengan sedikit perahan limau nipis dan minyak zaitun. Gosokkan bahan tadi kulit berdaki secara perlahan. Cara ini juga oleh mencerahkan kulit, selain memudarkan kesan hitam pada ketiak dan bahagian badan yang lain.

11. Haluskan kulit kaki & tangan

Minyak zaitun memang mempunyai pelbagai manfaat, antaranya membantu mengatasi kulit kering. Oleskan minyak zaitun pada baik di kaki ataupun tangan sebelum tidur. Jadikan amalan setiap malam. Hasilnya kulit anda akan tampak lembut dan halus.

Kredit gambar (top image): Pexels 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI