Memilih baju pengantin, warna memainkan peranan penting untuk menyerlahkan lagi penampilan bakal pengantin kala memakainya. Jangan buat kesilapan dengan pilihan warna yang tidak tepat, seumur hidup rasa menyesal nanti! Biarpun anda berkenan dengan sesuatu warna, ia tidak semestinya sesuai membaluti tubuh anda.

Sebagai panduan, inilah warna yang tepat mengikut bentuk tubuh anda:

Pilih Baju Kahwin Ikut Bentuk Badan Dan Warna. Ikuti Panduan Ini!

Kurus Dan Tinggi
Andai anda bertubuh kurus dan tinggi, amat sesuai mengenakan baju pengantin dari kelompok warna cerah seperti merah jambu, kuning, oren, hijau, biru muda dan merah. Kelebihan mereka yang bertubuh begini juga sesuai menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya menampakkan anda lebih berisi.

IKLAN
Pilih Baju Kahwin Ikut Bentuk Badan Dan Warna. Ikuti Panduan Ini!

Badan Buah Pear
Buat mereka yang bertubuh unik ini, pilih yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Baju dengan warna terang dan corak pelbagai sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar serta menyeimbangkan tubuh.

Pilih Baju Kahwin Ikut Bentuk Badan Dan Warna. Ikuti Panduan Ini!

Bentuk Epal
Buat mereka yang bertubuh bentuk epal, warna-warna 'shocking' di bahagian atas tubuh dan warna gelap membaluti bahagian bawah tubuh sesuai dipilih. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

IKLAN

Bentuk segi empat
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Elak memakai pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan pakai terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar diri pengantin tidak serabut.

IKLAN
Pilih Baju Kahwin Ikut Bentuk Badan Dan Warna. Ikuti Panduan Ini!

Bentuk Tubuh Jam Pasir
Mereka yang bertubuh sebegini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis baju dan warna apa jua. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan memakai skirt dengan potongan A-line supaya nampak lebih ramping.

Berisi Dan Tinggi
Bagi yang badan yang berisi usah risau. Mereka yang berbadan sebegini sesuai mengenakan warna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda nampak kurus. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian dari kelompok warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan tubuh anda yang berisi.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI