Dalam membuat persediaan untuk melangkah ke majlis kahwin, tentunya banyak persiapan yang perlu dilaksanakan. Kadangkala jika difikirkan apakah pilihan anda sesuai dengan diri ? Oleh itu perlu ada rujukan dan bertanya dengan mereka yang pakar bagi kesangsian yang anda hadapi. Berikut antara persoalan yang sering melanda bakal pengantin. Moga ia memberi manfaat buat anda.
AKSESORI IDEAL UNTUK AKAD NIKAH
S : Assalamualaikum Pesona Pengantin. Saya bakal melangsungkan majlis pernikahan dan menghadapi kekeliruan untuk memadankan aksesori yang tepat dan sesuai di majlis itu nanti. Memandangkan saya ingin mengenakan hijab, apakah aksesori yang boleh saya gayakan bertepatan dengan majlis akad nikah itu? Terima kasih. – Ainul, Kluang, Johor
Ads
J : Waalaikumsalam Ainul. Aksesori untuk majlis akad nikah haruslah menampakkan anda lebih menyerlah dan tidak terlalu sarat. Pertama, pilihan dan penggayaan hijab itu nanti haruslah lebih ringkas dan minimalis. Elakkan daripada memilih hijab yang sarat dengan labuci atau perincian manik. Anda juga tidak digalakkan untuk memakai tiara., sebaliknya anda boleh mengenakan layah yang mempunyai penataan manik, jemeki ataupun layah yang mempunyai sulaman renda. Pasti anda akan tampil berseri dan anggun di majlis itu nanti.
pic-pinterest
PILIHAN FABRIK BUAT TUBUH GEMPAL
Ads
S : Hai Pesona Pengantin. Saya sering mengalami masalah untuk memilih fabrik yang sesuai dengan bentuk badan saya yang agak gempal. Majlis perkahwinan saya akan berlangsung tidak lama lagi dan saya mahu tampil lebih menyerlah serta langsing. Saya amat berharap Pesona Pengantin dapat membantu saya dalam perkara ini. Terima kasih. – Maria, Gombak, Selangor
Ads
J : Hai Maria. Material yang paling tepat untuk gadis bertubuh gempal ialah fabrik sifon kerana ia memberi ilusi yang lebih terletak, sifatnya yang berat dan mengikut tubuh. Saya menyarankan agar anda memilih fabrik sifon supaya ia jatuh dengan lebih beralun dan indah apabila disarungkan. Elakkan penggunaan renda secara berlebihan kerana ia akan memberi impak yang sarat dan lebih besar kepada gadis bertubuh gempal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Harga ketam pulak tu boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli. Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika pilih ketam sebelum ada terus membeli.
1.Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7.Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar
Sumber :the ikan dot com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
Tempahlah telefon HUAWEI 7i pada harga RM 1,099 sahaja bermula pada 14 – 21 Februari ini dan anda akan menerima HUAWEI Band 4 secara percuma!*
Pastinya hati insan tersayang akan tertawan kerana ia hadir dalam tiga warna yang memukau iaitu Sakura Pink, Hitam & Crush Green!
Istimewanya telefon ini adalah kerana baterinya 4200mAh yang tahan lama. Selain itu, dengan adanya 40W Huawei SuperCharge ini, ia boleh mengecas hingga ke 70% hanya dalam masa 30 minit sahaja. Cas pantas ini juga telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland bagi memastikan keselematan dan kelajuannya.
Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 7i ini hadir dengan AI Algorithms untuk efek Beauty yang nyata! Ia lengkap dengan stiker AR, Beauty Selfie Video yang berikan efek slim pada tubuh (siapa yang tidak suka bukan?) dan juga mod malam super untuk berswafoto. Eh,bestnya! Mesti gambar akan jadi sempurna.
Seterusnya, ia mempunyai kualiti panggilan video yang tinggi yang dipanggil MEETime. HUAWEI nova 7i ini mempunyai MEETime yang mempunyai revolusi 180p panggilan video yang mana memberikan kualiti imej yang hebat dengan menggunakan data Internet yang sedikit berbanding dengan telefon lain.
Tidak perlu risau untuk membuat panggilan video dalam pencahayaan malap kerana MEETime mempunyai fungsi yang boleh menerangkan video. Pasti terubat rindu tatkala berhubung dengan yang tersayang.
Buat mereka yang gemar mengedit video pula, anda tidak perlu bersusah payah menggunakan telefon lain kerana HUAWEI nova 7i ada AI Video Editor yang membuatkan proses edit menjadi lebih mudah. Anda boleh menambah muzik latar dan memotong rakaman tanpa melalui proses yang merumitkan bagaikan seorang professional. Banyak transisi dan efek yang anda boleh pilih dengan hanya satu ‘tap’ sahaja! Hebat bukan?
Dengan semua kelebihan ini, terbuktilah HUAWEI nova 7i merupakan hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada insan yang tersayang.
Sekarang ini, HUAWEI sedang melakukan promosi yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Nikmatilah pakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE Instalment hingga ke 12 bulan hanya dengan RM4.87 sehari
Tempahlah di sini untuk memudahkan komunikasi anda bersama pasangan.
4. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
5. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan adalah satu ibadat. Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga perlulah memahami antara satu sama lain. Selain itu, bertolak ansur dan bertimbang rasa. Asam garam rumah tangga, perbalahan mesti akan terjadi, kerana itu anda haruslah bijak mengawal perasaan anda terhadap suami dan isteri.
Di antara tanda-tanda kebesaran Allah dijadikan perkahwinan untuk memastikan kesinambungan zuriat manusia secara halal mengikut syarak dan lahir rasa mawaddah warahmah di antara suami dan isteri. Berikut ialah 8 tips untuk mendapatkan rumahtangga yang dilimpahi barakah.
1) Jangan tinggal solat fardhu
Solat merupakan tiang agama dalam kehidupan sebagai umat Islam. Jika anda tidak melakukannya, maka runtuhlah agama itu. Jika kita menjaga solat umpama kita menjaga seluruh kehidupan kita.
2) Solat berjemaah dengan isteri dan anak.
Sesekali cubalah kita menunaikan solat berjemaah bersama keluarga. Barulah rumah tangga kita lebih bahagia kerana ini dapat mengeratkan antara satu sama lain. Begitu juga dengan kehidupan kita, Ayah yang menjadi pemimpin dan arah panduan dalam keluarga, isteri dan anak-anak perlu taat kepada ketua selagi ia tidak bercangah dalam syariat Islam.
3) Sumber pendapatan yang Halal
Sebagai ketua keluarga, pencarian kerja yang halal merupakan perkara wajib dalam Islam. Jika pekerjaan kita bukan dari sumber pencarian yang halal, maka seluruh keluarga yang dapat dari duit sumber tersebut akan menjadi haram.
4) Tidak membangga diri
Jangan terlalu membangga diri akan pencapaian dan harta yang diperolehi di dunia ini. Hal ini kerana semuanya merupakan pinjaman dan pemberian nikmat dari Allah. Sentiasa merendah diri dan berasa syukur atas nikmat dan rezeki yang telah diberikan oleh Allah Taala.
5) Mudahkan urusan orang lain
Mempermudahkan urusan orang lain dan jangan mempersulitkan. Allah suka hambanya yang sentiasa berusaha menolong saudaranya yang sedang dalam kesusahan.
6) Jaga dan taat kepada ibu bapa
Jaga ibu bapa dan membalas jasa budi mereka selagi mereka berada di dunia. Jangan buat mereka rasa tersinggung atau kecil hati dari perangai atau kata-kata yang keluar dari mulut kita. Sentiasa berusaha menggembirakan mereka dan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dahulu.
7) Selalu bersedekah
Amalkan bersedekah kerana orang yang bersedekah rezekinya akan bertambah dan dapat membersihkan hartanya serta membantu orang lain. Allah sangat suka akan hambanya yang suka bersedekah walaupun hanya sedekahkan senyuman.
Sumber : kahwinlife
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!