Selebriti, Qi Razali mendedahkan sudah bergelar tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.
Namun dia enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Qi atau Qushairi Mohammed Razali Wong, 47, berkata dia mula mengenali wanita berusia 28 tahun itu sejak setahun lalu.
“Sebenarnya saya dah merisik dan bertunang pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Sekarang dalam fasa beli barang majlis kahwin. Insya-Allah tahun depan.
“Dia orang industri tapi bukan di depan kamera. Nanti dah tiba masa saya akan beritahu,” katanya lagi.
Qi ditemui dalam majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Babah yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin.
Ads
Ini Waktu Untuk Lengkapkan Fasa Hidup
Tambah pelakon ini lagi, dia merasakan ini adalah waktu terbaik untuk membina keluarga sekaligus melengkapkan fasa hidup.
“Mana mungkin seseorang itu hidup sendiri selama-lamanya. Fasa menjadi suami dan bapa sahaja yang melengkapi kitaran hidup saya sekarang ini.
Ads
“Saya berjumpa dengan wanita yang membuatkan saya gembira tanpa paksaan,” ujarnya.
Mahu Lupakan Kisah Lama
Meskipun pernah beberapa kali gagal dalam hubungan cinta, Qi berkata dia tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk berputus asa mencari teman hidup.
Ads
Qi perlu memastikan diri betul-betul bersedia sebelum kembali serius menerima seseorang.
“Saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai belum bersedia.
“Kalau sudah keluar dalam hubungan ini saya kena pastikan betul-betul tidak lagi terbawa tentang kisah lama.
“Selepas itu dengan semula jadi kita akan jumpa semula dengan orang yang kita selesa,” jelasnya.
Nampak seolah-olah bertemu jodohnya kali ini, apa pun semoga Qi Razali cepat-cepat naik pelamin dengan bakal isterinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa berdua semestinya suatu yang sungguh bermakna buat pasangan khususnya buat mereka yang baru berumahtangga. Kenikmatan berdua bersama teman hidup sambil mengabadikan kenangan di tempat yang indah pastinya memberi kenangan abadi yang tidak mungkin dilupakan.
Baru-baru ini pelakon jelita Siti Saleha berkesempatan ke Hong Kong untuk penggambaran siri realiti TV channel – KIX . Rancangan ini memaparkan empat selebriti bersama tetamu istimewa untuk merasai pengalaman aktiviti outdoor yang mencabar di Hong Kong.
Rancangan ini disokong bersama oleh Hong Kong Tourism Board dan bakal disiarkan bermula 17 Oktober di KIX , Rabu 8.30 malam.
Semestinya ia memberi pengalaman yang bermakna buat Siti Saleha. Kota Hong Kong merupakan salah satu lokasi pelancongan paling popular di Asia. Antara tempat-tempat di mana anda boleh menikmati keindahan kota ini dari ketinggian ialah seperti dari The Peak dan Sky100 Observation Deck
Pesona Pengantin sempat bertanyakan pengalaman Siti Saleha sendiri semasa berada di sana.
S: Adakah ini kali pertama anda ke Hong Kong? Pernahkah anda ke Hong Kong sebelum menyertai acara ini?
J: Ya, ini kali pertama saya ke Hong Kong berbanding suami yang sudah tiga kali ke sini.
S: Apa pendapat anda mengenai Hong Kong? Adakah ia lebih sesuai sebagai destinasi romantik/keluarga/membeli-belah atau sesuatu yang mencabar (aktiviti outdoor)?
J: Program ini memang sesuai dengan diri saya. Pihak produksi juga mahukan seseorang yang pandai berkomunikasi. Bonus bagi saya yang tidak pernah ke Hong Kong. Program memang ini tidak mempunyai skrip langsung dan saya tidak tahu apa pun yang akan berlaku. Sejujurnya produksi tidak mahu memberitahu secara terperinci kerana ia adalah rancangan realiti, Apa yang mereka nak lihat ialah reaksi muka saya.
S: Apakah yang anda lakukan sepanjang berada di Hong Kong?
J: Bagi saya, persepsi ramai tentang Hong Kong ialah ia sangatlah mahal; dari cost of living kepada makanan dan shopping. Ramai yang cakap kepada saya perkara yang sama. Tapi saya bertuah kerana berpeluang untuk explore Hong Kong dari sudut extreme sports mereka dan juga tempat tarikan pengunjung. Saya berpeluang mendaki gunung yang tertinggi di waktu malam dan dapat melihat pemandangan Hong Kong yang sangat cantik. Lutfi ( suami) pula mendaki gunung ‘Lovers Rock’.
S: Pada pendapat anda apakah top 3 tempat di Hong Kong yang paling romantik?
J: 1. Daki gunung ‘Fei Ngo Shan’ di waktu malam.
S: Apakah pengalaman paling berharga bercuti di Hong Kong?
J: Pengalaman saya di Hong Kong sangat istimewa. Kali pertama menjayakan program realiti, pertama kali bekerja di kaca televisyen bersama suami dan program ini juga mengeratkan lagi hubungan saya dan suami.
S: Sekiranya ini percutian berbulan madu anda, apakah yang pasti akan anda lakukan di Hong Kong ini?
J: Go on a Private Cruise!Sunsets di Hong Kong sangat cantik.
S: Apakah tempat-tempat menarik yang mesti dilawati di Hong Kong?
J: Banyak tempat bersejarah terutamanya tokong yang ada sekitar. Namun saya tidak mempunyai waktu untuk melawatinya. Saya amat meminati tempat-tempat bersejarah. Kalau saya ada peluang untuk pergi sekali lagi, pasti saya akan ke sana.
S: Apakah pendapat anda tentang penginapan di Hong Kong?
J: Harbour City merupakan penaja bagi penginapan kami di Hong Kong. Bilik kami pula berdepan dengan the Harbour. Pemandangannya sungguh mengagumkan.
S: Berapa bintang anda berikan kepada Hong Kong sebagai destinasi percutian dengan mengambil kira faktor kebersihan, keselamatan, kemudahan dan keseronokan?
J: Saya bagi sembilan bintang. Tempat penginapan kami di Kowloon menjanjikan kebersihan, keselamatan, keseronokan dan pengangkutan awam juga sangat mudah.
Pendek kata kunjungan ke Hong Kong penuh bermakna buat saya dan suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ‘panas’ hubungan pasangan suami isteri, Intan Najuwa dan Datuk Asraf Azman yang baru bernikah baru-baru ini. Jadi tak pelik kalau segala kegiatannya jadi tumpuan netizen.
Semenjak berkahwin, Intan Najuwa dilihat rajin berkongsi video memasak untuk suaminya di media sosial miliknya. Ramai yang memuji, malah suka dengan cara Intan melayan suaminya. Rajin!
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Intan Najuwa yang meraih perhatian ramai.
Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta, tanda suka sebanyak 265 ribu dan 2 ribu komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Intan Najuwa yang memasak ayam masak kicap hasil permintaan suaminya itu walaupun sudah pukul 12 tengah malam.
“Hmm… lelaki memang camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetiba dia request ayam masak kicap pukul 12 am,”tulis Intan Najuwa.
Begitulah manisnya dalam rumahtangga, kalau lapar ada orang tolong masakkan. Tak payah keluar pergi kedai. Yang penting air tangan isteri tersayang. Bahagia itu mudah.
Makin ramai pula yang pilih berkahwin di Thailand, biasanya ini jalan pintas bagi yang nak kahwin lebih dari satu.
Terbaru, tersebar pula gambar menunjukkan seorang pempengaruh terkenal, Aliff Teega bernikah lagi satu di Thailand pada 21 November 2023.
Gambar itu mula tersebar di aplikasi X dan TikTok sehingga menyebabkan ramai mempersoalkan tindakan pempengaruh itu.
Melihat dari gambar yang tersebar, ada nama pasangan terbabit iaitu Mohd Hazalif dan isterinya Fatin Umaidah.
Namun setakat ini belum ada sebarang kenyataan bagi mengesahkan pernikahannya di Thailand. Bagaimanapun, dia hanya mengesahkan dirinya sudahpun menikah lagi satu sebelum ini di Instagram.
Apa yang jelas, Aisyah meminta netizen untuk tidak bercakap buruk soal suaminya dan isteri kedua. Katanya, dia reda dengan ujian perkahwinan yang dilaluinya hari ini.
Kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini, moga ada jalan terbaik dan dipermudahkan urusannya sekeluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...