Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau sunnah Rasulullah SAW, malah ia merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nidkmat dari Allah SWT. Rumah tangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin. Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.
Cuma yang membezakan sesebuah rumah tangga, bagaimana peranan dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Wahai Isteri! Contohi sifat Saidatina Khadijah yang sentiasa menyenangkan Rasulullah SAW.
Sumber: Google
Masih ingatkah kita tentang kejadian penurunan wahyu pertama di Gua Hira?
Hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih berada di Gua Hira.
Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!” Jawab Nabi, “Aku tidak pandai membaca.”
Ads
Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
“Bacalah!” katanya. Jawabku, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
Ads
“Bacalah!” katanya. Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: “Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min ‘alaq. Iqra’! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia)
Ads
Kredit: Tangkap Pictures
Setelah itu Nabi pulang ke rumah Saidatina Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Rasulullah SAW kepada Saidatina Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”
Kata Saidatina Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakanmu. Engkau selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”
Sungguh indah kisah cinta keluarga bahagia Rasulullah SAW bersama isteri tercinta, Saidatina Khadijah.
Kredit: Pinterest
Tanpa KEJUJURAN mana mungkin Saidatina Khadijah mampu membenarkan suaminya tinggal berseorangan di dalam Gua Hira, meninggalkan dirinya sendirian di rumahnya.
TanpaKASIH SAYANG dan KEPRIHATINAN, mana mungkin Saidatina Khadijah melayani suaminya dengan baik dan mentaati baginda tanpa sebarang persoalan. Tidak pula beliau berkata sepatah perkataan melainkan terus menyelimuti Baginda seperti yang diminta.
Tanpa HORMAT-MENGHORMATI pula, mana mungkin Saidatina Khadijah boleh mampu mengeluarkan kata-kata yang menenangkan suaminya, mendorong dan memuji suaminya dan memberikan sokongan penuh saat Baginda memerlukan beliau. Saidatina Khadijah juga yang menjadi sandaran di saat orang lain menggelar Baginda sebagai ‘gila’ dan ‘tidak siuman’ sepanjang dakwahnya.
Oleh itu para isteri, jadilah orang yang paling menyenangkan hati suami. Taatilah suami selagi peranannya dan tanggungjawabnya masih berlandaskan syariat Islam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis perkahwinan perlu dirancang dengan teliti. Sebaik-baiknya persiapan majlis perkahwinan dilakukan seawal mungkin. Elakkan daripada melakukan persiapan pada saat-saat akhir. Bimbang ada sahaja perkara yang ‘tertinggal’ dan terlepas pandang.
Pasangan mempelai tentu tidak mahu bukan majlis yang cukup bersejarah dalam hidup anda jadi tidak teratur dan kelam kabut bukan? Bagi memudahkan pasangan bakal mempelai membuat persiapan majlis perkahwinan, berikut dikongsikan ‘checklist’ seperti yang disenaraikan Iman Studio.
CHECKLIST MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT TEMPOH:
6-12 BULAN SEBELUM
1.Anggarkan jumlah kehadiran tetamu dan senaraikan
2.Tetapkan bajet majlis.
3.Tempah lokasi majlis.
4.Tempah pakej perkahwinan.
5.Tempah jurugambar atau juruvideo majlis.
6.Bincang barang hantaran.
7.Pilih katering mengikut bajet.
1. Buat ujian HIV di klinik kerajaan yang berdekatan.
2. Uruskan dokumen permohonan nikah.
3. Tempah pengacara majlis.
4. Tentukan tema keluarga.
5. Beli barang hantaran yang telah dibincangkan.
6. Bincang barang hantaran.
7. Booking homestay untuk penempatan keluarga.
1.Serah dokumen berkaitan ke Pejabat Agama Islam Daerah.
2.Tentukan serta senaraikn tugas untuk ahli keluarga.
3.Pilih baju untuk majlis di butik pengantin.
4.Pilih pengapit dan tentukan warna tema serta jenis baju.
5.Bincang menu bersama pihak katering.
6.Tentukan dekorasi majlis untuk pelamin dan lain-lain.
7.Survey design bunga pahar dan goodies bag.
1.Semak status permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah.
2.Senaraikan nama dan alamat tetamu untuk pos kad jemputan.
3.Pos semua kad jemputan majlis kahwin.
4.Rancang kedudukan tetamu yang bakal hadir.
5.Buat rawatan muka.
6.Tempah juruinai.
7.Gubah dekorasi hantaran.
1.Sahkan kehadiran jurunikah.
2.Pastikan prosedur pernikahan selesai.
3.Sediakan duit kecil untuk bayar jurunikah, saksi dan lain-lain.
4.Hias bilik pengantin.
5.Sahkan semua tempahan seperti jurugambar dan lain-lain.
6.Ambil baju kahwin di butik pengantin.
7.Aturkan taklimat tugasan untuk setiap ahli keluarga atau pembantu.
1.Majlis berinai.
2.Pastikan pakaian untuk majlis siap diseterika.
3.Siap rebus telur serta hiasan dibunga telur.
4.Pastikan tanda arah ke lokasi majlis siap pasang.
5.Rehat dan tidur awal.
1.Bangun awal pagi dan mandi sunat.
2.Pastikan anda siap 1 jam awal.
3.Alas perut dengan sarapan ringan.
4.Banyakkan selawat dan zikir supaya hati tenang.
5.Senyum dan nikmati hari bersejarah anda.
7.Kunci bilik yang menyimpan barang berharga.
Pernah tak anda terfikir kenapa ketika hari pertunangan, cincin di sarung pada jari tangan kiri manakala pada hari pernikahan, cincin disarung pada jari tangan kanan? Tapi yang pastinya, cincin yang disarungkan itu terletak pada jari manis, lebih sopan dan nampak cantik.
Dalam satu rencana ada ditulis, masyarakat Roman dan Mesir Kuno sangat mempercayai bahawa jari manis memiliki saraf atau pembuluh darah yang menghubungkannya terus ke bahagian jantung. Mereka berharap, apabila seseorang menyarungkan cincin pada jari manis ia menandakan hati mereka sudah dimiliki.
Sehinggalah kini, kebiasaan itu tetap diamalkan tanpa kita tahu di mana asal usulnya. Tetapi, apakah penjelasan disebalik pemakaian cincin di jari manis kiri dan kanan?
Cincin di tangan kanan
Orang Romawi kuno adalah yang pertama memakai cincin kahwin di sebelah kanan. Menurutnya tangan kiri bermaksud tidak bahagia dan ‘tidak dapat ditentukan’.
Manakala di India mereka sudah biasa menggunakan cincin di tangan kanan kerana tangan kiri dianggap ‘tidak murni’. Tapi sekarang diizinkan mengenakan cincin kahwin di mana-mana tangan sekalipun.
Lain pula dengan masyarakat di Jerman dan Belanda. Di dua negara ini, pasangan mengenakan cincin pertunangan emas di tangan kiri manakala cincin kahwin di jari manis tangan kanan. Ini menandakan perubahan status sosial.
Cincin kahwin di tangan kiri
Dalam sebuah artikel, di beberapa negara terjadi perubahan tangan di mana cincin kahwin di sarungkan dari tangan kanan ke tangan kiri. Ini membawa erti sebagai tanda rasa hormat dari seorang isteri kepada suaminya.
Di beberapa negara seperti Turki, Lebanon, Suriah, dan Brasil, cincin kahwin pada awalnya disarungkan di tangan kanan. Namun sekarang di sebelah kiri.
Manakala berbeza pula dengan di Sri Lanka. Pengantin lelaki akan mengenakan cincin kahwin di tangan kanannya dan pengantin wanita di tangan kirinya.
Jadi, di mana sepatutnya cincin kahwin disarungkan?
Cincin kahwin adalah simbol kasih sayang anda pada pasangan. Baik di tangan kiri mahupun kanan, cintailah pasangan anda seikhlasnya kerana Allah Taala.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Manis sungguh pasangan pelakon veteran Sabri Yunus, 62, dan Angeline Tan, 56, sejak kedua-dua bergelar suami isteri. Selalu nampak perkongsian video yang menunjukkan kebahagiaan mereka berdua tercapai.
Keserasian yang terpapar menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu lebih 30 tahun lalu menjadi kenyataan selepas kedua-duanya ditakdirkan berjodoh.
Saling Tegur Bila Buat Silap
Menerusi video yang dikongsi media sosial TV Alhijrah, Sabri dan Angeline Tan menjawab soalan berkaitan rumah tangga mereka sekali gus menjelaskan kedua-duanya saling tegur-menegur dalam perlbagai perkara agar ikatan suami isteri berlangsung dengan baik.
Disoal tentang perkara yang mereka kurang suka antara satu sama lain, jawapan dan komunikasi antara mereka membuat warganet tersenyum sendiri.
Menurut Sabri, jika beliau melihat Angeline melakukan kesilapan, beliau akan mencari waktu sesuai bagi menegur.
“Sebenarnya kami ini saling tegur-menegur antara satu sama lain.
“Kalau dia melakukan kesilapan, selalunya saya biarkan dahulu kemudian mencari masa yang sesuai untuk tegur.
“Melalui teguran itu, saya akan kata bahawa sesuatu yang dibuat Angeline itu tidak kena dan sebagainya.
“Tetapi kalau diikutkan, Angeline lagi banyak tegur saya,” ujarnya sambil berseloroh.
Tegur Untuk Betulkan Kesilapan
Sementara itu, Angeline pula mendedahkan bahawa apa jua teguran diberikan suami diterimanya kerana percaya ia bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan.
“Bila abang tegur, semuanya Angeline terima sebab dia adalah orang yang paling dekat dengan saya.
“Tegurannya untuk kebaikan saya dalam memperbetulkan kesalahan dan kelemahan saya,” kongsinya.
Hantaran berkenaan menjadi perhatian netizen dan kemesraan pasangan itu membuatkan ramai yang ‘cair.’
Sekadar info, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan diijab kabulkan dengan Sabri dalam sebuah majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis pada 14 Oktober tahun lalu.
Sementara itu, Angeline yang memeluk Islam pada 26 September 2023 memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.